Pages

Thursday, February 12, 2015

Sebuah Kesembuhan

Herba juga makhluq seperti manusia yang mampu berperanan dengan Izin Allah. Berdoalah dengan bersungguh² agar herba menjadi solusi terbaik hasil dari istiharah dengan Allah. Kesabaran juga mengatasi semua mukjizat herba kerana tanpa sabar kesembuhan tak bisa berlaku. Banyak orang yang tidak sabar lantas minta sembuh dengan Allah ternyata sesudah itu dia tidak sabar menunggu masanya untuk diijabahkan. Dia pun berhenti dan bagaimana Allah mahu menolongnya ?

Maksud firman Allah: " dapatkan pertolongan dari jalan sabar dan solat".

Ambil herba tapi tak sabar ,tidak akan ada pertolongan. Begitu juga ambil herba tanpa solat, kesihatan tak jadi kebaikan kerana sihat pun tidak sujud kepada Allah. Herba juga makhluk yang patuh dan sentiasa bertasbih kepada Allah ,tidakkah salah jika menyuruh orang megambil herba tanpa disuluhi dengan ingatan sabar dan solat?

(PU HPA GROUP OF COMPANIES)

Tuesday, April 29, 2014

GEMPUR PBA SEMINAR RADIX IQ

PBA Seminar Radix IQ
Tarikh: 17hb Mei 2014
Tempat: Hotel Amanpura Sungai Petani, Kedah.
Masa: 09.00 pagi -  05.00 petang.
Bayaran pendaftaran: RM50.00 seorang.

*Untuk pendaftaran boleh hubungi,sms@whatapps En. Fahmi: 013 4555099

Kelebihan kepada mereka yang hadir:
1. Sama seperti PBA
2. Kenaikan pangkat PLX bagi ahli baru/lama berpangkat biasa.
3. Offer; Maintain 50NM dalam masa 1 minggu.
4. Offer; Buka stokis 1K
5. Pembayaran bonus seperti program BAS

" Membangunkan Ummah Bermaruah "

Friday, December 13, 2013

Kursus Bina Usahawan


Kemaskini: Jom kita sama-sama menghadiri ke kursus ini sebagai tanda komitmen dan kebersamaan bersama dengan HPA..dikala senang maupun susah.

INGIN MEMPELAJARI BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG USAHAWAN??

Pelajarilah Teknik dan Kaedah Bagaimana untuk berjaya dalam bidang Perniagaan.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Kursus Bina Usahawan bersama Pakar Ekonomi dan Tokoh Usahawan Berjaya dengan Pengalaman melebihi 20 tahun dalam bidang perniagaan..

Daftar Segera !
Program : Kursus Bina Usahawan 
Tarikh : 28 & 29 Disember 2013 (2H 1M)
Lokasi : Equatorial Hotel Cameron Highlands
Yuran : RM 350.00 selepas diberi LESS !!! 
(Penginapan 28hb dan Makanan disediakan...)

Sebarang Pertanyaan sila Hubungi (SMS) ke : 0196330727

Pembayaran boleh di Bankin ke akaun : ALAM HERBA ENTERPRISE 09010010062880

Emailkan / Whatsup Slip Pembayaran ke 019-6330727 / teknologi_hpa@yahoo.com


"Ke Arah Melahirkan Usahawan Muslim Berjaya"

Peta lokasi berlangsungnya kursus itu nanti.

Sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

~ Produk Halal Tanggungjawab Bersama ~

Friday, November 22, 2013

Perlu tahu hak anda selaku Pengguna Muslim sebelum memiliki produk

Mungkin masih banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis "This product contain substance from porcine".Sebenarnya ia memberiber maksud; "Produk ini mengandungi bahan daripada babi".

Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah "The source of gelatin capsule is porcine" yang bermaksud; "Kapsul dari gelatin babi".


Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar: Babi liar.
5. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham: Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk: Susu babi.
10. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi.

Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati. Semoga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Wallahu'alam.

Tuesday, November 12, 2013

Majlis Pelancaran Radix Sihat

Sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

Kepada ahli maupun pemimpin dijemput hadir beramai-ramai.

~ Bersama Memartabatkan Produk Halal.

Monday, November 11, 2013

PLASMA DARAH DALAM SURIMI

SURIMI DAN HASILANNYA (FISH BALL, FISH CAKE, CRABSTIK, KEROPOK, SOSEJ / PRODUK YONG TAU FOO & STEAMBOAT)


Perhatian kepada penggemar & peniaga YONG TAU FOO / CELOP2 / STEAMBOAT!

Surimi juga dikenali sebagai pekatan protein basah isi ikan nyahtulang yang telah mengalami proses pencucian dan pencampuran sebatian pencegah kerosakan bagi mengawal kualitinya semasa penyimpanan sejukbeku.

Surimi mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan sifat fungsian yang terkawal sebagaimana isi ikan segar serta dapat disimpan sehingga satu tahun tanpa mengalami perubahan. Dalam sistem makanan, surimi merupakan bahan utama dalam produk makanan seperti sosej, bebola ikan,crab stik, fish cake, mi, keropok, dan produk makanan lainnya yang dikenali sebagai produk makanan berasaskan surimi @ lebih dikenal produk Yong Tau Foo.

Pada tahun 1994, pengeluaran produk makanan berasaskan surimi mencapai 1 juta tan dengan pasaran utama adalah di Jepun, Amerika Syarikat, Korea dan negara-negara Eropah. Pada masa ini, negara-negara yang didiami oleh umat Islam telah mula diperkenalkan dan menerima produk-produk makanan ini.

Walau bagaimanapun terdapat masalah penggunaan surimi ini bagi umat Islam. Beberapa hasil penyelidikan terkini menunjukkan bahawa bagi tujuan meningkat dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, plasma protein darah haiwan telah dicampur ke dalam surimi.

Mengikut Al-Quran, darah merupakan bahan yang haram untuk digunakan sebagai bahan makanan, tanpa mengira jumlah yang digunakan. Oleh itu adalah penting bagi pihak-pihak yang berwajib di negara-negara yang majoriti umat Islam memberi perhatian sewajarnya mengenai isu Halal Haram berkaitan dengan surimi.

Penggalakan Sijil/Logo Halal pada sesuatu bahan makanan merupakan tindakan terbaik dan tentunya memberikan keselesaan bagi umat Islam dan pulangan yang menguntungkan bagi para pengusaha makanan.

Credit to: Prof. Abdul Salam Babji, UKM.

Sunday, November 3, 2013

Urutan Khas Melayu JAWI

Sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

Jom kita sama-sama memartabatkan kembali urutan ini bersama dengan HPA bagi mengekalkan warisan yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Keberkesanan dan kesembuhan dari kaedah ini diperakui oleh satu generasi ke satu generasi dan sampailah sekarang..

Jangan lepaskan peluang ini kerana ianya julung-julung kali diadakan. Banyak rahsia keilmuan yang ada disebalik kursus ini.

Daftar sekarang.. 
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot