Pages

Saturday, October 29, 2011

Syarat-syarat Kelayakan Mendapat Pangkat PLX bagi Tahun 2011-2012

SYARAT-SYARAT MELAYAKKAN PESERTA
PKLP MENDAPAT PANGKAT PLX
TAHUN 2011-2012
 
Syarat-syaratnya;
  1. Hadir kursus pada tarikh yang ditetapkan.
  2. Membayar yuran pendaftaran ahli RM10.00 sahaja. Yuran ini hanya sah pada hari program sahaja.
  3. Mengikuti program sepenuhnya. Tidak dibenarkan sama sekali untuk menghantar wakil kecuali ada surat rasmi/sijil sakit.
  4. Peserta di bawah 17 tahun tidak layak mengikuti program.
  5. Tidak mengira pangkat dan bukan ahli juga boleh turut hadir.
  6. Membuat pembelian sepertimana berikut:
i) Belian syarat 50NM dibuat pada hari program sahaja.
 
- Pastikan borang maintain 50NM (borang warna hijau) perlulah diisi dan diserahkan pada hari program bersama salinan invois.
 
- Pastikan invois asal ditulis “PKLP”.
 
ii) Semua jenis produk boleh diambil kira sebagai syarat maintain 50NM.
 
**Syarat penyertaan diatas adalah tertakluk kepada perubahan semasa pihak syarikat.**

Tuesday, October 25, 2011

Garis Panduan Peserta PKLP

INFO TERKINI PKLP ZON TIMUR :
PERHATIAN KEPADA PJS,PPJS & AKTIVIS HPA.

1. LARANGAN PROKSI :- TIDAK DIBENARKAN hadir di atas nama orang lain dan peserta mestilah menunjukkkan IC sewaktu pendaftaran.

2. DILARANG membawa KANAK-KANAK masuk di dalam dewan sepanjang program berlansung.

3. HANYA PESERTA yang mendaftar kepada UNIT PENDAFTARAN PKLP; PJS KHADI BIN SAARI-Cikgu Din dan Cawangan) sahaja di benarkan MENYERTAI PKLP ZON TIMUR.


PJS Cikgu Din;  010-3340494 untuk sebarang pendaftaran.

Pihak Ahli Jawatankuasa Induk Sekretariat ESP KPT mengharapkan semua pihak dapat memberi kerjasama yang sebaik mungkin bagi melancarkan lagi kelangsungan program ini.

Sekian, terima kasih.

Monday, October 24, 2011

Bisnes Seperti Gelombang

Info KHABAR
Jawapan Pengarah Urusan HPA

Sesuatu bisnes itu pasti ada naik dan turun seperti gelombang. Kita sangat kecewa sebahagian besar umat melayu Islam yang berniaga tapi mereka terlalu cepat untuk melihat atau membuat andaian terhadap naik turun sesuatu perniagaan.

Pengeluar kereta kebangsaan Amerika Chrysler Corparation juga pernah mengalami kerugian cukup besar tetapi bangun semula sampai hari ini kekal bisnes mereka. Dalam bisnes ada faktor-faktor atau angkubah-angkubah yang menentukan keharmonian sesuatu bisnes.

Kecekapan pengurusan membuat Business Process Reengineering(BPR) untuk melakukan strategi-strategi tertentu pada saat-saat tertentu. HPA sedang melakukan down sizing dengan membuat pengecilan kos operasi bagi perniagaan-perniaagaan ranting dan fokuskan perniagaan induk.

Dengan melakukan down sizing, ada bangunan atau cawangan digabungkan dari dua menjadi sebuah cawangan yang mungkin lebih besar tapi dalam jumlah yang kecil. Oleh yang demikian ianya dapat mempercekapkan pengurusan dan mencukupkan stok untuk ahli.

Cawangan-cawangan yang dikemaskini dikenali sebagai Cawangan Utama. HPA meletakkan sasaran seluruh Malaysia hanya 25 cawangan utama sahaja dengan target penjualan satu cawangan mencecah RM1 juta sebulan. 25 cawangan akan mencapai RM25 juta sebulan.

Ini adalah strategi pengukuhan HPA di dalam proses BPR iaitu memperbanyakkan dan mempercukupkan produk dan skala bisnes yang lebih besar akan dapat dicapai. Di cawangan utama ini dilengkapkan dengan bilik latihan dan juga modul untuk 30 bengkel dagi 3 tahun sepertimana dirancangkan.

Sunday, October 16, 2011

Perhatian - Para Pelabur KoWahida

Info; Modal Syer Anggota

Adalah dimaklumkan bahawa pihak koperasi mendapati terdapat anggota yang tidak memaklumkan kepada pihak koperasi apabila anggota tersebut membuat penambahan saham mereka. Ini adalah kerana anggota tersebut tidak menghantar dokumen yang diperlukan seperti slip transaksi, borang akuan terimaan dan borang keanggotaan kepada pihak koperasi. Sehingga kini pihak koperasi mendapati masih terdapat banyak saham anggota yang tidak dikenalpasti.


Sehubungan itu, jika terdapat anggota yang belum menghantar dokumen tersebut atau terdapat keraguan terhadap syer hendaklah menghubungi pihak koperasi dan sertakan bukti transaksi tersebut.

Sekian, harap maklum.

Tuesday, October 11, 2011

Penurunan Harga - D'Det, D'Karm dan D'Deu

Berikut adalah PENURUNAN HARGA bagi produk tersebut :
SEBELUM PENURUNAN :
KOD
PRODUK
NM
HARGA PENGEDAR
HARGA PENGGUNA
 (PV)
S.M
S.S
S.M
S.S
KD01
    D’DET
25
45.00
47.00
55.00
57.00
KD02
    D’KARM
25
45.00
47.00
55.00
57.00
KD03
    D’DEU
25
45.00
47.00
55.00
57.00
SELEPAS PENURUNAN :
KOD
PRODUK
NM
HARGA PENGEDAR
HARGA PENGGUNA
 (PV)
S.M
S.S
S.M
S.S
KD01
    D’DET
25
45.00
47.00
65.00
67.00
KD02
    D’KARM
25
45.00
47.00
65.00
67.00
KD03
    D’DEU
25
45.00
47.00
65.00
67.00
Untuk makluman tuan/puan nilai mata bagi produk tersebut adalah KEKAL. 

ralat; Memo ini berkuatkuasa 01 NOVEMBER 2011

Sekian, Harap maklum.

Sunday, October 9, 2011

Khasiat Herba Pueraria vs Vigor

KHASIAT HERBA PUERARIA MIRIFICA
1. Menyeimbangkan hormon estrogen.
2. Agen anti-penuaan untuk kulit berkedut
3. Menghitamkan rambut beruban dan melebatkan rambut
4. Menambahkan selera makan
5. Menambah tenaga dan meningkatkan semangat
6. Membantu memulihkan daya ingatan.
7. Melancarkan perjalanan darah.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur.
9. Memantapkan payudara.

1. Herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Hasil kajian saintifik menunjukkan herba ini dapat mengembalikan keremajaan khususnya untuk wanita. Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki.

2. Kelebihan utama herba Pueraria mirifica adalah menyeimbangkan hormon estrogen untuk
memelihara ciri-ciri kewanitaan seorang wanita. Hormon estrogen merupakan kunci utama di dalam kesuburan seorang wanita. Ia menyerlahkan sifat kewanitaan serta membantu dalam membentuk tubuh badan wanita.

3. Antara lain kelebihan herba Pueraria mirifica adalah sebagai agen anti-penuaan di mana ia dapat membantu mengurangkan masalah kedutan pada kulit dengan menegangkan dan menghaluskan struktur kulit. Kedutan pada kulit akan berkurangan dengan berkurangnya garis-garis halus, sekaligus menjadikan anda tampak lebih muda.

4. Di samping itu, Pueraria mirifica juga dapat melebatkan rambut dan melambatkan uban. Rambut akan nampak lebih sihat dan bersinar. Ia juga dapat membantu menambah tenaga dan meningkatkan semangat, supaya lebih cergas menjalani kehidupan seharian.

5. Tumbuhan herba ini juga berkhasiat untuk menambahkan selera makan, membantu memulihkan daya ingatan serta melancarkan perjalanan darah. Ia juga dapat membantu masalah sukar tidur, supaya dapat tidur lebih lena pada waktu malam.

6. Herba Pueraria mirifica ini juga dapat mengangkat dan menganjalkan kembali payudara yang telah kendur akibat daripada proses penuaan. Payudara akan menjadi lebih pejal dan mantap, menjadikan anda kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.

7. Kesimpulannya, herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat berguna bagi golongan wanita untuk memelihara kesihatan agar kekal cergas dan bertenaga, di samping kelihatan menarik dan lebih muda daripada usia sebenar.

KHASIAT HERBA BUTEA SUPERBA (VIGOR)
1. Meningkatkan aktiviti androgenik
2. Mengembalikan keremajaan
3. Meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki
4. Membantu meningkatkan perjalanan darah pada organ seksual lelaki.
5. Menjadikan ereksi zakar lebih selesa
6. Membantu lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED) / disfungsi erektil.
7. Meningkatkan tahap kepekatan sperma
8. Memanjangkan tempoh pergerakan sperma

1. Tumbuhan herba Butea superba tumbuh di India, Thailand dan juga di Asia Tenggara. Dikenali sebagai ‘Red Kwao Krua’ di kalangan masyarakat Thailand, tumbuhan herba ini telah lama digunakan secara tradisional untuk meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki.

2. Herba Butea superba ini didapati dapat meningkatkan aktiviti androgenik, di mana aktiviti androgenik ini sangat penting dalam perkembangan sistem pembiakan lelaki. Antara contoh hasil aktiviti androgenik ini termasuklah pertumbuhan bulu-bulu di badan, perkembangan organ pembiakan lelaki dan juga pembentukan jisim otot yang lebih pejal berbanding otot wanita.

3. Khasiat tumbuhan herba ini menyamai kapsul ‘viagra’ yang berfungi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Istimewanya, herba Butea superba ini membantu menggalakkan perjalanan darah ke dalam organ seksual lelaki tanpa memberi kesan mempercepatkan kadar denyutan jantung, gementar atau letih, sekaligus menjadikan ereksi zakar lebih selesa.

4. Menurut kajian saintifik, penggunaan tumbuhan herba ini secara berterusan dapat mengembalikan keremajaan dan membantu merawat masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan. Sediaan daripada tumbuhan herba ini didapati dapat membantu meningkatkan fungsi ereksi di kalangan lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED) / disfungsi erektil tanpa memberi kesan toksik.

5. Herba Butea superba juga dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap kepekatan sperma dan juga memanjangkan tempoh pergerakan sperma di mana ia merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kesuburan lelaki.

6. Secara konklusinya, herba Butea superba sememangnya herba yang sangat berguna untuk penjagaan kesihatan lelaki.

Selamat mencuba!

Makluman PENTING - PKLP

Sukacita dimaklumkan, kepada sesiapa yang berhajat untuk hadir ke Program PKLP Peringkat Zon Timur pada 22hb Oktober 2011 bertempat Hotel Seri Malaysia, Kuantan Pahang sila buat pendaftaran dengan segera kepada En. Khairul Anuar ditalian; 0148463283.

Jumlah peserta adalah terhad kepada 300 orang sahaja.
Tarikh tutup pendaftaran: 18HB OKTOBER 2011

Kerjasama semua ahli/leader amat-amat dihargai.
DAFTARLAH SEGERA!!!...

Thursday, October 6, 2011

Roti Arab

Khasiatnya:-
  1. Sesuai untuk semua golongan umur.
  2. Sesuai bagi yang mengidap penyakit kencing manis, jantung dan darah tinggi.
  3. Sesuai bagi yang mementingkan diet yang seimbang.
  4. Sesuai dimakan bersama kuah kari, susu, manisan, jem, bubur dan ais krim.
  5. Sesuai dibuat pizza, kebab dan burger.
Kelebihan Roti Arab:-
Roti diperkayakan dengan tepung berkualiti tinggi mengandungi tinggi kalsium. Sangat sesuai untuk diet kepada sesiapa yang mempunyai pelbagai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi,
kencing manis, sakit tua dll.
- Tiada bahan pengawet digunakan.
- Tahan lama sehingga 3 bulan jika disimpan didalam peti sejuk.
- Sedia dimakan bila-bila masa & mudah disediakan.

Apakah PKLP...?

Antara matlamat dan objektif:

1. Program bina income bulanan melalui kaedah kenaikan pangkat yang mudah di segenap peringkat
2. Program jangka masa pendek - sehari dengan maintain rendah hanya 50NM sahaja
3. Berasaskan Produk Killer Kopi Radix yang unik dan mempunyai kelebihan yang tersendiri
4. Melahirkan usahawan tanpa perlu penguasaan ilmu produk yang tinggi dan rumit
5. Program latihan bina usahawan yang mudah, praktikal dan dinamik
6. Melahirkan usahawan baru dan memperkukuhkan yang lama melalui pembinaan jaringan mudah.

TEMA: "Kecukupan Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Tuesday, October 4, 2011

Jawatan Kosong di Kowahida

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Koperasi Wahida HPA Berhad;

1. Pegawai Akaun
2. Penolong Akaun

Kelulusan
Pegawai Akaun: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan mempunyai pengalaman kerja 1 atau 2 tahun.
Penolong Akaun: Diploma Perakaunan dan pengalaman kerja.
Taraf jawatan adalah kontrak.

*Borang permohonan boleh didapati secara terus di kaunter KOWAHIDA.

Sebarang pertanyan sila hubungi;
Tel:04-9773813/14 (pej);
Fax:04-9773812; atau
Emel kpd:
kowahida@yahoo.com , atau
copwahida@gmail.com

Program PKLP Zon Timur


Sebarang maklumat lanjut sila berhubung dengan Unit Latihan & Promosi Zon Timur. Anda boleh berhubung terus dengan Sdr. Khairul Anuar; 014-8463283.

Sekian, harap maklum.

Sunday, October 2, 2011

Keistimewaan Menjadi Ahli HPA Semasa Program PKLP

Assalamualaikum W.b.t,
Kepada sesiapa yang ingin mendaftar sebagai ahli HPA bolehlah menyertai program PKLP, dengan hanya membayar sebanyak RM10 dan buku PKLP sahaja akan diberi. 

Sekian, Harap maklum.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot