Pages

Saturday, December 17, 2011

Website Baru HPA Industries Sdn. Bhd.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan HPA telah menyiapkan satu web baru untuk santapan semua bagi warga HPA. Laman tersebut ialah : www.hpanet.my. Berkuatkuasa pada hari ini, segala urusan berkaitan dengan syarikat hendaklah melalui web ini.

PKLP Terengganu

Sunday, December 11, 2011

Aturcara Majlis Anugerah Insentif 2011


Semua pengedar dijemput hadir meraikan MAJLIS ANUGERAH ESP 2011 yang berlangsung di Perkarangan HPAIC Shah Alam pada hari Sabtu 17 hb Disember 2011.

Ada pelbagai acara menarik. Antaranya

1. Cabutan bertuah 40 IPAD jenis Samsung Galaxy Tab 10.1 yang akan diberikan kepada mereka yang bertuah dikalangan pengedar yang membuat belian minima 100NM berturut turut pada bulan September, Oktober dan November 2011.

2. Pelancaran Laman Web rasmi HPA - www.hpanet.my

3. Debat antara Kelab (KPA, KPU, KPS dan KPT).

4. Pertandingan Iklan Radix dari setiap Zon Hpa.

5. Pertandingan Gubahan Sachet Kopi Radix

6. Persembahan Nasyid pada sebelah malamnya untuk mengutip Derma Tabung Bencana Alam. Antara artis Nasyid jemputan pada malam itu ialah Munif Hijjaz, Wardina, Unic dan Nazrey Raihan.

Apa yang menarik lagi pameran jualan termasuk kiosk RFC akan diadakan sepanjang hari program dari pagi sehingga malam..

Info; Kelab Pemimpin Al Wahida

Program Family Day Sekretariat

Adalah dimaklumkan bahawa program tersebut bakal diadakan seperti berikut;

Tarikh  : 24hb Disember 2011
Tempat: Rumbia Resort Villa, Paka, Terengganu.

Bahagian Penginapan:
Penginapan adalah mengikut keluarga masing-masing. Oleh itu, semua disarankan membawa keluarga. Sila buat check-in pada 23hb Dis 2011 yakni selepas solat jumaat.

Bayaran:
1. Bilik RM50.00 bagi penginapan pakej keluarga
2. Makan minum RM70.00 seorang dan RM50.00 bagi kanak-kanak.

Anak umur bawah 5 tahun adalah PERCUMA

Pihak pengurusan berharap agar semua AJK dan PJS hendaklah memberi komitmen. Kerjasama yang diberikan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Thursday, December 8, 2011

PKLP Pahang


Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan PJS En. Jaafar ditalian; 019-9102655 (SMS Nama penuh dan No. K/P)

Saturday, December 3, 2011

Family Day Sekretariat KPT

Info semasa,

Semua Ahli Jawatankuasa Sekretariat Zon Timur hendaklah mengosongkan(segala aktiviti harian) pada tarikh 24hb Dis 2011(sabtu) kerana tarikh tersebut ada program Family Day Sekretariat KPT.

Kehadiran, melibatkan semua PJS bersama keluarga.

*tempat akan dimaklumkan kemudian.

s/k: Presiden Sekretariat
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot