Pages

Sunday, August 26, 2012

Mesyuarat Anggota KoWahida

Kepada semua Ahli Koperasi Wahida HPA Berhad. Berikut adalah maklumat mengenai Mesyuarat Agong Kawasan yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang disebut dibawah. Notis mesyuarat akan sampai ke alamat anda melalui pos secepat mungkin.


I. Kakitangan HPA pada 06.09.2012 di Dewan Amir Ramadhan, Kompleks Al Wahida,
Lot 1985, Jalan Jejawi Dalam, 02600 Arau, Perlis dari jam 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

II. Kawasan Utara pada 08 September 2012
Dewan AWM Caw. Sg. Petani,No.20, Lenggok Cempaka 1, Persiaran Cempaka1, Bandaraman jaya,08000 Sg. Petani, Kedah dari jam 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

III. Kawasan Timur pada 08 September 2012
Di Dewan RFC, Lot 4232 (Ground Floor), Wisma Chua Ah Kee, Off Jalan Sultan Ismail,
Jalan Tok Lam, 20200 Kuala Terengganu , Terengganu dari jam 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

IV. Kawasan Tengah pada 09 September 2012
HPA International Center(HPAIC)
Lot 1065 & 1066 Phase 19, Laman Seri Business Park, No.7, Persiaran Sukan Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor dari jam 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

V. Kawasan Selatan, Sabah & Sarawak pada 09 September 2012
Dewan Naruddin Fahmi, (Tingkat Atas Restoran Nanyang Kopitian) Tingkat 1, Jalan Ciku, KluangBusiness Centre, 86000 Kluang, Johor pada jam 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Bagi ahli koperasi yang masih tidak menerima notis mesyuarat pada tarikh tersebut boleh terus hadir ketempat berkenaan pada tarikh dan masa yg telah ditetapkan bagi kawasan masing-masing.

Info: En. Azizan bin Ahmad

Saturday, August 25, 2012

Herba: Pokok Halban

Info herba

NAMA

Halban Hitam


NAMA LAIN
Leban, Halban Kuning / Putih / Rontok, dikenali juga sebagai Ibu kepada Ramuan Herba Tradisional.

NAMA SAINTIFIK
Vitex pubescens

ASAL
India, Sri Lanka (rare), Bangladesh, Burma (Myanmar), Indo-China, Thailand, Peninsular Malaysia, Sumatra, Java, Borneo, Sulawesi, the Lesser Sunda Islands and the Philippines (Palawan); introduced in tropical Africa and South America.

KEGUNAAN DAN CARANYA

Daun halban digunakan untuk mengubati luka,kudis dan demam. Bagi mengubati luka, daun diramas di tapak tangan dan disapu pada luka. Untuk mengubati demam, daun ditumbukdan dituam pada kepala dan badan. Daunya yang berwarna merah kehitaman seperti daun lemuning direbus dan dimakan sebagai ulam untuk membuang angin dalam tubuh badan. Air rebusan kulit halban jugasesuai digunakan untuk mengeringkan luka, sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

Akar Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan,mencairkan darah, melegakan batuk, antioksidan, melancar perjalanan darah dan menguatkan tenaga zahir dan batin.

Daun dan kulit pokok halban berperanan sebagai ubat untuk memulihkan kesihatan ibu bersalin.

Thursday, August 23, 2012

Tuesday, August 14, 2012

PENGUMUMAN AWAL


ralat : TANGGUH

Mulai 01 September 2012, semua cawangan HPA (selepas ini akan dikenali dengan HPA Mart), samada yang diuruskan oleh pengurus cawangan atau yang diuruskan oleh syarikat akan dibenarkan untuk menerima Produk Muslim untuk dipasarkan di HPA Mart secara 'consignment'. Ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh syarikat.

Semua pengurus cawangan boleh mengenalpasti pengusaha Muslim yang menghasilkan produk untuk mengemukakan produk mereka kepada pengurusan syarikat untuk penentuan kelayakan untuk dipasarkan di HPA Mart.

InsyaAllah, taklimat khusus akan diadakan kepada semua pengurus cawangan mengenai perkara ini dalam tempoh terdekat.

Sekian, terima kasih.

Info GM AWM

Monday, August 13, 2012

Penjagaan Produk

Oleh : Tn Hj Ismail bin Ahmad

Penjagaan produk sangat penting bagi mengelakkan produk tersebut rosak. Produk herba sangat sensitif dengan suhu yang panas. JIka dibawa ke sana ke sini diatas kenderaan tanpa dikeluarkan saya mendapati produk tersebut akan rosak apatah lagi warnanya. Perubahan warna hijau akan menjadi kuning dan tidak menarik.

Begitu juga kapsul akan meruap di dalam botol menyebabkan ia melekat antara satu sama lain. Silika gel tidak mampu mengawal kelembapan jika produk itu terdedah dengan matahari.

Penjagaan produk herba memerlukan kerapian sama seperti menjaga barang kemas dan tidak boleh dibiarkan tanpa kawalan.

Produk perlu berada dalam suhu bilik atau lebih dingin daripada itu. Stor induk dan cawangan HPA menyediakan tempat berhawa dingin bagi memastikan produk selamat dan tidak rosak.

Adalah diharapkan semua ahli/anggota HPA mengambil tanggungjawab bagi menjaga kualiti produk kita bersama.

Monday, August 6, 2012

Information Land (For Sale)


Name: en.hafidz
E-mail: hafidz_jhs@yahoo.com
IC Number: 810728146067
Phone number: +601119091017
Category: Land (For sale)
Region: Kelantan
Area: Kota Bharu
Heading: Lot tanah strategic
Size: 1/4 Acres
Property Type: Others
Title type: Freehold
Other info: Bumi Lot
Ad text: Salam.

5 lot tanah untuk dijual Jalan Hamzah, Kota Bharu
Kelantan. Lokasi staregic berhampiran KB Mall
& sebaris dengan Tune Hotel.

Keluasan tanah 10,000 kaki persegi (+- ¼ ekar)

Harga bagi 5 lot tersebut adalah Rm2juta shj.
Harga boleh dirunding.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut sila
sms/hubungi:
en.hafidz +601119091017 @ ust.nasuha +60195451488
@ ust.samad +60194340717
Price : RM 2 0 00 000

p/s: Kepada mereka yang berminat, sila hubungi terus pihak yang berkenaan.

Makluman Penting Kepada Pengurus Cawangan

KEPADA SEMUA PENGURUS CAWANGAN HPA

Mulai 1 Sept. semua cawangan diurus sepenuhnya oleh pemilik (pengurus sekarang), tanpa wang pengurusan. Semua bayaran ditanggung oleh pengurus cawangan kecuali sewa ditanggung oleh pihak syarikat sehingga bulan Dis 2012. Semua produk perlu dibeli secara tunai. Pembelian RM10,000 dan ke atas mendapat rebet 3 %.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pengurus zon masing-masing atau hubungi saya sendiri.
Sekian, terima kasih.

info: GM AWM
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot