Pages

Showing posts with label Herba. Show all posts
Showing posts with label Herba. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

Sebuah Kesembuhan

Herba juga makhluq seperti manusia yang mampu berperanan dengan Izin Allah. Berdoalah dengan bersungguh² agar herba menjadi solusi terbaik hasil dari istiharah dengan Allah. Kesabaran juga mengatasi semua mukjizat herba kerana tanpa sabar kesembuhan tak bisa berlaku. Banyak orang yang tidak sabar lantas minta sembuh dengan Allah ternyata sesudah itu dia tidak sabar menunggu masanya untuk diijabahkan. Dia pun berhenti dan bagaimana Allah mahu menolongnya ?

Maksud firman Allah: " dapatkan pertolongan dari jalan sabar dan solat".

Ambil herba tapi tak sabar ,tidak akan ada pertolongan. Begitu juga ambil herba tanpa solat, kesihatan tak jadi kebaikan kerana sihat pun tidak sujud kepada Allah. Herba juga makhluk yang patuh dan sentiasa bertasbih kepada Allah ,tidakkah salah jika menyuruh orang megambil herba tanpa disuluhi dengan ingatan sabar dan solat?

(PU HPA GROUP OF COMPANIES)

Tuesday, November 13, 2012

Pengetahuan Asas Kekuatan Bisnes


Info: Pengarah Urusan

Semangat merupakan kenderaan untuk bergerak dalam dunia bisnes kerana tanpa semangat bererti tidak ada keupayaan untuk melangkah jauh apatah lagi apabila bisnes sedang menghadapi masalah. Semangat tidak datang jika kita berpeluk tubuh di rumah dan meratap nasib semata mata. Semangat itu ada dalam jemaah,perjumpaan positif,mesyuarat positif tanpa kehadiran pencetus fikiran negatif di dalamnya. Jika mahu berjaya bertemulah orang yang selalu berfikiran positif bukannya orang yang sentiasa menabur isu negatif dimana-mana.

Jika mahu berjaya semangat perlu disokong dengan ilmu pengetahuan yang mendalam. Jika kita memilih kerjaya sebagai businessman produk herba maka ilmu herba perlu menjadi asas utama. Mana ada akauntan yang tidak tahu mengira? Peniagaan produk herba bukan kerja mudah tetapi perlu menggeluti satu bidang ilmu yang sangat unik. Pilihan untuk kursus jangka pendek ada dalam JHS,PINTAR HERBA,GEMPUR HERBA,KPJ dan lain-lain program.

Saturday, August 25, 2012

Herba: Pokok Halban

Info herba

NAMA

Halban Hitam


NAMA LAIN
Leban, Halban Kuning / Putih / Rontok, dikenali juga sebagai Ibu kepada Ramuan Herba Tradisional.

NAMA SAINTIFIK
Vitex pubescens

ASAL
India, Sri Lanka (rare), Bangladesh, Burma (Myanmar), Indo-China, Thailand, Peninsular Malaysia, Sumatra, Java, Borneo, Sulawesi, the Lesser Sunda Islands and the Philippines (Palawan); introduced in tropical Africa and South America.

KEGUNAAN DAN CARANYA

Daun halban digunakan untuk mengubati luka,kudis dan demam. Bagi mengubati luka, daun diramas di tapak tangan dan disapu pada luka. Untuk mengubati demam, daun ditumbukdan dituam pada kepala dan badan. Daunya yang berwarna merah kehitaman seperti daun lemuning direbus dan dimakan sebagai ulam untuk membuang angin dalam tubuh badan. Air rebusan kulit halban jugasesuai digunakan untuk mengeringkan luka, sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

Akar Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan,mencairkan darah, melegakan batuk, antioksidan, melancar perjalanan darah dan menguatkan tenaga zahir dan batin.

Daun dan kulit pokok halban berperanan sebagai ubat untuk memulihkan kesihatan ibu bersalin.

Wednesday, May 11, 2011

Keajaiban Stevia


PADA pada masa rakyat di seluruh dunia sedang dibelenggu dengan diabetes iaitu penyakit yang berpunca daripada gula, satu penemuan baru mungkin memberi harapan baru dalam menjauhkan penyakit itu daripada manusia. Di Malaysia menurut statistik Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan dianggarkan kira-kira 3.4 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada 2010. Ia satu petunjuk membimbangkan kerana ini bermakna lebih 12% rakyat negara ini menghidap diabetes.

Jika sebelum ini tebu menjadi sumber utama gula, bagaimanapun penemuan baru pokok stevia yang mampu menggantikan fungsi pemanis semakin mendapat tempat di hati ramai orang. Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudianna adalah tumbuhan herba dari keluarga Chrysanthemum yang mengandungi glikosida pada daunnya termasuk lebih 10 peratus steviosida.

Bertemu dengan Presiden Megaherbs Bioextreme, Dr. Zubir Yahya mendedahkan stevia mengandungi rasa manis 200 hingga 300 ganda lebih tinggi daripada gula tebu. Ini bermakna seseorang itu tidak perlu mengambil gula dalam kuantiti yang banyak untuk memaniskan secawan kopi atau membuat kek.

Tiada kalori dan toksik

PENEMUAN pemanis pada daun stevia menjadi tumbuhan itu sebagai harapan baru dalam dunia perubatan untuk menjauhkan penyakit diabetes.

Katanya, stevia boleh dianggap sebagai gula alternatif dalam nutrisi pemakanan yang mengandungi hampir tiada kalori, bebas karbohidrat dan tidak bertoksik.

“Ia baik untuk digunakan oleh pesakit diabetes selain boleh digunakan dalam industri pemakanan. Stevia boleh dijadikan sebagai salah satu ramuan dalam proses pembuatan kek, biskut dan sebagai bahan penambah perisa dalam makanan,” katanya ketika ditemui Pesona di pejabatnya di Platinum Walk, Danau Kota, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, stevia mengandungi vitamin A, B, C dan mineral penting untuk pertumbuhan kanak-kanak.

“Khasiat stevia sukar untuk diragui kerana ia 100% semula jadi,” ujarnya.

Jelasnya lagi, stevia juga secara umum dikenali sebagai daun ajaib yang mengeluarkan manisan. Lantaran itulah, jelas Zubir pada penghujung tahun 2008, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) telah memberi kelulusan kepada stevia digunakan sebagai makanan tambahan.

“Stevia pada masa kini turut mendapat perhatian daripada pengeluar minuman termasuk syarikat minuman bikarbonat,” beritahunya.

Kata Dr. Zubir, hasil kajian yang dijalankan mendapati stevia mempunyai kesan terabai pada kadar glukosa gula.

“Ia terjadi akibat daripada steviosida, oleh sebab itu stevia hanya memberikan rasa manis tetapi tidak mempunyai glukos. Herba tumbuhan itu juga boleh jadi bahan pemanis asli tanpa bahan kimia aditif,” jelasnya.

Teknik Penanaman

Permintaan yang tinggi ke atas stevia menyebabkan pokok yang berasal dari Amerika Selatan turut ditanam di negara ini. Pengeluaran tanaman itu kini sudah melebihi 2,000 tan setahun dengan negara utama pengguna stevia termasuk Jepun, Australia dan Kanada.

Bercerita mengenai penanaman stevia, kongsi Zubir beberapa langkah perlu dititik beratkan sebelum memulakan penanaman stevia. Ini termasuklah penyediaan tanah, jenis tanah, penyediaan batas, pengairan, pembajaan, aplikasi organik dan penjagaan pokok, pembersihan dan penuaian.

Tanah merah berpasir (kering) adalah jenis tanah yang sesuai, manakala tanah gambut merupakan tanah yang tidak sesuai bagi penanaman stevia. Batas adalah cara terbaik dan paling ekonomik untuk menanam stevia. Semburan mikro merupakan kaeadah yang sesuai untuk mengairi penanaman stevia.

Pembersihan boleh dilakukan secara manual menggunakan tenaga buruh untuk memastikan kesihatan pokok stevia. Penuaian boleh dilakukan dengan hanya memetik daun, sekiranya diperlukan pada kuantiti yang kecil. Bagi penuaian secara besar besaran keseluruhan pokok boleh dipotong dan meninggalkan 10 hingga 15 sentimeter dari tanah.

Tuesday, April 12, 2011

Minyak Kelapa Dara


Jom mari mengenali produk kita.

Apa itu Virgin Coconut Oil (VCO) atau Minyak Kelapa Dara.?

Minyak Kelapa Dara, ekstrak daripada kelapa segar, jernih serta mempunyai rasa dan aroma kelapa yang unik. Minyak Kelapa Dara premium ini dihasilkan daripada kelapa segar melalui teknik "Cold Pressed" untuk mengekalkan rasa yang enak dan aroma yang unik.

Minyak Kelapa Dara bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
Apakah kegunaan Minyak Kelapa Dara;

Gunakan untuk memasak, campurkan dalam makanan dan minuman, sapukan sebagai losyen, sesuai dijadikan makanan tambahan dan gunakan sebagai ubat.

Siapa yang perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara ?

Minyak Kelapa Dara sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur.

Kata Pakar;
"Minyak Kelapa Dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia".
- Dr. Bruce Fife -

200++ Kegunaan Minyak Kelapa Dara dalam Perubatan :

1. Masalah berkaitan KULIT & KEPALA;

Gatal Kulit/kulit kepala, Ruam, Luka, Lebam, Kulit Berkedut/Merekah, Jerawat, Ekzema, Kulit Melecuh, Kulit Terbakar, Kelemumur, Rambut Gugur dan Kutu.

2. Maslah berkaitan MULUT;

Bibir Merekah, Masalah Gusi, Kaviti, Sakit Gigi, Nafas Berbau dan Sakit Tekak.

3. Masalah berkaitan THYROID;

Seperti masalah Obesiti, Kaki & Tangan Berpeluh, Sakit Kepala, Migraine, Stress, Hilang Konsentrasi, Lemah Tenaga Batin, Sembelit, Susah tidur malam, Alahan pada makanan, Kuku tidak sihat dan Masalah sakit sendi.

4. Masalah berkaitan BAKTERIA;

Telinga bernanah, Sinus, Resdung, Gatal-gatal, di alat Sulit, Meningitis, Gastrik, Ulser, Keracunan makanan.

5. Masalah berkaitan dengan VIRUS & KUMAN;

Selsema/Demam, Hepatitis C, AIDS dan SARS.

6. Masalah berkaitan dengan KULIT & PARASIT;

Seperti Cacing, Ulat air, Ruam lampin, Giardiasis, Tapeworms dan Pinworms.

7. Masalah yang berkaitan dengan KANSER;

Kanser Kolon, Kanser Payu Dara, Kanser Kulit, Kanser hati dan Ketumbuhan.

Lain-lain masalah seperti Asthma(lelah), Kencing manis, Tekanan Darah Tinggi atau Rendah, Alzheimer, Bronchitis, Cysts, Batuk, Sakit kuning(jaundice), Batu Karang, Kudis Buta, Ulser perut, Parkinson, Kanser Prostat, Buah Pinggang, Kurang Zat Makanan, Merendahkan Kolestrol, Mengurangkan Berat Badan dengan meningkatkan Kadar Metabolisma dan Sistem Imunisasi Badan.

Sumber Rujukan;
1. The Truth About Coconut Oil - Dr. Conrado S Dayrit, Md
2. The Healing Miracles Of Coconut Oil - Dr. Bruce Fife, Nd
3. Coconut Cures - Dr. Bruce Fife, Nd

Wednesday, April 6, 2011

Mengapa Ginseng Menjadi Terkenal..?

Info dari Jawiherbshop.
 
Apabila kita menyatakan tentang ginseng, ada beberapa buah negara yang menjadi pengeluar utamanya iaitu Korea, China dan Amerika. Ginseng sebenarnya telah diamalkan sejak ribuan tahun lagi dan kini telah dikeluarkan dalam pelbagai bentuk produk harian. Persoalanya kenapa Ginseng menjadi terkenal?

Selain daripada liputan luas dan promosi tentang khasiat ginseng dipasaran antarabangsa, masih terdapat satu kekuatan sebenar iaitu ginseng adalah herba yang sangat baik untuk kesihatan. Jika anda mengunjungi negara seperti China dan Korea, mereka akan menyambut tetamu dengan minuman ginseng. Bagi mereka ini merupakan adat turun temurun yang menjadi amalan bangsa mereka.
 
Bagitu juga di Malaysia, satu perubahan yang besar sedang berlaku dalam pasaran masakini. Samada ia disedari atau tidak, kopi radix mula menjadi produk pilihan pengguna di kota maupun desa. Melalui survey yang telah dilakukan hampir 80% penduduk negara ini mengenali kopi Radix. 
 
Bagi peniaga produk HPA pula menunjukkan 100% meminum kopi Radix dan meninggalkan minuman yang lain dirumah. Jika kita bertanya pada kelompok kajian ini kenapa mereka menjadikan kopi radix sudah menjadi minuman harian mereka. Jawapan yang diterima kerana khasiatnya yang benar-benar dapat dirasai. Selain daripada rasanya yang unik. Jawapan ini sama dengan jawapan yang diberikan oleh penduduk di korea dan China tentang ginseng.

Oleh sebab itu saya berkeyakinan bahawa pengguna dan pengemar kopi Radix akan semakin bertambah dari hari kehari dan akan menjadi minuman paling popular di Malaysia dan dunia setanding dengan ginseng atau mungkin lebih daripada itu di suatu hari nanti. InsyaAllah...
 
Tahniah kepada semua ahli dan pengedar HPA yang berjuang memperkenalkan kopi ini sebagai satu pilihan utama.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot