Pages

Monday, March 14, 2011

Matlamat Sepanjang 2011

Sasaran jualan 25 juta sebulan


Tahun 2010 telah meninggalkan banyak kenangan dan juga sejarah buat seluruh keluarga besar HPA Industries Sdn. Bhd, ahli-ahli maupun kakitangan. Antara yang masih diingati ialah pelancaran bangunan HPA International Cantre (HPAic) yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor yang menjadi lambang kejayaan perniagaan produk Halal berasaskan herba.

Kejayaan tidak terhenti setakat itu sahaja. Tahun 2011 sudah pasti pihak syarikat mempunyai perancangan serta hala tuju bagi membolehkan pencapaian yang jauh lebih cemerlang dari tahun terdahulu.


"Misi kita pada tahun ini adalah untuk mencapai sasaran jualan sebanyak RM25 juta sebulan dengan memperkuatkan rangkaian produk-produk herba dan juga kosmetik," demikian kata Tuan haji Ismail Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA.


Untuk merealisasikan matlamat yang disasarkan itu, beberapa iktiviti akan giat dijalankan. Selain mempertingkatkan program-program melatih usahawan HPA sehingga menjadi pemimpin yang berkualiti serta berdaya saing, pihak syarikat juga akan menjalankan kursus-kursus intensif kepada kakitangan dan ahli untuk mempertingkatkan serta memperbaiki lagi mutu perkhidmatan pelanggan.


Usaha memperbaiki khidmat pelanggan telah pun mula dijalankan sejak awal januari lalu. Ini menunjukkan bahawa pihak syarikat memandang serius dan mengambil tindakan yang pantas untuk menangani permasalahan yang wujud di bahagian berkenaan.


Dalam pada itu beliau berharap agar ahli-ahli berusaha lebih giat lagi dalam usaha memperkukuhkan ekonomi diri serta keluarga.


"Untuk memperkukukkan perlu ada ilmu yang mencukupi. Justeru, saya juga berharap agar ahli-ahli HPA dapat mendalami perubatan Tibbun Nabawi dan bersedia mengikuti program-program peningkatan ilmu sama ada yang dianjurkan oleh pihak syarikat mahu pun pemimpin yang berjaya," katanya penuh harapan.

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot