Pages

Monday, September 19, 2011

Program KHAS


Ralat: Program Khas Laluan ke Puncakjaya akan diadakan seperti berikut :-


Tempat : Hotel DePalma Ampang KL
Tarikh   : 25/9/11 (Ahad)
Masa     : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Tiket     : Masuk adalah PERCUMA

Kelebihan Program Khas Laluan Ke Puncakjaya (PKLP)


1. Maintain 50NM pada hari program akan naik pangkat PB ke PLX dan pangkat2 seterusnya.
2. Pengisian hebat oleh Tn Hj Ismail Ahmad, PJS Hafidzan Faudzi, PJS Cg Murad Abu Bakar, PJS Azizan Ahmad & PJS Hj Khalid Iskri
3. Pelancaran produk-produk baru:-
> Vigor – Herba lelaki hebat
> Pueraria – Herba wanita anggun
4. Pertandingan Kopi Radix Tarik

Kenapa PKLP dilaksanakan?


1. Untuk menyuntik semangat baru kepada ahli HPA dengan peluang kenaikan pangkat dan bonus.

2. Untuk mencetuskan fenomena kopi Radix yang sudah dikenali ramai di kalangan masyarakat

3. Agar jualan syarikat dapat dipulihkan dengan pantas serta membantu pemulihan segera kewangan syarikat

4. Agar syarikat dapat kembali berdaya saing, mampu melangsaikan pembayaran bonus ikut jadual serta dapat kembali mendapat kepercayaan tinggi khususnya warga HPA. Akhirnya kegiatan bisnes ahli-ahli HPA akan kembali rancak.

p/s: Alangkah bertambah baiknya program seperti ini dilaksanakan setiap zon khususnya Zon Timur. Admin berharap pihak-pihak tertentu menimbang cadangan ini.

Sunday, September 18, 2011

Info: No. Telefon HQ yang boleh dihubungi.

Untuk sebarang masalah mengenai bonus atau yang berkaitan dengan HPA bolehlah berhubung dengan talian seperti berikut;

Call Center
04-9777993
04-9776804
04-9774749

No Fax yang boleh digunakan ialah :-
MIS 04-9761509
Akaun 04-9760090
Jad 04-9763392

Pihak syarikat memohon maaf diatas kesulitan yang dialami.
Sekian, Harap maklum.

Wednesday, September 14, 2011

Statement Bonus - Online

 Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua pengedar HPA yang dihormati, Pihak MIS ingin mencadangkan kepada para pengedar HPA supaya dapat memberikan alamat email kepada pihak MIS untuk memudahkan pihak MIS membuat penghantaran penyata bonus (statement) dengan lebih cepat. 

Sila emailkan alamat email anda dan nombor keahlian ke email:
shidahmis@yahoo.com.my  atau,
data.mis97@yahoo.com

Sekian, Harap maklum.

Tuesday, September 13, 2011

Kuliah Perubatan JAWI (KPJ)

Makluman kepada warga HPA sekalian.

Pihak Unit Latihan & Promosi Zon Timur akan mengadakan program Kuliah Perubatan JAWI yang seperti berikut:

Tarikh   : 17hb September 2011
Hari      : Sabtu
Masa     : 9.00 mlm - 11.30 mlm
Tempat : Dewan LPKIM (depan Vistana Hotel) Kuantan, Pahang.

Kuliah KPJ kali ini disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA sendiri. Semua ahli/pengedar dijemput hadir beramai-ramai.

Sekian, Harap maklum.

Monday, September 12, 2011

Memo Penurunan Harga Radix Sahara

Assalamualaikum W.b.t

Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat telah menurunkan harga  bagi produk RADIX SAHARA kini adalah RM13.00 dan Nilai Mata 3. Memo ini berkuatkuasa serta merta.

Sekian terima kasih.

Sunday, September 11, 2011

Penjualan Syer dan Penamatan Anggota Koperasi (KoWahida)

Merujuk kepada pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh Ahli Lembaga Koperasi semasa Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi kali ke 07/11 pada 08 September 2011; 

Mesyuarat memutuskan bahawa penjualan syer dan penamatan anggota Koperasi Wahida HPA Berhad adalah merujuk kepada seksyen 57 dan 58 Undang-undang Kecil Koperasi Wahida HPA, iaitu pembayaran pengeluaran sebahagian syer dan penamatan anggota boleh dibuat sekiranya ada anggota lain yang membelinya atau/dan pembayaran balik syernya adalah secara dibeli oleh anggota lain atau/dan ditebus dari Kumpulan Wang Penebusan Syer. 

Untuk makluman tuan/puan baki Kumpulan Wang Penebusan Syer pada masa ini tidak mencukupi untuk membuat bayaran pemohonan jualan syer dan penamatan anggota. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan akan dihubungi apabila ada permohonan anggota baru atau permohonan penambahan syer untuk proses pembayaran tersebut. Tarikh pembayaran kepada pihak tuan/puan tidak dapat ditetapkan sehingga ada anggota baru atau anggota yang membuat penambahan syer.

Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan/puan. Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Saturday, September 10, 2011

Waktu Urusniaga - Cawangan Station Utama

Untuk makluman kepada warga pengguna, ahli HPA sekalian.
Waktu urusniaga bagi Caw. Utama (Pasir Pekan) telah berlaku perubahan iaitu:

HARI/MASA
Sabtu - Khamis : bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Jumaat             : bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang.

Sekian, Harap maklum.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot