Pages

Saturday, April 30, 2011

ESP Kedah

ESP Kedah berlangsung pada 30hb April 2011 bertempat Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah. Untuk maklumat seterusnya sila ke Info ESP Kedah

ESP - REAL BUSINESS

ESP - Real Business
(Ekslusif sehari bersama Pengarah Urusan)

Tinta Pengarah

Program ESP akan menjadi bisnes kita dalam HPA lebih mantap dan terarah tujuannya. Sebenarnya kita terlalu didorong oleh sebuah perasaan ingin berjaya sehinggakan kita lupa untuk melihat tapak mana untuk berpijak. Program ini mengenengahkan beberapa kelebihan HPA serta strategi untuk menang di dalam bisnes.

Ramai usahawan yang muncul hasil dari tolakan bukan dari sebuah perancangan sehingga apabila kuasa tolakan tersebut kian lemah mereka juga menjadi terkapai-kapai. Mereka tidak pernah menempuh saat lelah oleh sebab itu mereka cepat menjadi putus asa. Perniagaan bersama HPA merupakan sebuah sekolah tidak formal tetapi sangat efektif untuk membentuk karektor seorang bisnesman. Di sini kita mempunyai pelbagai sudut perlatihan yang tidak pernah habis di samping itu juga memerlukan modal yang besar untuk berjaya.

Program ESP - Real Business dikendalikan oleh saya sendiri beserta dengan para leader yang siap sedia untuk mengerakkan pasaran. Kita tidak pernah fikir kebelakang tetapi sentiasa mengarahkan tujuan untuk sebuah pencapaian. Plan tindakan hanya bersifat sederhana tetapi akan memberikan impak yang besar pada jualan. Ramai orang yang mahu berniaga tetapi ramai orang yang tidak mahu belajar cara berniaga.

Kepada peserta yang menghadiri program ESP - Real Business jangan terperanjat jika mendapati apa yang dicari selama ini kini ditemui. Perniagaan bukan profit dan lost tetapi perniagaan ialah keuntungan dan terus untung. Sekiranya anda tidak berjaya di masa lalu belum tentu anda akan gagal lagi di hari ini. Bagaimana..?

Bersedialah untuk berjaya jika anda masih hidup dan manyakini rezeki itu dicari bukannya mengharap untuk diberi. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang selagi ia sendiri tidak mahu mengubahnya. Ketahuilah langit juga tidak pernah menurunkan hujan emas. Bertemu untuk kejayaan. InsyaAllah.

Thursday, April 28, 2011

ESP Terengganu


Adalah dimaklumkan bahawa ESP yang bakal diadakan pada 07hb Mei 2011 di Kuala Terengganu nanti berlangsung di Dewan Besar Terengganu Equestrian Resort (TER). PT 1969 Mukim Kuala Ibai, Jalan Sultan Mahmood, 20400 Kuala Ibai, Terengganu Darul Iman.

Sekian.

Tempoh Belian Bulan April 2011

Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat akan melanjutkan tempoh maintain pembelian bagi bulan April 2011 sehingga 7 Mei 2011.

Wednesday, April 20, 2011

ESP Kelantan

Pada 23hb April 2011 program ESP bagi peringkat negeri Kelantan sudah melabuhkan tirainya. Program ESP kali ini sungguh meriah sekali dengan jumlah kehadiran peserta sampai mencecah 514 orang. Jumlah kehadiran ini sudah cukup untuk memberi gambaran jelas yang mana semua ahli Hpa di negeri ini secara khusus dan zon timur amnya sudah bersedia untuk gempur dan mempertahankan perniagaan ini.

Kelab Pemimpin Timur mengucapkan syabas dan tahniah kepada AGM Zon Timur En. Ismail Omar dan team ESP Kelantan kerana bertungkus lumus menjayakannya dari pagi hingga ke malam hari untuk menyempurnakan program berprestij ini.



Lagi gambar ESP Kelantan

Tuesday, April 19, 2011

ESP Ke - 2.

ESP-Real Business kali ke-2 ini diadakan pada 17hb April 2011 disebuah hotel terkemuka di bandar Kangar - Putra Palace Hotel. Kehadiran peserta sangat membanggakan iaitu seramai 270 orang.

Disini admin paparkan suasana sekitar berlangsungnya ESP : 

PASAR ESP


PROGRAM DEWAN
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot