Pages

Wednesday, April 6, 2011

Etika Kepada Peserta ESP

Assalamu'alaikum kepada semua ahli/leader HPA diperingkat Zon Timur semoga anda semua berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan sejahtera hendaknya. InsyaAllah.

Untuk makluman kepada semua yang ingin mengikuti Program ESP yang bakal berlangsung pada 23hb April 2011 bertempat New Pacific Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Pihak pimpinan KPT telah mengariskan kod etika pemakaian yang perlu dipatuhi sepertimana berikut;

1. Peserta Lelaki: Blazer atau Jaket berwarna hitam beserta kasut bertutup.

2. Peserta Perempuan: Baju kurung , bertudung, Blazer/jaket hitam beserta kasut bertutup.

3. Pakaian hendaklah kemas dan menutup aurat serta dilarang sama sekali membawa kanak-kanak umur bawah 18 tahun.

Sekian, Harap Maklum. 

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot