Pages

Wednesday, November 2, 2011

Penyelewengan Dalam MLM

Artikel Pemimpin

Perniagaan MLM kini merupakan satu bidang sangat menarik dan mendapat sambutan hebat di kalangan masyarakat hari ini dalam usaha untuk mencari pendapatan tambahan ataupun sebagai karier usahawan. Tidak hairanlah jika timbul pelbagai macam syarikat berbilang aras yang menawarkan pelbagai tawaran dan insentif untuk menarik orang ramai menjadi agen syarikat mereka.

Sebagai antara orang yang telah lama menceburkan diri dalam dunia keusahawanan MLM ini saya ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca khususnya ahli- ahli HPA dalam memilih sesebuah syarikat MLM.

Kita sedia maklum bahawa, industri jualan langsung ini sebenarnya tertakluk di bawah AJL (Akta Jualan Langsung) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna). Setiap syarikat mestilah mempunyai lesen AJL yang sah barulah dapat beroperasi sebagai sebuah syarikat MLM.  Sebelum kelulusan diberikan, sesebuah syarikat pemohon perlu memenuhi semua syarat yang telah termaktub dalam AJL. jadi, jika ada ahli syarikat jualan langsung yang datang berkempen kepada anda, mintalah salinan lesen AJL untuk dilihat dahulu.

Kebelakangan ini banyak syarikat yang menjalankan perniagaan mereka secara tidak sah. Mereka
mengemukakan alamat pejabat operasi yang tidak betul malah pemilik sebenar syarikat pun tidak diketahui. Mereka tidak berani mendedahkan maklumat atau identiti mereka yang sebenar kerana bimbang dikesan dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Sebaliknya mereka berani pula melakukan aktiviti kempen dan promosi untuk mendapatkan ahli- ahli secara tidak sah dengan mengemukakan pakej insentif yang kelihatan sangat menarik. Sebenarnya tawaran ini hanyalah umpan semata-mata untuk menutup kesalahan yang mereka lakukan dari segi undang-undang negara.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada orang ramai agar berhati-hati dengan permainan syarikat seperti ini yang sebenarnya hanya bertujuan mencari keuntungan jangkamasa pendek. Pilihlah sesebuah syarikat yang benar-benar melaksanakan perniagaan secara jujur. Antaranya, mempunyai kilang dan premisnya sendiri, melaksanakan sistem plan pemasaran yang diluluskan oleh pihak berkuasa serta mempunyai rekod dan reputasi yang baik. HPA memenuhi semua ciri-ciri ini. Sebab itulah pihak syarikat berjaya bertahan selama lebih 14 tahun dan baru sahaja mendapat penyambungan lesen AJL sehingga 2014.

Kebanyakan mereka yang bersama syarikat-syarikat yang tidak sah ini sebenarnya adalah terdiri daripada 'Pelarian-pelarian MLM' yang melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain. Mereka tidak mempunyai sifat jati diri sebagai pemimpin yang jujur, beramanah, bertanggungjawab dan berpandangan jauh. Mereka hanya hinggap sebentar di sesebuah syarikat jualan langsung umpama seekor pacat. Bila buncit dan kenyang mereka akan berlepas diri. 

Saya cukup kenal dengan ramai orang seperti ini. Karektor dan penampilan mereka kelihatan sangat menarik berbekalkan kata-kata yang manis untuk menarik orang menyertai skim perniagaan mereka. Mereka inilah yang kerap melaksanakan aktiviti yang dilarang dalam muamalat seperti penipuan, manipulasi dan memerangkap ahli mereka tanpa disedari. Pendek kata dalam perniagaan seperti ini tiada istilah perjuangan, tiada istilah kesetiaan dan tiada istilah pertanggungjawaban.

Sebagai kesimpulannya, apakah ciri-ciri sebuah perniagaan MLM yang baik? Pertama, pilihlah sebuah syarikat yang mempunyai visi dan misi yang jelas dan jauh. Kedua, syarikat yang mempunyai rekod yang baik dan sejarah yang panjang bukan syarikat 'mi segera'. Ketiga, pilihlah syarikat atau perniagaan yang boleh dijadikan pewarisan. Kita berniaga bukan untuk periuk nasi kita sendiri tetapi untuk membina masa depan generasi akan datang. Keempat, pilihlah syarikat yang mempunyai pengurusan yang mantap dan barisan pemimpin yang berwibawa. Semua ciri-ciri ini ada pada HPA, jadi tiada sebab lagi untuk kita tidak mahu meletakkan seluruh jasad dan jiwa raga kita bersama perjuangan yang murni ini. Memartabatkan Ekonomi Ummah, dan Perjuangan Produk halalan thoiyiban!!!

SELAMAT MENDAKI KE PUNCAK JAYA!!!

PJM MURAD BIN ABU BAKAR
PRESIDEN PERJAWI DAN TIMBALAN PENGERUSI SKEMA
Sarjana Muda Ekonomi UM, MBA (MUAMALAH), KOLEJ Universiti Islam Antarabangsa, Selangor. 

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot