Pages

Showing posts with label Artikel Leader2. Show all posts
Showing posts with label Artikel Leader2. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

Kenapa anda mesti menyertai PBC: G2 HPA?

info: PJS Murad Abu Bakar

Apakah itu PBC?
PBC adalah program keusahawanan Perkongsian Bijak Cemerlang yang bertujuan untuk melahirkan usahawan herbalis MLM Syariah HPA yang berpendapatan tinggi dan mampu mencapai taraf jutawan. Jutawan yang dimaksudkan adalah yang KAYA EKONOMI, KAYA ILMU dan KAYA ROHANI DAN JATI DIRI.

Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula pada jam 9 pagi hari pertama dan berakhir pada jam 5 petang hari kedua. Melalui program PBC setiap peserta program diberikan bimbingan imu dan motivasi ke arah menjayakan diri masing-masing sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Antara modul yang dibentangkan ialah :
1. Sebab bersama HPA
2. Asas thibbun Nabawi
3. Menjadi Usahawan Sehebat Nabi
4. Inilah Perjuangan Kita
5. Plan Bina Jutawan
6. Pengetahuan produk HPA

Program berbentuk kerohanian juga turut diisi seperti qiammullail dan kuliah Subuh.

Selain itu Kursus-kursus lanjutan juga disediakan untuk memantapkan lagi imu dan pencapaian setiap usahawan HPA seperti Program Pintar Herba, Sijil Herbalis dan Bengkel Penjualan dan Penajaan.

Friday, December 7, 2012

Apa Kata Distributor of The Year

Murad Bin Abu Bakar

Kenapa saya masih bersama HPA..?

1. Masyarakat memerlukan khidmat saya dari sudut pengubatan herba

2. Pengalaman bertahun-tahun menyebabkan saya lebih yakin dengan kelebihan produk HPA

3. Bagi saya setakat ini HPA yang nampak bersungguh untuk membangunkan MLM Syariah

4. Walaupun bermasalah HPA masih berpotensi untuk dibangunkan berasaskan kekuatan yang sedia ada.

5. Perkembangan bisnes HPA bertunjangkan atas dasar ilmu

6. Dalam bidang ekonomi setiap entiti bisnes sentiasa mengalami turun naik. Untuk bertahan bukannya mudah. Berpindah ke tempat lain tidak semestinya selamat dan stabil

7. Apa sahaja kesilapan dan kelemahan HPA sebenarnya masih boleh diperbaiki dan masih ada peluang untuk diatasi.

8. Medan ini bukan sekadar ibarat medan padang ragut untuk kambing mencari makan. Di sini medan perjuangan untuk ummah yang tercinta.

Jadi di sinilah tempat saya bernaung.

Friday, August 3, 2012

Tazkirah Ramadhan

Oleh: PJS Mohd Bustaman Bin Salleh
Pengerusi Sekretariat Kelantan

Assalamu'alaikum wrth...
Ramadhan datang dengan penuh keberkatan. Salah satu keberkatan ramadhan, adalah sebagai bulan untuk berubat(penyembuhan). Ianya merupakan bulan terbaik bagi merawat penyakit hati dan jasmani. Penyakit jasmani diubati dengan amalan pemakanan yang betul. Disamping makan makanan yang bersumber daripada yang halal.

Penyakit hati tercetus daripada dua sebab iaitu syubhah yang disertai keraguan dan kecintaan yang disertai kesesatan seperti cintakan dunia secara melampau-lampau.

Dengan kedatangan bulan yang sebegini mulia, ambillah peluang untuk merawat penyakit hati@rohani yang sekarang menyerang kuat umat Islam terutama warga HPA dalam keta'atan kepada pemimpin. Boleh dengar dan patuh kepada pemimpin selagi mana mereka itu tidak melanggari perintah Allah dan jemaah kita walaupun dalam keadaan yang sangat susah.

Marilah kita sama-sama melawan nafsu amarah kita supaya dapat mengubat hati dan iman di dada. Hilangkan segala perasaan ragu kepada pemimpin dengan kerap mengadakan pertemuan dan usrah. Sama-sama kita ambil contoh kaum Muhajirin dan Ansor zaman Nabi SAW dalam melakukan pengorbanan terhadap Allah, Rasul dan pemimpin(khususnya jemaah kita HPA).

Dikesempatan ramadhan yang dikecapi sekarang ini merupakan waktu dan masa terbaik untuk melawan nafsu bagi  mengawal hati dan Iman dengan melakukan pembersihan dari penyakit syirik, takabbur, hasad dengki, dendam, khianat dll.

Sedarlah, ujian yang kita sedang tempuhi sekarang ini merupakan pembersihan dan perawatan bagi seluruh warga HPA yang didakwa sebagai pejuang.

Sekian, wassalam.

Saturday, July 21, 2012

Perutusan Ramadhan 1433H

PRESIDEN SEKRETARIAT KPT
Oleh: Alfadhil PJS Ustaz Jamaluddin Bin Jusoh al-Hafidz


Salam Ramadhan buat teman semua,semoga Allah yang memilih kita untuk menemui kembali tetamu yang dirindui ini, dia jua memilih kita untuk mendapat taufiq mengisi kemuliaan Ramadhan ini dengan amal dan bakti.

Kesempatan yang ringkas ini marilah kita merenung sejenak tentang hikmah ramadhan buat kita sebagai pejuang produk dan ekonomi ummah ini. Ramadhan itu berasal dari kalimah arab "ramadh" bererti panas, bayangan bahawa sepanjang madrasah Ramadhan ini kita hendaklah bersedia menerima dan menjalani kepayahan dan tribulasi demi sebuah cinta dari hamba untuk tuhan. Kepayahan dan kesulitan memanglah pahit bagi mereka yang tiada cinta di hati tapi mereka yang cinta dan ada rindu di hati, kepayahan dan kesulitan itu adalah manis buat mereka. Kita rasa manis meskipun sedang berlapar..kenapa?kerana di hati ada cinta dan rindu pada tuhan.

Marilah kita pertingkatkan rasa cinta dan rindu pada tuhan dengan kesempatan Ramadhan kali ini. Begitu juga kita pertingkatkan rasa cinta pada perjuangan ini. Ramai orang mengaku yang dia bersama Hpa atas dasar perjuangan..apakah ada cinta di hati mereka hingga saat-saat kini yang mencabar setiap jiwa bukan menjadi penyebab untuk mereka berselerakan lari, bahkan kecintaan itu bakal mengundang rasa setia untuk selamanya..

Persoalan!!siapakah tuan punya kepada perjuangan ini? Bukan PU,Bukan GM Dan bukan sesiapa..tapi tuannya adalah yang memiliki alam semesta ini, seseorang yang disebut tadi hanyalah wasilah yang menjodohkan kita kepada Tuhan yang mengarahkan kita supaya berjuang..lantas sebagai pejuang tuhan kita diasuh supaya menanamkan cita-cita untuk mengejar apa yang Ia janjikan di akhirat sana..belajarlah untuk tidak kecewa jika tuhan mentaqdirkan ujian kepada kita kerana janjiNya di akhirat sana adalah impian kita.

Kita...Alhamdulillah memang amat cakna persoalan halal dan haram dalam makanan seharian..cuma belum cukup setakat itu, lihatlah dan renungilah pakej Ramadhan yang mana bukan puasa di siang hari yang menjadi kefardhuan bahkan solat, zakat, Quran dll lagi merupakan jalinan pakej tarbiah yang saling melengkapi. Kita bimbang antara kita tertipu dan sudah terlalu selesa bila menjadi pejuang produk halal ini sedangkan soal-soal lain kita kesampingkan..inilah fenomena yang disebut sebagai "ghurur".

Sebab itu madrasah Ramadhan juga bertindak menjadi scanner untuk kita meneropong ke dalam diri untuk mencari kelemahan, kekurangan diri sendiri yang disebut "syarrunnafsi"..ajarlah untuk curiga pada diri sendiri, kerana kecurigaan itu akan menggerakkan kita untuk berubah..orang yang tidak curiga pada diri sendiri mungkin akan mengalami penyakit yang disebut "ujub" hingga dia tidak nampak lagi diri dia yang lemah, semua kelemahan yang dia nampak ada pada orang lain. wal iazubillah...

Harapan kita, Ramadhan yang menjelang ini akan menjanjikan sinar di hati pejuang semua,jadilah kita sebagai pejuang yang bertaqwa, berhati teguh, penuh setiakawanan dan sentiasa bersiap sedia untuk menggempur pasaran.

Wallahua'lam.

Saturday, June 30, 2012

Kenali Skim Cepat Kaya

Kerana duit semuanya boleh jadi. Macam-macam alasan digunakan untuk menghalalkan cara. Oh duit punya pasal sanggup seseorang individu itu mengadai maruahnya yang sekian lama dipertahankan itu. Disini saya petik dari kata-kata PJS Murad Abu Bakar yang membincangkan mengenai macam mana hendak mengenali SKIM CEPAT KAYA dengan cara yang mudah. Mudah-mudah tulisan yang ringkas ini menjadi panduan buat kita semua.

Bagaimana mengenalpasti suatu perniagaan itu berbentuk SKIM CEPAT KAYA yang sememangnya haram dan bercanggah dengan muamalat Islam?? Mudah saja. Mereka yang menggerakkannya menganjurkan pembelian pakej dalan jumlah RM yang besar kononnya untuk mendapat pulangan yang besar. Pembelian pakej ini digiatkan secara berleluasa sedangkan penjualan balik tidak ditekankan.

Akhirnya mereka yang gagal mencari pelabur skim akan kerugian sedangkan produknya mahal dan susah untuk dijual. Bayaran bonus kepada orang di atas di bayar daripada hasil pembelian orang di bawah bukan daripada bahagian syarikat. Syarikat tak ada wang tapi mempergunakan keuntungan daripada pembelian pakej ini untuk menanggung orang yang berada di atas. Begitulah seterusnya sehingga ramai yang menjadi korban manakala segelintir saja yang petah bercakap dan berhujah mendapat hasil yang lumayan. Yang wujud hanya mangsa dan pemangsa.

Mahukah anda menjadi mangsa??

Wednesday, November 2, 2011

Penyelewengan Dalam MLM

Artikel Pemimpin

Perniagaan MLM kini merupakan satu bidang sangat menarik dan mendapat sambutan hebat di kalangan masyarakat hari ini dalam usaha untuk mencari pendapatan tambahan ataupun sebagai karier usahawan. Tidak hairanlah jika timbul pelbagai macam syarikat berbilang aras yang menawarkan pelbagai tawaran dan insentif untuk menarik orang ramai menjadi agen syarikat mereka.

Sebagai antara orang yang telah lama menceburkan diri dalam dunia keusahawanan MLM ini saya ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca khususnya ahli- ahli HPA dalam memilih sesebuah syarikat MLM.

Kita sedia maklum bahawa, industri jualan langsung ini sebenarnya tertakluk di bawah AJL (Akta Jualan Langsung) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna). Setiap syarikat mestilah mempunyai lesen AJL yang sah barulah dapat beroperasi sebagai sebuah syarikat MLM.  Sebelum kelulusan diberikan, sesebuah syarikat pemohon perlu memenuhi semua syarat yang telah termaktub dalam AJL. jadi, jika ada ahli syarikat jualan langsung yang datang berkempen kepada anda, mintalah salinan lesen AJL untuk dilihat dahulu.

Kebelakangan ini banyak syarikat yang menjalankan perniagaan mereka secara tidak sah. Mereka
mengemukakan alamat pejabat operasi yang tidak betul malah pemilik sebenar syarikat pun tidak diketahui. Mereka tidak berani mendedahkan maklumat atau identiti mereka yang sebenar kerana bimbang dikesan dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Sebaliknya mereka berani pula melakukan aktiviti kempen dan promosi untuk mendapatkan ahli- ahli secara tidak sah dengan mengemukakan pakej insentif yang kelihatan sangat menarik. Sebenarnya tawaran ini hanyalah umpan semata-mata untuk menutup kesalahan yang mereka lakukan dari segi undang-undang negara.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada orang ramai agar berhati-hati dengan permainan syarikat seperti ini yang sebenarnya hanya bertujuan mencari keuntungan jangkamasa pendek. Pilihlah sesebuah syarikat yang benar-benar melaksanakan perniagaan secara jujur. Antaranya, mempunyai kilang dan premisnya sendiri, melaksanakan sistem plan pemasaran yang diluluskan oleh pihak berkuasa serta mempunyai rekod dan reputasi yang baik. HPA memenuhi semua ciri-ciri ini. Sebab itulah pihak syarikat berjaya bertahan selama lebih 14 tahun dan baru sahaja mendapat penyambungan lesen AJL sehingga 2014.

Kebanyakan mereka yang bersama syarikat-syarikat yang tidak sah ini sebenarnya adalah terdiri daripada 'Pelarian-pelarian MLM' yang melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain. Mereka tidak mempunyai sifat jati diri sebagai pemimpin yang jujur, beramanah, bertanggungjawab dan berpandangan jauh. Mereka hanya hinggap sebentar di sesebuah syarikat jualan langsung umpama seekor pacat. Bila buncit dan kenyang mereka akan berlepas diri. 

Saya cukup kenal dengan ramai orang seperti ini. Karektor dan penampilan mereka kelihatan sangat menarik berbekalkan kata-kata yang manis untuk menarik orang menyertai skim perniagaan mereka. Mereka inilah yang kerap melaksanakan aktiviti yang dilarang dalam muamalat seperti penipuan, manipulasi dan memerangkap ahli mereka tanpa disedari. Pendek kata dalam perniagaan seperti ini tiada istilah perjuangan, tiada istilah kesetiaan dan tiada istilah pertanggungjawaban.

Sebagai kesimpulannya, apakah ciri-ciri sebuah perniagaan MLM yang baik? Pertama, pilihlah sebuah syarikat yang mempunyai visi dan misi yang jelas dan jauh. Kedua, syarikat yang mempunyai rekod yang baik dan sejarah yang panjang bukan syarikat 'mi segera'. Ketiga, pilihlah syarikat atau perniagaan yang boleh dijadikan pewarisan. Kita berniaga bukan untuk periuk nasi kita sendiri tetapi untuk membina masa depan generasi akan datang. Keempat, pilihlah syarikat yang mempunyai pengurusan yang mantap dan barisan pemimpin yang berwibawa. Semua ciri-ciri ini ada pada HPA, jadi tiada sebab lagi untuk kita tidak mahu meletakkan seluruh jasad dan jiwa raga kita bersama perjuangan yang murni ini. Memartabatkan Ekonomi Ummah, dan Perjuangan Produk halalan thoiyiban!!!

SELAMAT MENDAKI KE PUNCAK JAYA!!!

PJM MURAD BIN ABU BAKAR
PRESIDEN PERJAWI DAN TIMBALAN PENGERUSI SKEMA
Sarjana Muda Ekonomi UM, MBA (MUAMALAH), KOLEJ Universiti Islam Antarabangsa, Selangor. 
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot