Pages

Saturday, July 21, 2012

Perutusan Ramadhan 1433H

PRESIDEN SEKRETARIAT KPT
Oleh: Alfadhil PJS Ustaz Jamaluddin Bin Jusoh al-Hafidz


Salam Ramadhan buat teman semua,semoga Allah yang memilih kita untuk menemui kembali tetamu yang dirindui ini, dia jua memilih kita untuk mendapat taufiq mengisi kemuliaan Ramadhan ini dengan amal dan bakti.

Kesempatan yang ringkas ini marilah kita merenung sejenak tentang hikmah ramadhan buat kita sebagai pejuang produk dan ekonomi ummah ini. Ramadhan itu berasal dari kalimah arab "ramadh" bererti panas, bayangan bahawa sepanjang madrasah Ramadhan ini kita hendaklah bersedia menerima dan menjalani kepayahan dan tribulasi demi sebuah cinta dari hamba untuk tuhan. Kepayahan dan kesulitan memanglah pahit bagi mereka yang tiada cinta di hati tapi mereka yang cinta dan ada rindu di hati, kepayahan dan kesulitan itu adalah manis buat mereka. Kita rasa manis meskipun sedang berlapar..kenapa?kerana di hati ada cinta dan rindu pada tuhan.

Marilah kita pertingkatkan rasa cinta dan rindu pada tuhan dengan kesempatan Ramadhan kali ini. Begitu juga kita pertingkatkan rasa cinta pada perjuangan ini. Ramai orang mengaku yang dia bersama Hpa atas dasar perjuangan..apakah ada cinta di hati mereka hingga saat-saat kini yang mencabar setiap jiwa bukan menjadi penyebab untuk mereka berselerakan lari, bahkan kecintaan itu bakal mengundang rasa setia untuk selamanya..

Persoalan!!siapakah tuan punya kepada perjuangan ini? Bukan PU,Bukan GM Dan bukan sesiapa..tapi tuannya adalah yang memiliki alam semesta ini, seseorang yang disebut tadi hanyalah wasilah yang menjodohkan kita kepada Tuhan yang mengarahkan kita supaya berjuang..lantas sebagai pejuang tuhan kita diasuh supaya menanamkan cita-cita untuk mengejar apa yang Ia janjikan di akhirat sana..belajarlah untuk tidak kecewa jika tuhan mentaqdirkan ujian kepada kita kerana janjiNya di akhirat sana adalah impian kita.

Kita...Alhamdulillah memang amat cakna persoalan halal dan haram dalam makanan seharian..cuma belum cukup setakat itu, lihatlah dan renungilah pakej Ramadhan yang mana bukan puasa di siang hari yang menjadi kefardhuan bahkan solat, zakat, Quran dll lagi merupakan jalinan pakej tarbiah yang saling melengkapi. Kita bimbang antara kita tertipu dan sudah terlalu selesa bila menjadi pejuang produk halal ini sedangkan soal-soal lain kita kesampingkan..inilah fenomena yang disebut sebagai "ghurur".

Sebab itu madrasah Ramadhan juga bertindak menjadi scanner untuk kita meneropong ke dalam diri untuk mencari kelemahan, kekurangan diri sendiri yang disebut "syarrunnafsi"..ajarlah untuk curiga pada diri sendiri, kerana kecurigaan itu akan menggerakkan kita untuk berubah..orang yang tidak curiga pada diri sendiri mungkin akan mengalami penyakit yang disebut "ujub" hingga dia tidak nampak lagi diri dia yang lemah, semua kelemahan yang dia nampak ada pada orang lain. wal iazubillah...

Harapan kita, Ramadhan yang menjelang ini akan menjanjikan sinar di hati pejuang semua,jadilah kita sebagai pejuang yang bertaqwa, berhati teguh, penuh setiakawanan dan sentiasa bersiap sedia untuk menggempur pasaran.

Wallahua'lam.

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot