Pages

Saturday, February 2, 2013

MAKLUMAN KHAS : Pensyarah PBC: G2 2013

RUJUKAN KAMI : HPA/TEKNO HPA/PBC/13-01-01
TARIKH : 31 JANUARI 2013 / 19 RABIULAWAL 1434 H

Kepada
Pensyarah PBC 2013

Tuan / Puan

KURSUS PENGHAYATAN PENSYARAH PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) 2013
Perkara di atas adalah dirujuk

Adalah dimaklumkan bahawa, Teknologi HPA akan menganjurkan kursus Penghayatan bagi semua tenaga pengajar PBC. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada bakal Pensyarah yang akan dilantik tentang selok belok pengisian dan penyampaian di dalam program yang bakal dijalankan bagi mewujudkan satu kesamaan budaya ke arah pencapaian matlamat program. Berikut dinyatakan butiran lanjut berhubung program yang akan di adakan:

Perkara : Kursus Penghayatan Pensyarah PBC 2013
Tarikh : 4 Februari 2013 (Isnin)
Masa : 9.00 am - 5.00 pm
Lokasi : Tingkat 1, Menara HPA International Centre (HPAIC)

Sehubungan dengan itu, kesemua pensyarah yang telah usulkan oleh pihak kelab diminta untuk menghadirkan diri pada tarikh yang telah dinyatakan. Kegagalan menghadirkan diri akan menyebabkan status pensyarah dilucutkan. Sila sahkan kehadiran anda ke (Pn Norasyikin Balkhis Binti Yakath Ali 019-6330727)

Keperihatinan dan kerjasama daripada pihak Tuan / Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Sekian

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

"Halal Product is Our Uphold Responsibility" TM

NORASYIKIN BALKHIS YAKATH ALI
Legal and Training Department

HPA International Centre (HPAIC)
Tingkat 10 Menara HPAIC,
Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

OFF : 03-55119717
FAKS : 03-55118717
HP : 019-6330727

EMAIL/YM/FB : norasyikin_balkhis@yahoo.com
: norasyikin.balkhis@gmail.com

BLOG : traininghpaic.blogspot.com
___________________________________________________________________________
admin: *Surat ini untuk mereka yang terlibat sahaja.

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot