Pages

Showing posts with label Nurani. Show all posts
Showing posts with label Nurani. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Artikel Terbaru PU

Pejuangan Kebenaran

Iman yang tidak mantap apabila berhadapan dengan ujian akan menampakkan rasa panik dan cemas. Inilah yang perlu diperhatikan oleh pejuang kebenaran kerana selebihnya dari rasa percaya yang kuat, kekuatan yang akan muncul selepas itu ialah kekuatan tawakkal. 
Ini jelas digambarkan oleh Allah SWT di dalam Surah Ali Imran (ayat 154) dari kisah peperangan Uhud.
 
ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّن بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاساً يَغْشَى طَآئِفَةً مِّنكُمْ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ
“Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri mereka sendiri, mereka menyangkakan terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliah…” (Surah Ali Imran, ayat 154).

Sangkaan yang tidak benar terhadap Allah SWT sehingga meragui perjuangan yang membawa mereka ke Syurga. Mereka menyangka jika Nabi Muhammad SAW itu benar-benar Nabi dan Rasul tentu dia tidak dikalahkan dalam peperangan. Sangkaan ini menjadi semakin keliru sehingga mereka menyabitkan; sekiranya mereka tidak keluar berperang pasti mereka tidak akan dibunuh.
 
يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الأَمْرِ شَيْءٌ مَّا قُتِلْنَا هَاهُنَا قُل لَّوْ كُنتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَى مَضَاجِعِهِمْ وَلِيَبْتَلِيَ اللّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحَّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
“Mereka berkata (sesama sendiri): ‘Kalaulah kita mempunyai sedikit pilihan (sudah tentu kita akan memilih tidak keluar berperang dan)  tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?’. Katakanlah (wahai Muhammad); ‘Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah di takdirkan (oleh Allah)  akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing’. Dan (apa yang berlaku di medan perang uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada” (Surah Ali Imran, ayat 154). 

Hati yang mati tidak mampu lagi melihat hikmah dan rahsia di sebalik sesuatu kejadian. Akibat dari inilah hati mereka akan menjadi keras, kufur serta berani menentang sesuatu hukum dari Allah SWT dan RasulNya. Apabila kita berpegang dengan Islam, sekali-kali jangan disalahkan sesiapa apabila datangnya ujian tetapi tabahilah kerana di sinilah yang bernama mujahadah. Persiapkan diri untuk sakit dan selesa bersama perjuangan kebenaran, bukannya hanya untuk musim gembira sahaja. 

Sabda Nabi s.a.w.:
 
أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ، أَلا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ، فَلا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ، أَلا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لأَنْفُسِهِمْ مَا لا يَقْضُونَ لَكُمْ، إِنْ عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ، وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ"، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ نَصْنَعُ؟ قَالَ:"كَمَا صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ، وَحُمِلُوا عَلَى الْخَشَبِ، مَوْتٌ فِي طَاعَةِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ حَيَاةٍ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ
“Ingatlah bahawasanya roda Islam itu berpusing, maka berpusinglah kamu bersama Kitab Allah di mana sahaja ia berpusing. Ingatlah bahawasanya Kitab Allah dan pemerintah akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dengan Kitab Allah. Ingatlah bahawasanya kamu akan diperintah oleh pemimpin-pemimpin yang mereka memutuskan untuk mereka apa yang tidak mereka putuskan untuk kamu di mana jika kamu engkari mereka, mereka akan membunuh kamu, namun jika kamu taati mereka mereka akan sesatkan kamu”.

Para sahabat bertanya; “Ya Rasulullah, apa yang perlu kami lakukan?”. Jawab Nabi; “Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Nabi Isa a.s.. Mereka digergaji dengan gergaji-gergaji dan disalib di atas batang-batang kayu (namun mereka tetap teguh). Sanggup mati kerana mentaati Allah lebih baik dari hidup yang terpaksa menderhakai Allah” (HR Imam at-Tabrani dari Mu’az bin Jabal r.a.)
 
Kebanyakan dari kita merasa gembira dengan kejayaan sesuatu perjuangan tetapi apabila perjuangan ditimpa kesusahan mereka lari ke belakang. Ini bukanlah dinamakan orang berjuang tetapi sekadar ikut-ikutan kerana perjuangan itu  belum kukuh di hati. Saat kita mendapat kejayaan, perjuangan memang menjadi indah, tetapi saat kita diuji ternyata hakikatnya tidak ramai yang mampu bersyukur lagi. 

Firman Allah SWT:
 
وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
“Sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur” (Surah Saba’, ayat 14).
 
Kita yang pernah hidup senang perlu bersyukur ketika susah atas nikmat lalu walaupun telah hilang. Kita yang pernah merasai hidup berkeluarga perlu bersyukur atas nikmat lalu meskipun sekarang telah berpisah. Redha atas setiap ketentuan Ilahi meskipun yang Allah berikan cuma  mimpi yang indah. Jelaslah iman itu mempunyai mata yang mampu melihat hikmah kejadian Allah pada dirinya, redha dan mensyukuri meskipun tidak diberi. Nikmat hidup dalam iman dan Islam adalah sesuatu yang menutupi segala nikmat kehidupan yang lain, dari itu tidak perlu lagi dihitung lagi menang atau kalah.

Firman Allah SWT:
 
وَلَئِن قُتِلْتُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَوْ مُتُّمْ لَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللّهِ وَرَحْمَةٌ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
“Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah atau kamu mati (dengan mati biasa), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) himpunkan (dari segala jenis kesenangan dunia)” (Surah Ali Imran, ayat 157). 
Inilah jawapan kepada kemuncak sebuah keimanan. Allahu ghayatuna (Allahlah matlamat kita). Amin. 

Info dari Pengarah Urusan.

Sunday, September 4, 2011

Salam Kemenangan & Salam Perjuangan


Kepada ahli dan pengedar HPA sekalian, anda jangan lupa untuk berpuasa pada bulan Syawal yang mulia ini. Kelebihan dan ganjarannya sangatlah besar disisi mereka yang mengetahui. Sabda Nabi s.a.w ; 

Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun” (Hadis Riwayat Muslim)

Tuesday, May 31, 2011

Impian Yang Merosakkan

Artikel dari alFadhil PJS Ust. Jamaludin Jusoh alHafizd.

Sebagai seorang penaja,perasaan ingin membimbing tajaan adalah suatu perasaan yang sentiasa hidup sepanjang masa hingga klimaksnya ialah tajaan itu mampu berkendiri atau berjaya mencapai apa yang kita bayangkan kepadanya sebagai cita-cita dan impian.

Kejayaan mereka adalah suatu hadiah dari Allah buat kita,hidup mereka mula punya disiplin halal haram,penampilan hidup muslim mula berputik dalam hidup mereka selain bibit keluasan rezeki halal mula mereka kecapi..”Jika Allah memberikan petunjuk kepada seseorang melalui hasil usahamu adalah lebih baik bagimu dari unta merah (harta paling berharga buat orang arab ketika zaman nabi)”

Perasaan ingin melihat anak buah berjaya sentiasa membara di hati,sentiasa berusaha mencari jalan ke arah itu,kerana di peringkat awal downline adalah seumpama “bayi yang tiada kemampuan apa-apa selain menangis bila kelaparan dan ditinggalkan.”

Pun begitu tidaklah pulak bermakna “semuanya kita”hingga mencari tajaan,maintain nilai mata segalanya kita yang buat…itu budaya subsidi namanya.Tugas kita sebenarnya menyediakan “guide” adapun yang buatnya adalah dia,ada banyak kes kita jumpai seseorang upline melakukan segala kerja tadi demi seorang downline,ini semua memberi )2( tasawwur,pertama dia terlalu memanjakan downline (sudah tentu menyusahkan dia selamanya) kedua namanya downline PROKSI, tentu kita tidak seronok dengan mainan system ini kerana sebuah kejujuran menjadi mangsa kepada nafsu serakah inginkan bonus yang besar.Kita beli produk banyak-banyak lantas kita faraidhkan pada boneka-boneka kita itu.Mungkin ada yang seronok berbuat demikian kerana “SIAPA PUN TAKKAN TAU”

Beza MLMS kita dengan MLM orang lain secara dasar antaranya adalah ujudnya kejujuran..kejujuran itulah yang akan melahirkan ketenangan dihati sedang ketidakjujuran itu pula mendatangkan kerunsingan.

Apa gunanya berbonus besar jika siang malam hati dirundung runsing,jiwa tidak tenang,nak mengaji quran pun sering terganggu,apatah lagi ketika solat tentu tiada kekhusyukan,zikir tidak memberikan kelazatan dan pelbagai lagi bentuk-bentuk yang menjadi manifestasi dari tiadanya keberkahan dari ilahi…


Kita ingin merealisasikan sepatah kata “hidup ibadat” ertinya semua tindak tanduk kita biarlah semuanya mendatangkan pahala ibadat kepada kita,bermula bangkit dari tidur hingga kembali meletakkan kepala di malam hari..”Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku adalah semata mata untuk Allah..”
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot