Pages

Friday, November 22, 2013

Perlu tahu hak anda selaku Pengguna Muslim sebelum memiliki produk

Mungkin masih banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis "This product contain substance from porcine".Sebenarnya ia memberiber maksud; "Produk ini mengandungi bahan daripada babi".

Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah "The source of gelatin capsule is porcine" yang bermaksud; "Kapsul dari gelatin babi".


Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar: Babi liar.
5. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham: Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk: Susu babi.
10. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi.

Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati. Semoga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Wallahu'alam.

Tuesday, November 12, 2013

Majlis Pelancaran Radix Sihat

Sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

Kepada ahli maupun pemimpin dijemput hadir beramai-ramai.

~ Bersama Memartabatkan Produk Halal.

Monday, November 11, 2013

PLASMA DARAH DALAM SURIMI

SURIMI DAN HASILANNYA (FISH BALL, FISH CAKE, CRABSTIK, KEROPOK, SOSEJ / PRODUK YONG TAU FOO & STEAMBOAT)


Perhatian kepada penggemar & peniaga YONG TAU FOO / CELOP2 / STEAMBOAT!

Surimi juga dikenali sebagai pekatan protein basah isi ikan nyahtulang yang telah mengalami proses pencucian dan pencampuran sebatian pencegah kerosakan bagi mengawal kualitinya semasa penyimpanan sejukbeku.

Surimi mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan sifat fungsian yang terkawal sebagaimana isi ikan segar serta dapat disimpan sehingga satu tahun tanpa mengalami perubahan. Dalam sistem makanan, surimi merupakan bahan utama dalam produk makanan seperti sosej, bebola ikan,crab stik, fish cake, mi, keropok, dan produk makanan lainnya yang dikenali sebagai produk makanan berasaskan surimi @ lebih dikenal produk Yong Tau Foo.

Pada tahun 1994, pengeluaran produk makanan berasaskan surimi mencapai 1 juta tan dengan pasaran utama adalah di Jepun, Amerika Syarikat, Korea dan negara-negara Eropah. Pada masa ini, negara-negara yang didiami oleh umat Islam telah mula diperkenalkan dan menerima produk-produk makanan ini.

Walau bagaimanapun terdapat masalah penggunaan surimi ini bagi umat Islam. Beberapa hasil penyelidikan terkini menunjukkan bahawa bagi tujuan meningkat dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, plasma protein darah haiwan telah dicampur ke dalam surimi.

Mengikut Al-Quran, darah merupakan bahan yang haram untuk digunakan sebagai bahan makanan, tanpa mengira jumlah yang digunakan. Oleh itu adalah penting bagi pihak-pihak yang berwajib di negara-negara yang majoriti umat Islam memberi perhatian sewajarnya mengenai isu Halal Haram berkaitan dengan surimi.

Penggalakan Sijil/Logo Halal pada sesuatu bahan makanan merupakan tindakan terbaik dan tentunya memberikan keselesaan bagi umat Islam dan pulangan yang menguntungkan bagi para pengusaha makanan.

Credit to: Prof. Abdul Salam Babji, UKM.

Sunday, November 3, 2013

Urutan Khas Melayu JAWI

Sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

Jom kita sama-sama memartabatkan kembali urutan ini bersama dengan HPA bagi mengekalkan warisan yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Keberkesanan dan kesembuhan dari kaedah ini diperakui oleh satu generasi ke satu generasi dan sampailah sekarang..

Jangan lepaskan peluang ini kerana ianya julung-julung kali diadakan. Banyak rahsia keilmuan yang ada disebalik kursus ini.

Daftar sekarang.. 

Tuesday, October 8, 2013

Pintar Herba Ke-20

Sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

PINTAR HERBA KE 20 KINI KEMBALI!!

Ingin Mendalami Ilmu Perawatan dalam menangani Kes Kanser Payudara atau dikenali dengan nama Breast Cancer?
Ilmu yang sungguh luar biasa, Eksklusif hanya untuk anda!

Diajar secara terus oleh Pengarah Urusan HPA melalui pengalaman Menjaga & Merawat Pesakit..
Daftarlah segera! Tempat terhad kepada 50 orang terawal sahaja!

Hubungi: 019-6330727 untuk maklumat lanjut.

Tawaran istimewa kepada peserta BAS 1 sebagai Saringan dalam pemilihan PJS dan Pelapis PJS Baru

Saturday, September 14, 2013

Bahan yang diragui " LM10 " dalam hidangan McDonald's

Bahan berasaskan BABI ditermakan sebagai " LM10 ", terdapat dalam hidangan McDonald's

Selepas membaca laporan di bawah dan mengambil kira kelalaian, kealpaan, ketidaktelusan dan amalan rasuah yang amat berleluasa dikalangan pegawai tinggi kerajaan (terutamanya para pegawai penguatkuasa undang-undang) termasuk golongan yang berada di jabatan agama Islam sendiri, seperti para mufti dan menteri yang berkaitan, maka admin merasakan adalah lebih baik bagi seluruh umat Islam negara ini berwaspada serta menjauhkan diri daripada hidangan McDonald's.

Selain aspek hukum Islam, dari sudut kesihatan; hidangan McDonald telah terbukti memberi kesan yang amat negatif.


Important News: Muslim Judicial Council (MJC) and IQSA has withdrawn certification from McDonald's. Acccording to the kitchen office in Florida, United States, study into the McDonald's ingredients has shown positive evidence of PORK materials which is called "LM10" are used in the McDonald's mayo.

South African McDonald's officials have confirmed that all sauce based ingredients are imported from the US.(Muslim) consumers are advised to abstain from McDonald's. Muslim Judicial Council (MJC) and IQSA has also withdrawn certification countrywide.

It's our duty to inform others.

Translate:

Berita Penting: Majlis Kehakiman Islam (MJC) dan IQSA telah menarik balik pengesahan daripada McDonald. Acccording ke pejabat dapur di Florida, Amerika Syarikat, kajian ke dalam bahan-bahan McDonald telah menunjukkan bukti positif bahan babi yang dipanggil "LM10" digunakan dalam Mayo McDonald.

Pegawai Afrika Selatan McDonald telah mengesahkan bahawa semua bahan-bahan berasaskan sos yang diimport dari Amerika Syarikat. (Muslim) pengguna dinasihatkan untuk menahan diri daripada McDonald. Majlis Kehakiman Islam (MJC) dan IQSA juga telah menarik balik pensijilan di seluruh negara.

Ia adalah tanggungjawab kita untuk memberitahu orang lain. Sebarkan.....

p/s: Perlu diingat, di Malaysia tidak mustahil 'Sijil Halal' boleh dibeli!

Saturday, September 7, 2013

Radix IQ


Radix IQ adalah ramuan produk pemakanan istimewa untuk otak. Memberi fokus kepada daya ingatan dan kestabilan emosi. Ramai anak-anak mengalami masalah IDD akibat daripada pengambilan makanan ringan yang tinggi kandungan MSG menyebabkan otak atau memori anak tersebut terjejas dan mengalami masalah hilang daya tumpuan.

Industri moden yang dikuasai oleh kapitalis yahudi telah menghasilkan makanan-makanan segera yang tinggi bahan kimia penambah perisa yang melemahkan daya ingatan umat Islam yang menjadi kelompok pengguna terbesar.

Sudah sampai masanya pengeluaran produk Radix IQ dapat bertindak sebagai penyelamat kepada umat Islam agar dapat melahirkan Generasi Cerdas Minda.

Radix IQ mengandungi ramuan tujuh herba yang diakui terbaik untuk otak. Boleh ditambah dengan madu asli. Baik untuk kanak-kanak, untuk orang yang mengalami kecedaraan otak, penyakit-penyakit saraf yang berkaitan dengan otak, menimbulkan mood dan emosi yang baik, keletihan otak, tonik saraf, insomnia, mengurangi kerosakan hati dan bersifat pelawas yang berkesan.

Radix IQ amat baik untuk diamalkan oleh wanita hamil untuk melahirkan anak yang tinggi IQ nya. Pendek kata produk ini pasti akan menjadi produk khusus umat Islam di pasaran.

Kandungan herba terpilih adalah pegaga, kurma, buah tiin, kismis, ginkgo, DHA serta herba ketujuh yang dirahsiakan.

RADIX IQ PEMAKANAN CERDAS MINDA UNTUK UMMAH
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot