Pages

Thursday, October 25, 2012

KHABAR Edisi 15

Dapatkannya sekarang dicawangan yang berdekatan dengan anda. Banyak info dan ilmu yang bermanfaat diperolehi dari edisi kali ini. Harga pula, mampu dibeli oleh semua. Selamat membaca!

EDISI KE-15

Wednesday, October 24, 2012

Pekeliling : Semua Pengarah Jati Setia (PJS)

No. Ruj : HPA/POZPT/011/10/12
04 Zulhijjah 1433H / 20 Oktober 2012M

Kepada:
SEMUA PENGARAH JATI SETIA

Tuan/Puan,
STATUS PENGARAH JATI SETIA (PJS)

Perkara di atas dirujuk.

2. SILA AMBIL MAKLUM, Tuan/Puan HENDAKLAH AKTIF mengikuti program-program yang dianjurkan oleh pihak syarikat yang mana ianya adalah merupakan salah satu MERIT perlantikan dan pengekalan status Pengarah Jati Setia (PJS). Diantara program-program untuk masa terdekat ini adalah :-

1. Kursus Perniagaan Cemerlang (KPC)
2.Kursus Pintar Herba
3. Gempur Herba
4. Kuliah Perubatan Jawi (KPJ)
5. PKLP
6. Program Mingguan

3. Sila ambil perhatian, pihak kami akan memaklumkan dari masa ke semasa program-program baru selain yang dinyatakan di atas.

Sekian, harap maklum.
b/p AL WAHIDA MARKETING SDN. BHD

ISMAIL BIN OMAR
Pengurus Besar

Kursus Perniagaan Cemerlang Siri 2

Program KPC Siri 2 ini bakal diadakan seperti berikut;

Tarikh: 11hb November 2012 (Ahad)
Tempat: Pusat Latihan KPC Cawangan Sungai Petani, Kedah.
Bayaran: RM250.00

Penyertaan: 50 orang peserta terawal sahaja yang diterima.
Mereka yang berminat boleh menghubungi sdr En. Izham: 013 4885717

Tuesday, October 23, 2012

MEMO : Laporan Agen Stok

Rujukan kami : HPA/AWM/4/2/15-2 (9/2012)
Tarikh             : 18hb Oktober 2012 / 02 Zulhijjah 1433H
KEPADA        : STOKIS, PENGURUS STOKIS DAERAH, PUSAT JUALAN, PUSAT AGENSI
DARIPADA    : BAHAGIAN MIS

________________________________________________________________________
Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa Laporan Agen Stok ( Laporan, Invois, Borang Ahli, Baki Stok) bagi bulan OKTOBER hendaklah dihantar selewat-lewatnya sebelum atau pada 05hb Nov 2012.

Ini adalah supaya pihak syarikat dapat mengemaskini Laporan Baki Stok dan maklumat tuan/puan.

Sekian, harap maklum.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Yang benar,

RASHIDAH BT ABDUL RAHIM
PENGURUS BESAR
MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM

Saturday, October 20, 2012

Program Pintar Herba 11

Program ini bakal diadakan seperti maklumat dibawah:

Sila "KLIK" image untuk lebih jelas

Monday, October 15, 2012

Akhbar : HPA Ketengah Rawatan Herba

Sinar Harian Online
15 Oktober 2012


Produk keluaran HPA Industries Sdn. Bhd

Suatu ketika dahulu, HPA Industries Sdn Bhd (HPA) sememangnya menjadi pilihan umum khususnya dalam kalangan Bumiputera menerusi pelbagai produk berasaskan herba.

Selepas empat tahun melalui zaman kegemilangannya, HPA diuji apabila terpaksa melalui era kejatuhan dalam perniagaan. Bagaimanapun, ia tidak pernah menjadi penghalang kepada syarikat untuk bangkit semula dalam masa tiga tahun.

Berkat kesabaran dan kesungguhan itu, HPA kini mampu berdiri teguh selari dengan syarikat lain yang telah menempa nama dalam industri perniagaan perubatan tradisional.

Sejarah dan kejatuhan HPA


Pengasas

Pengarah Urusan Kumpulannya, Ismail Ahmad berkata, HPA mula ditubuhkan sejak 1986 dan hanya diusahakan secara kecil-kecilan dengan bantuan keluarga.

Ismail berkata, berikutan ketika itu dia masih bergelar penjawat awam maka perniagaan tersebut hanya dijadikan sebagai kerja sampingan.

“Pada 1995, saya tekad melepaskan jawatan disandang bagi memberi sepenuh tumpuan terhadap perniagaan diusahakan.

“Kejatuhan HPA empat tahun selepas menempa nama dalam industri perubatan herba dan terpaksa mengambil masa tiga tahun untuk membangunkan semula,” katanya kepada Sinar Harian.

Gabungan perubatan Tibun Nabawi

Menurut Ismail, HPA memperkenalkan perubatan Jawi iaitu Al Wahida yang berdasarkan kepada perubatan Tibbun Nabawi dengan gabungan dua sumber seperti alamiah dan ilahiyah.

Katanya, hanya dua kaedah tersebut digunakan kepada mereka yang mendapatkan rawatan.

“Selain itu, HPA juga telah membina kilang berteraskan Good Manufacturing Practice (GMP) bagi memproses produk yang dipasarkan menerusi konsep pemasaran bertingkat.

“Sehingga kini, HPA telah mengeluarkan lebih 40 produk berasaskan herba yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan melebarkan sayap dengan memperkenalkan makanan halal,” katanya.

“Tidak hanya tertumpu pada produk herba, bermotokan Produk Halal Tanggungjawab Bersama, HPA turut melibatkan diri dalam semua bidang termasuk perhotelan, makanan halal dan keperluan harian,” katanya.

Ismail berkata, HPA kini mempunyai 120 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak malah berjaya menembusi Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Brunei serta Singapura.

Kekal perolehan, tingkat pengeluaran

Menurut Ismail, kolaborasi bersama pasaran luar telah dimulakan lebih 10 tahun dan Indonesia menjadi negara pertama ditembusi sejak 2000 bagi produk dan pendidikan herba.

Katanya, HPA sentiasa melakukan inovasi terhadap produk yang dikeluarkan sama ada dalam bentuk latihan dan jualan.

“Bagi mengukuhkan lagi kedudukan dan jenama HPA dalam industri, penstrukturan semula syarikat dilaksanakan. “Komitmen setiap warga kerja menyumbang kepada kejayaan HPA dengan mencatatkan perolehan sebanyak RM100 juta bagi 2011.

Syarikat bukan hanya akan mengekalkan perolehan bagi 2012, sebaliknya meningkatkan pengeluaran dengan penambahan penggunaan mesin serta warga kerja," katanya.

Perancangan bagi 2013

Ismail berkata, HPA kini lebih memberi tumpuan kepada program Pelancongan Sihat yang akan dimulakan Januari 2013 di Langkawi.

Beliau menambah, program itu akan menjadi antara platform untuk mengembangkan syarikat sekali gus menjadi mekanisme penyembuhan yang akan dilakukan melalui kursus, pendidikan dan perkembangan minda.

"Perubatan herba kini lebih menekankan program pemulihan secara motivasi dan menjadikan Langkawi sebagai antara lokasi selain berpeluang beristirehat," katanya.

Sunday, October 14, 2012

MEMO : KENAIKAN HARGA KOPI RADIX JUMBO


Makluman,
Ramai yang tidak percaya tentang kenaikan harga FH06 Kopi Radix Jumbo. Disini admin posting maklumat memo tentang kenaikan itu.

MEMO
Rujukan kami: HPA/AWM/4/2/15-2 (09/2012)
Tarikh: 11hb Oktober 2012 / 25 Zulhijjah 1433H
Kepada: Semua Pengedar Bertauliah
DARIPADA: BAHAGIAN MIS
TAJUK: KENAIKAN HARGA FH06 KOPI RADIX JUMBO

Merujuk kepada perkara yang diatas.
Berikut adalah KENAIKAN HARGA FH06 KOPI RADIX JUMBO.
SEBELUM KENAIKAN:
FH06 KOPI RADIX (JUMBO-32 sachet)
NM: 10
Harga Ahli: RM30 (s.m)  RM32 (s.s)

SELEPAS KENAIKAN:
FH06 KOPI RADIX (JUMBO-32 sachet)
NM: 10
Harga Ahli: RM32 (s.m)  RM34 (s.s)

Untuk makluman tuan/puan nilai mata bagi produk tersebut adalah KEKAL. Memo ini berkuatkuasa pada TARIKH SURAT INI DIKELUARKAN.

Sekian, harap maklum.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot