Pages

Showing posts with label Agen Stok. Show all posts
Showing posts with label Agen Stok. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Tawaran Untuk Menjadi Agen Stok



Syarat terkini untuk menjadi Agen Stok Online baru telah dibuka dengan hanya modal awal sebanyak RM 2,500.00 sahaja. Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke bawah pula, syarat modal awal hanya sebanyak RM 2,000.00 Sahaja.

Diharap kepada semua ahli maupun pengguna diminta hebahkan kepada umum mengenai perkara di atas.

Sekian.

Friday, January 4, 2013

User Manual Sistem Online

CARA AKSES KALI PERTAMA (FIRST TIME LOGIN)

Masukkan no. Ahli (ID) atau Kad Pengenalan (IC) anda.
Gunakan PASSWORD enam(6) digit terakhir IC anda seperti berikut.

a. Ahli biasa : No. Kad Pengenalan (Bermula Kod Negeri), contoh :891223011234
b. Kad Pengenalan Lama, contoh : A1234567
c. Polis atau Tentera, contoh : T1234567 atau A102556240
d. Ahli yang daftar semula (Lama kepada Baru), contoh : 891223011234 B
(Tambah 'B' diakhir nombor)
e. Pendaftaran Syarikat, contoh : 376131 A (bergantung kepada maklumat semasa pendaftaran)
f. No. Surat Beranak, contoh : A 2598XX

Masukkan Security Code seperti nombor tertera disebelah. Ia berubah setiap kali masuk. Pastikan 'Refresh' terlebih dahulu.

Pilih bahasa - English atau Bahasa Melayu

Tekan 'Login' . Setelah 'Login' pastikan Maklumat yang diminta selesai.

PERHATIAN!
Sila Tukar Kata Laluan anda,mesti melebihi 8(Lapan) digit gabungan Huruf dan Nombor (Alphanumeric), contoh : ab1234567

Untuk tujuan Keselamatan, Nombor Telefon (bimbit) & No. Akaun Bank tidak boleh diubah. Sila hubungi bahagian MIS 0355104527 atau email awmmis@yahoo.com jika ada perubahan.

Saturday, November 24, 2012

PERHATIAN : SEMUA AGEN STOK

MEMO

____________________________________________________

Tarikh             :           24 NOVEMBER 2012
Daripada         :           PEJABAT PENGARAH URUSAN HPAIC
Kepada           :           CAWANGAN HPA 1 MALAYSIA
Perkara           :           RALAT : TARIKH TAKLIMAT SISTEM ONLINE - AGEN STOK

Assalamualaikum WBT.

Tuan / Puan,

Merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan, bahawa perubahan tarikh Taklimat Sistem Online yang baru akan diadakan seperti maklumat di bawah:-


Perkara           : TAKLIMAT SISTEM ONLINE - AGEN STOK

Tarikh             : 29 & 30 NOVEMBER 2012 (KHAMIS & JUMAAT)

Masa               : 9.30 Pagi hingga selesai

Tempat            : Tingkat 1, HPA INTERNATIONAL CENTRE
                           Seksyen 13, Shah Alam.
                           Selangor.

Kehadiran       : AGEN STOK HPA


Sekian, Harap Maklum.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” TM

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ISHAK

Thursday, November 22, 2012

Tuesday, November 13, 2012

Apa yang lebihnya Bengkel Agen Stok?

Info dari Pangarah Urusan


Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pjs yang telah menghadiri bengkel agen stok yang sedang diadakan. Tujuan bengkel ini ialah untuk memberi penerangan bagaimana pelaksanaan online system kepada semua agen stok di Malaysia. Memang terdapat banyak sekali salah kira di mana terdapat agen stok yang membuka invoice tanpa  pembelian barang. Kesannya syarikat terpaksa membayar bonus tanpa ada kemasukkan wang. Hampir setiap minggu kes ini dilaporkan sehingga kita merasakan jika hal ini berterusan syarikat akan lumpuh.

Penerangan online system bukan tempat untuk berbincang pasal stok barang yang tidak cukup dan bonus yang belum dapat tetapi online system salah satu cara untuk "protect"syarikat dari mengeluarkan wang yang tidak sepatutnya. Kuatnya syarikat kuatlah bisnes kita dan lemahnya syarikat bererti lemahlah MLM kita bersama. Sepatutnya para agen stok melihat hal ini dengan positif kerana syarikat melaksanakan ini adalah untuk kepentingan bersama.

Pertemuan agen stok bukan tempat meluahkan marah dan pentas pidato tetapi tempat memberi pandangan yang positif. Akibat dari kehadiran watak-watak negatif perjalanan kursus menjadi agak terganggu dan apakah ini yang dinanti-nantikan oleh individu tertentu. Jika ini saya rasa tidak tepat kerana yang hadir itu adalah staf bahagian MIS sahaja dan mereka tidak boleh dipersalahkan. Lebih tepat kemarahan itu patut ditujukan kepada Pengarah jika mahu bersama lagi dalam bisnes ini atau jika rasa ingin berhijrah ke MLM yang lain, pihak HPA juga tidak ada hak menghalang kerana antara kita tidak ada kontrak seumur hidup.

Kepada semua agen stok yang menyambut secara positif seperti tulisan Tn.Syed Zulfauzi Jamalulail dalam fb saya (Tuan Haji Ismail Ahmad- gambar  selamat datang ke Kompleks HPA Industries Sdn. Bhd.)  sangat dihargai. Pjs patut menjadi benteng mempertahankan HPA dimana sahaja mereka berada.

Saturday, November 3, 2012

Pekeliling : Bengkel Online System bagi Semua Agen Stok

RUJUKAN KAMI: HPAIC / AWM / AGEN STOK / 11-12 / (01)
TARIKH: 02 NOVEMBER 2012 2012 / 19 ZULHIJJAH 1433H

Kepada;
Semua Agen Stok Semenanjung

Tuan/Puan

BENGKEL ONLINE SYSTEM SEMUA BAGI AGEN STOK

Sila ambil perhatian bahawa sebagaimana yang telah kami maklumkan kepada pihak tuan/puan, pihak syarikat dalam proses mengaplikasikan Online System bagi melancarkan serta melicinkan perniagaan MLM ini. Justeru itu, pihak syarikat telah menetapkan satu kelas intensif kepada pihak tuan,puan untuk mempelajari Inline System ini dan memutuskan bahawa:

1. Kehadiran ke Bengkel Agen Stok bagi semua Agen Stok adalah WAJIB.

2. Sila sahkan kehadiran mengikut Zon masing-masing kepada pegawai yang telah dilantik SEBELUM 05hb NOVEMBER 2012 JAM 05.00 PETANG.

3. Kehadiran secara "Walk In" tidak akan diterima.

ZON TIMUR
En. Khairul Anuar Bin Ismail
H/P: 014 8463283

4. Setiap Agen Stok juga DIWAJIBKAN membawa gajet seperti Laptop serta lain-lainnya untuk pembelajaran.

5. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM50.00 sebelum ini dimansuhkan. PERCUMA!

6. Bagi Agen Stok yang agak lemah dalam pemahaman IT, anda DIWAJIBKAN membawa seorang pembantu atau individu lain yang memahami IT.

Berikut adalah jadual dan lokasi bengkel bagi Zon Timur:

09hb November 2012
RFC Kuala Terengganu, Terengganu
**Sesi Pertama: 8.30 am - 12.00 t/hari
**Sesi Kedua: 02.00 pm - 06.00 pm

10 November 2012
HPA Cawangan Kuantan 1, Kuantan
**Sesi Pertama: 8.30 am - 12.00 t/hari
**Sesi Kedua: 02.00 pm - 06.00 pm

**Pilih salah satu

Setiap Agen Stok diwajibkan menghantar SMS PENGESAHAN KEHADIRAN kepada En. Khairul Anuar Bin Ismail.

Format SMS
<HADIR> jarak <ZON> jarak <NAMA> jarak <NO AHLI> jarak <TARIKH> jarak <SESI>

Contoh: HADIR TIMUR SITI FATIMAH 123456MY01 9 nov 1

Kegagalan menghadirkan diri pada masa dan tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan STATUS AGEN STOK DIHENTIKAN SERTA MERTA.

Sekian, harap maklum.

Yang Benar
b/p AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

ZAIMAH BINTI ISMAIL

Thursday, November 1, 2012

Majlis Pelancaran Produk Istimewa

Majlis Pelancaran (Soft Launching): Sistem Online HPA
Tarikh: 01hb Disember 2012 (Sabtu)
Tempat: Menara HPAic, Shah Alam
Masa: 9.00 malam

Produk  Baru: Ekstrak Kapsul Manggosteen dan Moringga
Tarikh: 02hb Disember 2012 (Ahad)
Tempat: Menara HPAic, Shah Alam.
Masa: 9.00 malam

Diminta kepada semua Agen Stok, leader, PJS dan ahli HPA yang dikasihi sekalian turut sama hadir dan memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sekian, harap maklum

Tuesday, October 23, 2012

MEMO : Laporan Agen Stok

Rujukan kami : HPA/AWM/4/2/15-2 (9/2012)
Tarikh             : 18hb Oktober 2012 / 02 Zulhijjah 1433H
KEPADA        : STOKIS, PENGURUS STOKIS DAERAH, PUSAT JUALAN, PUSAT AGENSI
DARIPADA    : BAHAGIAN MIS

________________________________________________________________________
Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa Laporan Agen Stok ( Laporan, Invois, Borang Ahli, Baki Stok) bagi bulan OKTOBER hendaklah dihantar selewat-lewatnya sebelum atau pada 05hb Nov 2012.

Ini adalah supaya pihak syarikat dapat mengemaskini Laporan Baki Stok dan maklumat tuan/puan.

Sekian, harap maklum.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Yang benar,

RASHIDAH BT ABDUL RAHIM
PENGURUS BESAR
MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM

Friday, September 21, 2012

Buku Invois

MEMO 10

Dimaklumkan bahawa Buku Invois akan dikenakan bayaran dengan harga RM5.00 seunit. Setiap unit buku yang ingin ditempah hendaklah terlebih dahulu bank in ke akaun Zon Timur.

NO. AKAUN: 0 3072 0101 2032 4 (BIMB)

Slip pembayaran hendaklah difakskan ke Gudang Zon Timur, no. faks; 09 9610201

Tempahan buku invois maximum yang dihadkan bagi setiap penggunaan adalah sebanyak 20 unit buku invois. Setiap tempahan yang dibuat perlu berurusan dengan bahagian Gudang Zon Timur iaitu En. Rasul untuk pengambilan@penerimaan.

Sekian, harap maklum.

En. Ismail bin Omar
AGM Zon Timur

Wednesday, November 23, 2011

Agen Stok : Penghantaran Laporan

PERHATIAN !!!
Kepada semua Agen Stok Seluruh Malaysia.
Tuan/Puan diminta untuk menghantar “Laporan Agen Stok ” bagi jualan bulan November 2011 ke Ibupejabat (HQ HPA) sebelum atau pada tarikh 5hb Disember 2011. Sekiranya kelewatan , laporan tuan/puan akan diproses pada bulan berikutnya. 
 
Sekian Harap Maklum. Terima Kasih.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot