Pages

Saturday, November 3, 2012

Pekeliling : Bengkel Online System bagi Semua Agen Stok

RUJUKAN KAMI: HPAIC / AWM / AGEN STOK / 11-12 / (01)
TARIKH: 02 NOVEMBER 2012 2012 / 19 ZULHIJJAH 1433H

Kepada;
Semua Agen Stok Semenanjung

Tuan/Puan

BENGKEL ONLINE SYSTEM SEMUA BAGI AGEN STOK

Sila ambil perhatian bahawa sebagaimana yang telah kami maklumkan kepada pihak tuan/puan, pihak syarikat dalam proses mengaplikasikan Online System bagi melancarkan serta melicinkan perniagaan MLM ini. Justeru itu, pihak syarikat telah menetapkan satu kelas intensif kepada pihak tuan,puan untuk mempelajari Inline System ini dan memutuskan bahawa:

1. Kehadiran ke Bengkel Agen Stok bagi semua Agen Stok adalah WAJIB.

2. Sila sahkan kehadiran mengikut Zon masing-masing kepada pegawai yang telah dilantik SEBELUM 05hb NOVEMBER 2012 JAM 05.00 PETANG.

3. Kehadiran secara "Walk In" tidak akan diterima.

ZON TIMUR
En. Khairul Anuar Bin Ismail
H/P: 014 8463283

4. Setiap Agen Stok juga DIWAJIBKAN membawa gajet seperti Laptop serta lain-lainnya untuk pembelajaran.

5. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM50.00 sebelum ini dimansuhkan. PERCUMA!

6. Bagi Agen Stok yang agak lemah dalam pemahaman IT, anda DIWAJIBKAN membawa seorang pembantu atau individu lain yang memahami IT.

Berikut adalah jadual dan lokasi bengkel bagi Zon Timur:

09hb November 2012
RFC Kuala Terengganu, Terengganu
**Sesi Pertama: 8.30 am - 12.00 t/hari
**Sesi Kedua: 02.00 pm - 06.00 pm

10 November 2012
HPA Cawangan Kuantan 1, Kuantan
**Sesi Pertama: 8.30 am - 12.00 t/hari
**Sesi Kedua: 02.00 pm - 06.00 pm

**Pilih salah satu

Setiap Agen Stok diwajibkan menghantar SMS PENGESAHAN KEHADIRAN kepada En. Khairul Anuar Bin Ismail.

Format SMS
<HADIR> jarak <ZON> jarak <NAMA> jarak <NO AHLI> jarak <TARIKH> jarak <SESI>

Contoh: HADIR TIMUR SITI FATIMAH 123456MY01 9 nov 1

Kegagalan menghadirkan diri pada masa dan tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan STATUS AGEN STOK DIHENTIKAN SERTA MERTA.

Sekian, harap maklum.

Yang Benar
b/p AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

ZAIMAH BINTI ISMAIL

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot