Herba juga makhluq seperti manusia yang mampu berperanan dengan Izin Allah. Berdoalah dengan bersungguh² agar herba menjadi solusi terbaik hasil dari istiharah dengan Allah. Kesabaran juga mengatasi semua mukjizat herba kerana tanpa sabar kesembuhan tak bisa berlaku. Banyak orang yang tidak sabar lantas minta sembuh dengan Allah ternyata sesudah itu dia tidak sabar menunggu masanya untuk diijabahkan. Dia pun berhenti dan bagaimana Allah mahu menolongnya ?
Maksud firman Allah: " dapatkan pertolongan dari jalan sabar dan solat".
Ambil herba tapi tak sabar ,tidak akan ada pertolongan. Begitu juga ambil herba tanpa solat, kesihatan tak jadi kebaikan kerana sihat pun tidak sujud kepada Allah. Herba juga makhluk yang patuh dan sentiasa bertasbih kepada Allah ,tidakkah salah jika menyuruh orang megambil herba tanpa disuluhi dengan ingatan sabar dan solat?
(PU HPA GROUP OF COMPANIES)
Facebook KOWAHIDA
10 years ago