Pages

Sunday, September 11, 2011

Penjualan Syer dan Penamatan Anggota Koperasi (KoWahida)

Merujuk kepada pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh Ahli Lembaga Koperasi semasa Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi kali ke 07/11 pada 08 September 2011; 

Mesyuarat memutuskan bahawa penjualan syer dan penamatan anggota Koperasi Wahida HPA Berhad adalah merujuk kepada seksyen 57 dan 58 Undang-undang Kecil Koperasi Wahida HPA, iaitu pembayaran pengeluaran sebahagian syer dan penamatan anggota boleh dibuat sekiranya ada anggota lain yang membelinya atau/dan pembayaran balik syernya adalah secara dibeli oleh anggota lain atau/dan ditebus dari Kumpulan Wang Penebusan Syer. 

Untuk makluman tuan/puan baki Kumpulan Wang Penebusan Syer pada masa ini tidak mencukupi untuk membuat bayaran pemohonan jualan syer dan penamatan anggota. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan akan dihubungi apabila ada permohonan anggota baru atau permohonan penambahan syer untuk proses pembayaran tersebut. Tarikh pembayaran kepada pihak tuan/puan tidak dapat ditetapkan sehingga ada anggota baru atau anggota yang membuat penambahan syer.

Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan/puan. Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot