Pages

Showing posts with label KoWahida. Show all posts
Showing posts with label KoWahida. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

KoWahida : Perjumpaan Ahli

Sukacita dimaklumkan, bahawa pihak KoWahida akan bertemu dengan ahli khususnya di negeri Kelantan. Perjumpaan tersebut akan diadakan sepertimana berikut;

Tarikh   : 15hb September 2012 (sabtu)
Masa     : 9.00 am - 12.00 pm
Tempat  : HPA Cawangan Pasir Pekan, Kelantan.

Untuk pertanyaan, sila hubungi 014 8463283 (en.khairul)

Sunday, August 26, 2012

Mesyuarat Anggota KoWahida

Kepada semua Ahli Koperasi Wahida HPA Berhad. Berikut adalah maklumat mengenai Mesyuarat Agong Kawasan yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang disebut dibawah. Notis mesyuarat akan sampai ke alamat anda melalui pos secepat mungkin.


I. Kakitangan HPA pada 06.09.2012 di Dewan Amir Ramadhan, Kompleks Al Wahida,
Lot 1985, Jalan Jejawi Dalam, 02600 Arau, Perlis dari jam 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

II. Kawasan Utara pada 08 September 2012
Dewan AWM Caw. Sg. Petani,No.20, Lenggok Cempaka 1, Persiaran Cempaka1, Bandaraman jaya,08000 Sg. Petani, Kedah dari jam 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

III. Kawasan Timur pada 08 September 2012
Di Dewan RFC, Lot 4232 (Ground Floor), Wisma Chua Ah Kee, Off Jalan Sultan Ismail,
Jalan Tok Lam, 20200 Kuala Terengganu , Terengganu dari jam 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

IV. Kawasan Tengah pada 09 September 2012
HPA International Center(HPAIC)
Lot 1065 & 1066 Phase 19, Laman Seri Business Park, No.7, Persiaran Sukan Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor dari jam 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

V. Kawasan Selatan, Sabah & Sarawak pada 09 September 2012
Dewan Naruddin Fahmi, (Tingkat Atas Restoran Nanyang Kopitian) Tingkat 1, Jalan Ciku, KluangBusiness Centre, 86000 Kluang, Johor pada jam 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Bagi ahli koperasi yang masih tidak menerima notis mesyuarat pada tarikh tersebut boleh terus hadir ketempat berkenaan pada tarikh dan masa yg telah ditetapkan bagi kawasan masing-masing.

Info: En. Azizan bin Ahmad

Tuesday, November 22, 2011

KoWahida: Pembayaran Dividen.

Hasil daripada Mesyuarat ALK bersama Pengarah Urusan 1 HPA Industries Sdn. Bhd, pembayaran dividen bagi tahun 2010 untuk anggota yang belum menerima akan dibuat selewat-lewatnya pada 30hb November 2011.

Oleh yang demikian, pihak KoWahida memohon maaf diatas segala kesulitan yang timbul. Harap maklum.


Sunday, October 16, 2011

Perhatian - Para Pelabur KoWahida

Info; Modal Syer Anggota

Adalah dimaklumkan bahawa pihak koperasi mendapati terdapat anggota yang tidak memaklumkan kepada pihak koperasi apabila anggota tersebut membuat penambahan saham mereka. Ini adalah kerana anggota tersebut tidak menghantar dokumen yang diperlukan seperti slip transaksi, borang akuan terimaan dan borang keanggotaan kepada pihak koperasi. Sehingga kini pihak koperasi mendapati masih terdapat banyak saham anggota yang tidak dikenalpasti.


Sehubungan itu, jika terdapat anggota yang belum menghantar dokumen tersebut atau terdapat keraguan terhadap syer hendaklah menghubungi pihak koperasi dan sertakan bukti transaksi tersebut.

Sekian, harap maklum.

Sunday, September 11, 2011

Penjualan Syer dan Penamatan Anggota Koperasi (KoWahida)

Merujuk kepada pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh Ahli Lembaga Koperasi semasa Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi kali ke 07/11 pada 08 September 2011; 

Mesyuarat memutuskan bahawa penjualan syer dan penamatan anggota Koperasi Wahida HPA Berhad adalah merujuk kepada seksyen 57 dan 58 Undang-undang Kecil Koperasi Wahida HPA, iaitu pembayaran pengeluaran sebahagian syer dan penamatan anggota boleh dibuat sekiranya ada anggota lain yang membelinya atau/dan pembayaran balik syernya adalah secara dibeli oleh anggota lain atau/dan ditebus dari Kumpulan Wang Penebusan Syer. 

Untuk makluman tuan/puan baki Kumpulan Wang Penebusan Syer pada masa ini tidak mencukupi untuk membuat bayaran pemohonan jualan syer dan penamatan anggota. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan akan dihubungi apabila ada permohonan anggota baru atau permohonan penambahan syer untuk proses pembayaran tersebut. Tarikh pembayaran kepada pihak tuan/puan tidak dapat ditetapkan sehingga ada anggota baru atau anggota yang membuat penambahan syer.

Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan/puan. Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Tuesday, July 19, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-5 KoWahida HPA

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-5 Koperasi Wahida HPA Berhad.

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-5 Koperasi Wahida Hpa Berhad akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat sepertimana berikut;

Tarikh      : 06 Ogos 2011 M / 06 Ramadhan 1432 H
Masa        : 2.00 petang - 6.00 petang
Tempat    : HPA International Centre (HPAic) Shah Alam, Selangor.

Oleh yang demikian, tuan/puan dijemput hadir bagi menunaikan tanggungjawab sebagai Perwakilan Koperasi bagi menjayakan mesyuarat ini.

Monday, July 11, 2011

KoWahida Terima Anugerah dari PM

Koperasi Wahida HPA Berhad(KoWahida) telah mendapat anugerah Tunas Negara pada hari Koperasi pada 9hb Julai 2011. Anugerah telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia.


En. Mohd Faisol Abd Rahman, Pengerusi KoWahida sdg menerima Anugerah Tunas Harapan Negara disampaikan oleh YAB PM. Berita baik buat semua ahli KoWahida.


Haji Azizan Ahmad, Setiausaha KoWahida sdg menerima wang tunai sebanyak RM10,000.00 hasil Anugerah Tunas Harapan Negara disampaikan oleh YAB PM. Berita baik buat semua ahli KoWahida.

Tahniah kepada semua ahli lembaga dan team KoWahida diatas penerimaan anugerah kali ini. Semoga KoWahida lebih cemerlang pada masa-masa akan datang. Tahniah!

Monday, June 27, 2011

KoWahida - Boleh menyemak e-statement Online

Pengumuman kepada semua ahli Kowahida, anda kini sudah boleh mendapatkan e-statement secara online melalui laman http://kowahida.com.my. Anda boleh mendapatkan e-statement bagi tahun lepas dan juga menyemak transaksi terkini bagi tahun ini. 

Prosedur untuk menyemak e-statement

1) Anda perlu mendapatkan kata laluan untuk account anda dengan melayari page, klik di sini.

2) Setelah memperolehi kata laluan, anda boleh mendaftar masuk ke Kowahida Web. Sila guna nombor anggota/kad pengenalan dan juga "kata laluan" yang anda telah perolehi.


3) Anda digalakkan untuk mengemas kini profil dengan memperbaharui kata laluan dan menyatakan email setelah berjaya log masuk buat pertama kali. Anda boleh berbuat demikian dengan melayari menu "Profil" atau klik di sini

4) Untuk menyemak e-statement,  mouse-over menu "Profil" dan click "e-statement"


Sebarang kesulitan yang dihadapi untuk menyemak e-statement boleh diajukan kepada Webmaster.

Tuesday, April 12, 2011

Dividen KoWahida dijangka 10% untuk 2010

Salam pada seluruh anggota Ko Wahida HPA
Insyallah Kowahida dijangka mengistiharkan dividen sejumlah 10% kepada para pelabur untuk tahun 2010. Pembayaran dividen akan dilakukan setelah selesai Mesyuarat agung tahunan yang dijangkan berlangsung pada bulan Jun ini.
 
Sekian. Wasallam

Monday, March 28, 2011

Pembukaan Semula Saham dan Keanggotaan KoWahida

PERHATIAN: Merujuk kepada pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh pihak ALK Kowahida, penambahan saham dan keahlian baru koperasi telah dibuka semula bermula dari tarikh 9 Mac 2011.
Sehubungan itu, minima modal saham adalah sebanyak RM 200.00 manakala maksimum modal saham sebanyak RM 100 000.00 dan fi masuk untuk menjadi anggota kowahida adalah sebanyak RM 20.00 tertakluk pada pindaan melalui persetujuan Mesyuarat Agung Pewakilan Tahunan pada 19 jun 2010 didaftarkan dibawah subseksyen 18(3) akta koperasi 1993.Ditandatangani dan dimenterai 19hb Januari 2011 .

Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan pihak Cawangan yang berhampiran atau terus dengan pejabat KoWahida – 04-9773813 / 14
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot