Pages

Wednesday, July 13, 2011

Mencari Yang Halal Satu Kefardhuan

Ruangan Ketuk

AlhamdulilLah, kita panjat kesyukuran kehadrat Allah Ta'ala kerana masih lagi kita semua berada dalam rahmat serta Inayah dariNya. Tidak lupa, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi S.AW, ahli keluarga baginda dan salam persaudaraan kepada kaum muslimin/muslimat dimana jua berada.

Topik yang ingin dikongsi bersama pada kali ini ialah mengenai penggunaan produk Halal HPA. Siapakah yang sepatutnya menggunakan produk ini?. Tidak lain dan tidak bukan, semua umat Islam patut mengambil bahagian dalam aspek sebagai pengguna kepada barangan keluaran umat Islam-HPA ini. Tidak terkecuali kepada mana-mana individu sekalipun dalam menggunakannya.

Staff/Pekerja dengan pihak Syarikat
Staff atau pekerja yang mula-mula sepatutnya mengguna semaksima yang mungkin produk HPA. Antara tanda cinta dan sayang kepada Syarikat ialah dengan mengguna barangan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Tidak timbul lagi dari mulut kita 'Oh barang HPA mahal' atau barang HPA tidak sedap, tidak sesuai dan pelbagai alasan lagi untuk mengelak dari menggunakannya. Ayuh marilah kita bersama mengembeling tenaga untuk memartabatkan produk ini bersama mereka yang lain. Jangan sesekali-kali ada niat dihati untuk mencari kewangan/pendapatan semata-mata melalui syarikat ini, dalam masa yang sama kemana perginya sumbangan kita kepada syarikat.

Disamping itu, Staff kena menjadi benteng yang kukuh kepada syarikat dalam menyampaikan maklumat. Jangan kita menjadi individu yang suka mengambil peluang di air keruh dalam menyelamatkan bahtera ini. Ingat, ini semua merupakan amanah yang berat perlu dipikul oleh semua. Sekiranya pincang, tunggulah azab Allah yang tersedia menanti dihadapan kalian.

Pemimpin/Leader
Tahniah kepada leader yang berjaya memberi komitmen yang sepenuhnya dalam mengguna produk Halal HPA ini. Tetapi ada juga dikalangan kita yang suka menjual semata-mata yang dia sendiri tidak mengguna produk tersebut. Jom kita sama-sama membuat perubahan kearah yang lebih baik kepada terbaik. InsyaAllah, doakan moga-moga barangan Halal alternatif untuk umat Islam sekarang ini memihak kepada produk Halal keluaran HPA. Amiin!

Moto " Produk Halal Tanggungjawab Bersama "

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot