Pages

Wednesday, August 3, 2011

AWAS!..Jangan Beli Kurma ini.

Warga ahli HPA yang budiman dan prihatin.

Disebalik umat Islam menyambut Ramadhan dengan berpuasa siang hari dan bersolat terawih dimalamnya. Sekali lagi umat Islam dalam negara menjadi dilema tentang produk yang pengeluarnya dari negara Yahudi.

Siapa yang membenarkan produk ini masuk ke negara ini?..sedangkan negara kita tidak menjalin hubungan dengan negara tersebut. Betul ke? Adakah produk ini masuk dengan sendiri...Oh mustahil! Sahabat yang prihatin yang boleh memberi jawapan terhadap persoalan ini.

Dalam konteks ini, saya tidak mengatakan kurma itu haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam!..tapi saya mempersoalkan, sekiranya kita membeli kurma tersebut kepada siapa keuntungan itu pergi? Adakah hasil keuntungan itu memberi kebaikan/manfaatnkepada umat Islam. Terang lagi bersuluh jawapannya.

Jordan River

Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Malaysia Kurma jenama Jordan River.

Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jika anda membeli Kurma ini, ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Sedikit Sejarah Perdagangan Malaysia
Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.
_______________________________________________________________
ULASAN ini adalah pendapat peribadi admin dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang KPT.

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot