Pages

Sunday, May 15, 2011

Pejuang HPA...

Ini merupakan petikan kata-kata dari Pengarah Urusan 1 HPA pada 12hb Mei 2011 yang lalu semasa perjumpaan dengan leader dan PJS. Marilah kita sama-sama renung dan mengambil pengajaran bagi meneruskan penyebaran produk Halal HPA ini. InsyaAllah mudah-mudahan Allah memberi jalan kemudahan untuk kita semua.

Antara kata-katanya;
" Sudah sampai masa kita tinggalkan pemikiran servis down line. Atas dasar satu HPA dan SATU UMMAH mari kita bantu membantu tidak kira jaringan. Hanya sebuah perjuangan yang benar dan ikhlas sahaja akan mendapat bantuan ALLAH. Apabila bertemu jaringan orang lain ingatlah bahawa dia adalah teman seperjuangan kita. Jika dia minta nasihat dan dorongan, berilah dengan ikhlas."

Saturday, May 14, 2011

MANHAL : Pengambilan Pelajar Diploma & Ijazah Sesi Julai 2011/2012


Untuk sebarang pertanyaan serta mendapatkan borang permohonan boleh diperolehi dari cawangan-cawangan HPA berhampiran.

Info ESP Terkini

ESP - Real Business

Jadual Terkini:

22hb Mei 2011 : Dewan Budaya USM, Penang.
28hb Mei 2011 : Akademi Latihan Felda (ALAF), Kuantan Pahang,


4hb Jun 2011   : PERSADA, Johor Bahru,
11hb Jun 2011 : HPAic, Shah Alam, Selangor

Bengkel ESP yang bakal dilaksankan;

Tajuk bengkel: Bengkel Keusahawan MLMS

KPA – 29hb Mei 2011
KPU – 29hb Mei 2011
KPS – 11hb Jun 2011
KPT – 18hb Jun 2011


Bayaran Hanya RM50.00
Masa: 8.00 Pagi – 5.00 Petang

Slot 1 : Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1)
Slot 2 : Method Demo Produk
Slot 3 : Method Demo Penajaan
Slot 4 : Latihan Dalam Kumpulan (LDK 2)
Slot 5 : Penutup


Nota:

  • Selesai berkursus pangkat dinaikkan kepada PLX – 20% setelah membuat belian 150NM
  • Setiap peserta akan dipantau oleh mentor selama 3 tahun untuk tujuan mewujudkan IKON baru HPA

Daftar segera di cawangan HPA berdekatan.

Wednesday, May 11, 2011

Keajaiban Stevia


PADA pada masa rakyat di seluruh dunia sedang dibelenggu dengan diabetes iaitu penyakit yang berpunca daripada gula, satu penemuan baru mungkin memberi harapan baru dalam menjauhkan penyakit itu daripada manusia. Di Malaysia menurut statistik Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan dianggarkan kira-kira 3.4 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada 2010. Ia satu petunjuk membimbangkan kerana ini bermakna lebih 12% rakyat negara ini menghidap diabetes.

Jika sebelum ini tebu menjadi sumber utama gula, bagaimanapun penemuan baru pokok stevia yang mampu menggantikan fungsi pemanis semakin mendapat tempat di hati ramai orang. Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudianna adalah tumbuhan herba dari keluarga Chrysanthemum yang mengandungi glikosida pada daunnya termasuk lebih 10 peratus steviosida.

Bertemu dengan Presiden Megaherbs Bioextreme, Dr. Zubir Yahya mendedahkan stevia mengandungi rasa manis 200 hingga 300 ganda lebih tinggi daripada gula tebu. Ini bermakna seseorang itu tidak perlu mengambil gula dalam kuantiti yang banyak untuk memaniskan secawan kopi atau membuat kek.

Tiada kalori dan toksik

PENEMUAN pemanis pada daun stevia menjadi tumbuhan itu sebagai harapan baru dalam dunia perubatan untuk menjauhkan penyakit diabetes.

Katanya, stevia boleh dianggap sebagai gula alternatif dalam nutrisi pemakanan yang mengandungi hampir tiada kalori, bebas karbohidrat dan tidak bertoksik.

“Ia baik untuk digunakan oleh pesakit diabetes selain boleh digunakan dalam industri pemakanan. Stevia boleh dijadikan sebagai salah satu ramuan dalam proses pembuatan kek, biskut dan sebagai bahan penambah perisa dalam makanan,” katanya ketika ditemui Pesona di pejabatnya di Platinum Walk, Danau Kota, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, stevia mengandungi vitamin A, B, C dan mineral penting untuk pertumbuhan kanak-kanak.

“Khasiat stevia sukar untuk diragui kerana ia 100% semula jadi,” ujarnya.

Jelasnya lagi, stevia juga secara umum dikenali sebagai daun ajaib yang mengeluarkan manisan. Lantaran itulah, jelas Zubir pada penghujung tahun 2008, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) telah memberi kelulusan kepada stevia digunakan sebagai makanan tambahan.

“Stevia pada masa kini turut mendapat perhatian daripada pengeluar minuman termasuk syarikat minuman bikarbonat,” beritahunya.

Kata Dr. Zubir, hasil kajian yang dijalankan mendapati stevia mempunyai kesan terabai pada kadar glukosa gula.

“Ia terjadi akibat daripada steviosida, oleh sebab itu stevia hanya memberikan rasa manis tetapi tidak mempunyai glukos. Herba tumbuhan itu juga boleh jadi bahan pemanis asli tanpa bahan kimia aditif,” jelasnya.

Teknik Penanaman

Permintaan yang tinggi ke atas stevia menyebabkan pokok yang berasal dari Amerika Selatan turut ditanam di negara ini. Pengeluaran tanaman itu kini sudah melebihi 2,000 tan setahun dengan negara utama pengguna stevia termasuk Jepun, Australia dan Kanada.

Bercerita mengenai penanaman stevia, kongsi Zubir beberapa langkah perlu dititik beratkan sebelum memulakan penanaman stevia. Ini termasuklah penyediaan tanah, jenis tanah, penyediaan batas, pengairan, pembajaan, aplikasi organik dan penjagaan pokok, pembersihan dan penuaian.

Tanah merah berpasir (kering) adalah jenis tanah yang sesuai, manakala tanah gambut merupakan tanah yang tidak sesuai bagi penanaman stevia. Batas adalah cara terbaik dan paling ekonomik untuk menanam stevia. Semburan mikro merupakan kaeadah yang sesuai untuk mengairi penanaman stevia.

Pembersihan boleh dilakukan secara manual menggunakan tenaga buruh untuk memastikan kesihatan pokok stevia. Penuaian boleh dilakukan dengan hanya memetik daun, sekiranya diperlukan pada kuantiti yang kecil. Bagi penuaian secara besar besaran keseluruhan pokok boleh dipotong dan meninggalkan 10 hingga 15 sentimeter dari tanah.

Monday, May 9, 2011

ESP Terengganu

Jumlah kehadiran amat memberangsangkan ESP kali ke-6 ini. Jumlah kehadiran adalah 354 orang sepertimana dilaporkan oleh pihak pejabat pengurusan Zon Timur. Jualan Pasar ESP pula mencatatkan keuntungan tertinggi setakat ini bagi seluruh Malaysia - RM3000.00 lebih. Tahniah kepada team ESP Zon Timur kerana menyempurnakan program ini dengan jayanya.

Saturday, May 7, 2011

Peserta ESP

Dengan ini memaklumkan bahawa masih terdapat lagi peserta yang mengikuti program ESP yang umurnya bawah 18 tahun. Sedangkan perkara ini sudah sedia maklum kepada seluruh Caw. HPA dan Agen Stok semenanjung melalui website.

Mereka yang layak mengikuti program ESP mesti/wajib berumur 18 tahun keatas.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai demi melancarkan lagi program yang bakal diadakan.

Sekian, Harap maklum.

Friday, May 6, 2011

Penurunan Harga Jam Tawaf

Makluman; Penurunan harga Jam Tawaf kini ialah RM350.00 dengan 20NM. Jom pakat beli ramai-ramai demi menjadikannya lambang kepada kebangkitan tamadun Islam. Kembalilah kepada SunnatulLah dengan kehendak Allah.

Anda membeli merupakan tanda sokongan kepada produk keluaran HPA Industries Sdn. Bhd ini.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot