Pages

Saturday, June 4, 2011

Kilang Baru Kopi Radix

Bulan ini insyaAllah kita akan siap untuk membuat penambahan mesin mesin kopi baru di tapak kilang Jejawi Perlis. Pemintaan yang tinggi selama ini masih menyebabkan banyak lagi outlet HPA yang kosong. Persiapan ini yang mengambil masa 4 bulan sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran berdasarkan pemintaan yang sangat sangat tinggi.

Pengguna berpuashati kerana kopi radix sama sekali tak sama dengan kopi yang lain.Orang yang minum kopi radix merasa kuat dan bertenaga dan ini tidak terdapat pada kopi yang lain.Jenama RADIX pun semakin banyak muncul dipasaran namun nama boleh tiru tapi khasiat jauh sekali. Ada syarikat yang minta HPA membekalkan kopi kepada mereka tetapi minta dimasukan aroma kopi sintatik untuk pasaran terbuka.

Buat masa kini, HPA tidak pernah bersetuju dengan penggunaan bahan kimia dalam kopi kerana ia menjejaskan kesihatan. Kita yang keluarkan,keluarga kita juga meminumnya bukan untuk orang lain diberikan sesuatu yang beracun.

Info; Pengarah Urusan 1 HPA

Thursday, June 2, 2011

Kenyataan Rasmi Mengenai ESP - Real Business

Info penting;
  1. Adalah dimaklumkan kepada para peserta ESP, Maintain 150NM boleh dilakukan dalam tempoh 3 HARI SELEPAS PROGRAM ESP berlangsung di mana-mana cawangan HPA, (Sebagai contoh : jika Program ESP berlangsung pada hari Sabtu, maka tempoh masa yang dibenarkan untuk maintain adalah pada hari Ahad sehingga hari Selasa sahaja). Jika peserta ESP ingin maintain selepas tempoh itu maka perlulah maintain pada mana-mana Program Bengkel ESP di seluruh negara. Para peserta ESP juga boleh maintain mana-mana produk yang ada di cawangan HPA. 
  2. Hasil dari mesyuarat bersama Pengarah Urusan dan Presiden kelab, pihak syarikat akan memberi fokus kepada ESP dan program PBC dibubarkan. Diminta semua peserta ESP dan ahli-ahli memberi perhatian kepada maklumat ini.
Dari Pemasaran Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.

    Pemansuhan PBC

    Perhatian kepada semua Leader, adalah dimaklumkan bahawa bermula 01 Jun 2011 PBC telah dimansuhkan dan tidak lagi dibenarkan, sekiranya pihak syarikat mendapati masih ada lagi PJS atau kelab mengadakannya maka PBC tersebut tidak diiktiraf untuk kenaikan Pangkat PLX 20%.

    Harap Maklum.

    Presiden Kelab Pemimpin Timur

    Bengkel ESP Peringkat Zon Timur

    Tajuk modul ialah " Bengkel Keusahawanan MLMS HPA ".
    Pendaftaran Bengkel ESP boleh dibuat melalui 3 Cawangan HPA yang sepertimana berikut :

    KELANTAN
    Puan Jamilah (Kak Sue) - 0139180942 / 097185060
    Tarikh : 18hb June 2011
     Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Tempat : Dewan Cawangan Pasir Pekan

    TERENGGANU
    Puan Nor Hayati (Kak Yat) - 0129293851 / 096309527
    Tarikh : Akan dimaklumkan kemudian

    PAHANG
    Puan Mohaini (Kak Cik) - 0129517232 / 095130251
    Tarikh : Akan dimaklumkan kemudian.

    Tempoh Lanjutan Belian Bulan MEI 2011

    Sila rujuk surat pekeliling sepertimana berikut;


    Tuesday, May 31, 2011

    Blog Pencacai Yahudi

    Info; Kepada sahabat seperjuangan dalam HPA. Disini webMaster linkkan blog yang memburuk pemimpin/leader serta Syarikat HPA. Inilah cabaran dan halangan apabila kita berada dilandasan perjuangan dalam mengatakan yang hak kepada mereka yang berada diluarsana.

    Saya yakin dan pasti semua ahli, leader dan termasuklah staff, yang mereka semua ini tidak pernah memburukkan perniagaan orang lain dalam berurus niaga. Tambah pula menyebar fitnah yang mengatakan produk orang lain tidak halal... HPA tidak pernah sekali-sekali memburuk perniagaan orang lain dalam bab halal haram dalam pengeluaran produks.

    Individu yang berwatakkan mulut celupar dan biadab dengan menghentam HPA dengan cara membabi buta ini boleh saya ibaratkan seperti kemucut jalanan yang terlekat di kaki seluar sahaja. Walau apa pun tohmahan, kita akan tetap meneruskan perjuangan ini.  

    Macam-macam perkataan buruk yang dihembur keluar untuk memburukkan keadaan. sila layari Blog Khianat ini. Lagi artikel Aididleaks..yang memburukkan nama baik HPA.

    Impian Yang Merosakkan

    Artikel dari alFadhil PJS Ust. Jamaludin Jusoh alHafizd.

    Sebagai seorang penaja,perasaan ingin membimbing tajaan adalah suatu perasaan yang sentiasa hidup sepanjang masa hingga klimaksnya ialah tajaan itu mampu berkendiri atau berjaya mencapai apa yang kita bayangkan kepadanya sebagai cita-cita dan impian.

    Kejayaan mereka adalah suatu hadiah dari Allah buat kita,hidup mereka mula punya disiplin halal haram,penampilan hidup muslim mula berputik dalam hidup mereka selain bibit keluasan rezeki halal mula mereka kecapi..”Jika Allah memberikan petunjuk kepada seseorang melalui hasil usahamu adalah lebih baik bagimu dari unta merah (harta paling berharga buat orang arab ketika zaman nabi)”

    Perasaan ingin melihat anak buah berjaya sentiasa membara di hati,sentiasa berusaha mencari jalan ke arah itu,kerana di peringkat awal downline adalah seumpama “bayi yang tiada kemampuan apa-apa selain menangis bila kelaparan dan ditinggalkan.”

    Pun begitu tidaklah pulak bermakna “semuanya kita”hingga mencari tajaan,maintain nilai mata segalanya kita yang buat…itu budaya subsidi namanya.Tugas kita sebenarnya menyediakan “guide” adapun yang buatnya adalah dia,ada banyak kes kita jumpai seseorang upline melakukan segala kerja tadi demi seorang downline,ini semua memberi )2( tasawwur,pertama dia terlalu memanjakan downline (sudah tentu menyusahkan dia selamanya) kedua namanya downline PROKSI, tentu kita tidak seronok dengan mainan system ini kerana sebuah kejujuran menjadi mangsa kepada nafsu serakah inginkan bonus yang besar.Kita beli produk banyak-banyak lantas kita faraidhkan pada boneka-boneka kita itu.Mungkin ada yang seronok berbuat demikian kerana “SIAPA PUN TAKKAN TAU”

    Beza MLMS kita dengan MLM orang lain secara dasar antaranya adalah ujudnya kejujuran..kejujuran itulah yang akan melahirkan ketenangan dihati sedang ketidakjujuran itu pula mendatangkan kerunsingan.

    Apa gunanya berbonus besar jika siang malam hati dirundung runsing,jiwa tidak tenang,nak mengaji quran pun sering terganggu,apatah lagi ketika solat tentu tiada kekhusyukan,zikir tidak memberikan kelazatan dan pelbagai lagi bentuk-bentuk yang menjadi manifestasi dari tiadanya keberkahan dari ilahi…


    Kita ingin merealisasikan sepatah kata “hidup ibadat” ertinya semua tindak tanduk kita biarlah semuanya mendatangkan pahala ibadat kepada kita,bermula bangkit dari tidur hingga kembali meletakkan kepala di malam hari..”Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku adalah semata mata untuk Allah..”
    KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

    1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

     

    Followers

    Hayati perjuangan HPA

    " Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

    Boikot