Pages

Saturday, July 30, 2011

Memo Lanjutan Belian Bulan Julai 2011

MEMO

TARIKH       :        29 JULAI 2011M / 28 SYAABAN1432H
KEPADA      :        SEMUA PENGEDAR
DARIPADA   :        BAHAGIAN MIS
TAJUK        :        LANJUTAN TEMPOH PEMBELIAN JULAI 2011
                    

Tuan / Puan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pembelian bulan Julai 2011 akan dilanjutkan sehingga 03 OGOS 2011.Semoga mendapat perhatian daripada pihak tuan/puan.

Sekian, Terima Kasih.

“ PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA TM”


 BAHAGIAN MIS

Friday, July 29, 2011

Majlis Penutup Kelas Mingguan Berjadual

29hb Julai 2011: Selesai sudah program Majlis Penutup Kelas Mingguan Berjadual Siri 1 anjuran Kelab Pemimpin Timur (KPT). Majlis berlangsung di Dewan RFC, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Kehadiran peserta mencecah 100 orang lebih.

Turut hadir sama dalam majlis ini; PJS Ust. Ramizu Abdullah, PJS Hj. Che Abd Rahman Omar, PJS Bustaman, PJS Cikgu Zainal, PJS Kak Ani sekeluarga, pelapis-pelapis PJS serta ahli jawatankuasa komiti bagi memeriahkan majlis petang tadi.

 Penjualan produks

 Meja pendaftaran perempuan

 Meja pendaftaran lelaki

PJS Ust. Ramizu berbincang sesuatu dengan PJS Che Abd Rahman

 PPJS Ust. Hazmi Ishak mempengerusikan majlis

PJS Romli Abu Bakar

Para ahli dan leader yang hadir

PJS Ust. Mohd Ramizu Abdullah

 Staff Cawangan dan PPJS Hajjah Maznah

 PJS Bustaman memberi motivasi kepada mereka yang hadir

Ini gelagat sorang peserta

 Khusyuknya peserta

 Unit Multimedia

InsyaAllah, Kelas Mingguan Berjadual Siri 2 akan diadakan selepas daripada hari raya aidilfitri nanti.

Maklumat HPA Melalui SMS

HPA kini sudah menyediakan perkhidmatan SMS kepada warga ahli untuk mengetahui Alamat Cawangan Utama. Untuk mengaktifkan, sila lihat aturan sepertimana dibawah:

Cth:
HPA PasirPekan send kepada 32828
HPA SungaiPetani send kepada 32828
HPA rfclaguna send kepada 32828
cth lain : HPA rfcmelaka @ HPA rfcipoh

Perkhidmatan ini dikenakan bayaran RM0.50 sen setiap kali menggunakannya.

Wednesday, July 27, 2011

Jadual Terkini Bengkel ESP (BESP)

PERHATIAN: Untuk makluman kepada semua ahli HPA,

Jadual perjalanan Bengkel ESP; BENGKEL KEUSAHAWANAN MLMS Siri 3 bagi peringkat Zon Timur - Kelantan. Ianya bakal diadakan seperti berikut:

Station Utama: Pasir Pekan.
 1. 30hb Julai 2011

Station Utama: Ketereh
2. 06hb Ogos 2011

Station Utama: Pasir Pekan
3. 12hb Ogos 2011

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Caw. yang berkenaan.

Bam Nilam

Untuk makluman kepada semua warga HPA, sekarang ini syarikat telah mengeluarkan satu lagi produk terbarunya iaitu BAM NILAM.

Bam Nilam

Bahan:
Wax, Menthol, Fructus Cocos Nucifera Oil, Stem Melaleuca Leucadendra, Flos Syzygium Aromaticum, Stem Tinospora Crspa, Rhizome kaempfera Galanga dan Coleus Amboinicus.

Harga
Ahli : RM7.00
Pengguna : RM8.50

Dapatkannya sekarang di Station Utama yang berdekatan dengan anda.

Perasmian Kilang Dan Padi Organik: Kelantan

AlhamdulilLah selesai sudah majlis perasmian Kilang Air Alkali dan Padi Organik pada 25hb Julai 2011 yang lalu. Ianya dirasmikan oleh Pengarah Urusan Tn. Haji Ismail Ahmad sendiri.

Kilang Air Alkali

 Suasana dalaman kilang

Kilang ini terletak di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa II yang beralamat; No 2480, Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, Mukim Pangchor, Kemumin 16, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

 Sawah Padi Organik

Sawah padi organik ini terletak di Bandar Baru Tunjung berhampiran jalan utama Kota Bharu - Kuala Krai.

Ini merupakan satu lagi kejayaan HPA dan kita bersama dalam melengkapkan lagi produk Halal alternatif kepada pengguna Islam pada masakini.


Set Produk Lengkap

Set produk
Dapatkan kesemua produk set lengkap ini di Station Utama yang sepertimana berikut:

1. Cawangan Pasir Pekan
2. Cawangan Kuala Krai
3. Cawangan Ketereh

Untuk mendapat maklumat lanjut sila berhubung dengan cawangan yang berkenaan.

Sekian.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot