Pages

Thursday, May 19, 2011

Penyeru Ke Pintu Neraka

Artikel dari PJS Al Fadhil Ust. Jamaludin Bin Jusoh.

Kerja MLM adalah persis kerja dakwah,kerna kita sentiasa perlu untuk membesarkan jaringan@network,siang malam kita berusaha mengenal pasti prospek samada rakan taulan,saudara mara dan sebagainya. Kerja menberikan penjelasan tentang syarikat,produk,bahkan perjuangan MLM ini adalah kerja mengajak (dakwah),Wajar kita menguasai skill dalam memberikan penjelasan yang mempersonakan agar siapapun yang mendengarnya akan terpikat langsung berminat untuk menyertai jaringan bisness kita.

Tahukah kita bahawa kita akan dipertanggungjawab atas kerja dakwah yang kita lakukan ini?Terkadang bila kita silap memberikan focus dalam penjelasan tadi nanti akan lahir downline yang tercorak sebagaimana warna penjelasan kita.Akan lahir downline yang siang malam mencari jalan untuk mencapai bonus tinggi kerna itu semangat yang kita titipkan seawal pertemuan kita dengan dia dulu.

Sampai masa kita sendiri sudah tidak mampu lagi menyekat nafsu gilanya untuk mencapai bonus dan kekayaan sampaikan tidak menghirau halal dan haram,ditinggal habis adab dan akhlaq ukhuwah bahkan solatpun sudah jadi perkara kesampingan,adab dengan isteri orang sudah tiada lagi batasnya.Waliazubillah..

Nah! waktu itu apakah kita bisa berlepas tangan?

Sebab itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati ketika menuturkan bicara kita,hendaklah tahu dengan jelas apa keutamaan kita dalam hidup ini,peta kehidupan hendaklah terang dalam kotak fikiran kita.Seperti kata pepatah arab”mulakan dengan dirimu barulah orang lain”

Sejenak mengimbas sirah perang Badar,bagaimana terpedayanya musyrikin Mekkah dengan bisikan sesat syaitan supaya memerangi dan menyerang Nabi & sahabat hingga sanggup meredah padang pasir menuju ke Madinah demi misi memerangi Muhamad,akidah mereka bahawa Muhamad itu sesat dan perlu disekat sedang yang benar ialah mereka..Tapi ketika terjadinya Badar,sedarlah bahawa mereka telah ditipu apabila syaitan lari bertempiaran ketakutan dan bila ditanya kenapa mereka ingin lari,jawab syaitan “Aku lihat apa yang kamu tak dapat lihat dan sesungguhnya aku takut akan balasan Allah”

Janganlah hendaknya kita tidak mempunyai rasa kebertanggungjawaban seperti syaitan ini,kerana seorang downline itu ibarat kain putih dan kitalah yang bertangungjawab mewarnakan diri mereka sesuai dengan warna yang kita pilih.Tidak didunia,diakhirat pasti kita akan diserbu mereka meminta dibebaskan dari api neraka lalu kita dengan sesal yang bersangatan menjawab “Apakan daya andainya Allah memberi hidayat kepada ku jua nescaya selamatlah aku”

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot