Pages

Friday, August 26, 2011

Belian Bulan OGOS Tidak dilanjutkan

Makluman kepada Agen Stok

PENJUALAN BULAN OGOS TIDAK AKAN DILANJUTKAN

Tuan/Puan
Perkara diatas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pembelian bulan Ogos 2011 tidak akan dilanjutkan. Oleh itu pembelian ditutup pada 31hb Ogos 2011.

Semoga mendapat perhatian daripada pihak tuan/puan.

Sekian, Harap maklum.

Info: MIS

Produk Baru dan Perubahan NM Produk

Mulai 26 Ogos 2011 : Kenaikkan Nilai Mata bagi produk tersenarai dibawah dari 9NM kepada 10NM


Produk Baru Cosmetic: Compact Powder Orkid

 

Kelebihannya: Bedak padat ORKID mampu menyerap lebihan minyak pada wajah. Teksturnya padat serta halus menjadikan kulit yang kusam tampak gebu dan bercahaya. Solekan bethan lebih lama dan tidak berminyak pada kulit walaupun ianya dipakai dalam jangka masa yang panjang. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Ingredients: Talc, Calcium Carbonate, Zinc Stearate, Lanolin, Mineral Oil, Acetylated Alcohol, Crtyl Acetate dan Fragrance.

ralat: Untuk para pengguna setia, produk sepertimana diatas sudah berlaku perubahan harga pengedar dan NM yakni dari RM12.00 (2NM) kepada RM17.00 (4NM). Harga pengguna RM19.90 seunit.

Lagi produk baru:


Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai produk ini sila link Management Information System (MIS)

Dapatkannya di cawangan station utama sekarang. Selamat mengguna kepada semua ahli HPA dimana anda berada.

Wednesday, August 24, 2011

Awas!..Kepada Pengemar Kopi.

Kepada para pengemar kopi yang budiman yang berada diluar sana. Anda perlu berhati-hati apabila hendak minum air kopi yang berada dipasaran sekarang. 


KOPI RADIX keluaran HPA Industries Sdn. Bhd. InsyaAllah ianya selamat diminum oleh semua lapisan masyarakat. Mai Secawan!

Syarat Maintain Kenaikan Pangkat 150NM Terkini

Kursus ESP dan Bengkel ESP(BESP) Sahaja.

16 OGOS 2011 yang lalu - Sungai Petani, Mesyuarat bersama KPU telah meluluskan tempoh maintain 150 pv / nilai mata boleh dibuat dalam tempoh sebulan dan boleh dibuat belian dimana-mana agen stok yangg berdaftar.
Antara Syaratnya :
  1. Borang kuning maintain 150 pv kena ambil distation utama / cwg berdekatan.
  2. Salinan sijil ESP atau bengkel perlu di lampirkan dgn invois dan borang maintain ESP.
  3. Bagi program yg berlangsung pd 25 haribulan keatas akan dikira pd bulan berikutnya.
  4. Proksi sama sekali tidak dibenarkan.
Sekian, Harap maklum. 

Info: Al Wahida Marketing Sdn. Bhd

Saturday, August 20, 2011

Cuti Hari Raya Aidilfitri 1432H

Cawangan dan HPA Halal Mart serta Pasaraya Hpaic akan ditutup (bercuti) pada 29hb Ogos 2011 – 31hb Ogos 2011 sempena sambutan Hari Raya Puasa. 

Harap maklum.

Laman Sosial Facebook dan Blogger.

Perhatian kepada semua ahli HPA dan seluruh rangkaian laman sosial facebook dan blogger.

Berhubung dengan satu kenyataan dalam link facebook dan juga blogger tertentu berkaitan dengan "HPA akan membayar satu ringgit untuk setiap yang mendaftar menjadi ahli" adalah tidak benar sama sekali dan tiada kaitan langsung dengan syarikat HPA Industries Sdn Bhd dan Al Wahida Marketing Sdn Bhd.

Ini adalah satu provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekian harap maklum.Terima kasih.

Info: AWM

Friday, August 19, 2011

Makluman PENTING!

CEK DALAMAN HPA

Mulai 01hb September 2011, cek dalaman HPA tidak lagi diterima atau digunakan untuk sebarang pembelian produk di semua cawangan HPA. HPA akan menukar pembayaran bonus hanya mengunakan cek BIMB. 

Iaitu nilai cek bawah RM50.00 hanya boleh membuat tukaran dengan membuat belian produk HPA. Jika nilai cek lebih RM50.00 bolehlah menunaikan di bank atau buat belian produk HPA. Untuk bulan Ogos 2011 penggunaan cek dalaman tersebut hanya boleh dilakukan di cawangan utama HPA SAHAJA.

Tindakan dari semua pengedar amatlah diharapkan. Harap maklum.

Penurunan Harga Produk

Produk yang berlaku penurunan harga ialah Ubat Gigi Miswak (100gram) berkuatkuasa serta merta. Harga Pengedar terkini RM3.50 dimana sebelum ini harga pengedar ialah RM4.00

Harap maklum.

Thursday, August 11, 2011

Biskut dan Kuih Raya


Kuih dan biskut

Sekarang ini HPA telah menyediakan biskut dan kuih raya untuk para ahli/pengguna yang berada diluarsana. InsyaAllah dapatkannya di Caw. Pasir Pekan sementara stok masih ada.

 Kek Lapis

Harga sangat berpatutan untuk para pengguna. Tempahan dibuka kepada mereka yang berminat untuk mendapatkannya dalam kuantiti yang banyak.

Yang penting dan insyaAllah bahan mentah dalam menghasilkan produk ini Halal dimakan oleh semua umat Islam. Jom cuba!

Kenyataan Rasmi Dari Melaka HALAL HUB



Pemberitahuan Tentang Penggunaan Butter dalam Kek Lapis & Kuih Raya HPA
================================================================= 

Untuk pengetahuan semua:
  1. Kek lapis dan biskut raya HPA tidak menggunakan "golden churn butter" sebaliknya menggunakan lemak kelapa sawit yang dikilangkan oleh Sime Darby Sdn. Bhd. Butter jenma lain tidak pasti kehalalanya kerana kebanyakkan diimport dari New Zealand dan Australia. Untuk selamat lebih baik menggunakan butter atau majerin yang dibuat di Malaysia seperti jenama Planta, Seri Pelangi dan sebagainya.
  2. Kepada semua cawangan, zon dan semua yang terlibat mohon memaklumkan kepada pelanggan dan ahli HPA mengenai perkara ini.
  3. Saya lampirkan sijil halal yang berkaitan dan surat daripada pembekal butter sebagai panduan kita.
  4. Mohon semak dengan teliti produk selain daripada jenama HPA mengenai kehalalanya.
  5. Biskut HPA juga menggunakan butter daripada lemak kelapa sawit dan mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM. Sebarang pertanyaan, mohon untuk terus menhubungi saya.
Terima kasih.
"KECUKUPAN PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

RASHIDAH ABD. RAHMAN
MANAGER MHH.
HPA INDUSTRIES SDN. BHD.
LOT 125, MELAKA HALAL HUB,
77300 SERKAM, MELAKA
TEL: +606-2634100 FAX; +606-2636100
HP: 012-7269544 / 016-7628548
EMAIL: rashidahmhh_hpa@yahoo.com

Wednesday, August 10, 2011

Kursus Agen Stok dan Bengkel ESP

Untuk makluman kepada semua warga ahli HPA yang mulia.

Pihak Syarikat akan mengadakan Kursus Agen Stok dan Bengkel ESP - Sinergi Produk bersama Pengarah Urusan. Program ini bakal diadakan sepertimana berikut:

Tarikh       : 13 Ramadhan 1432H/13 Ogos 2011M.
Hari          : Sabtu
Masa         : 8.00 am - 5.00 pm
Tempat     : MGU Firdaus Hotel
                  (Koperasi Majlis Guru-Guru Ugama Menengah Kelantan Berhad )
                  Aras 1,2&3,Wisma MGU,Jln Pintu Pong,
                  15000 Kota Bharu,Kelantan.
                  Tel No: 09-7438548@7431752

Untuk melihat perjalanan program tersebut, sila klik link ini Kursus Agen Stok dan BESP-Sinergi Produk

Wednesday, August 3, 2011

AWAS!..Jangan Beli Kurma ini.

Warga ahli HPA yang budiman dan prihatin.

Disebalik umat Islam menyambut Ramadhan dengan berpuasa siang hari dan bersolat terawih dimalamnya. Sekali lagi umat Islam dalam negara menjadi dilema tentang produk yang pengeluarnya dari negara Yahudi.

Siapa yang membenarkan produk ini masuk ke negara ini?..sedangkan negara kita tidak menjalin hubungan dengan negara tersebut. Betul ke? Adakah produk ini masuk dengan sendiri...Oh mustahil! Sahabat yang prihatin yang boleh memberi jawapan terhadap persoalan ini.

Dalam konteks ini, saya tidak mengatakan kurma itu haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam!..tapi saya mempersoalkan, sekiranya kita membeli kurma tersebut kepada siapa keuntungan itu pergi? Adakah hasil keuntungan itu memberi kebaikan/manfaatnkepada umat Islam. Terang lagi bersuluh jawapannya.

Jordan River

Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Malaysia Kurma jenama Jordan River.

Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jika anda membeli Kurma ini, ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Sedikit Sejarah Perdagangan Malaysia
Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.
_______________________________________________________________
ULASAN ini adalah pendapat peribadi admin dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang KPT.

Bengkel ESP (BESP)

Adalah dimaklumkan bahawa Bengkel Keusahawanan & Kepimpinan MLMS akan diadakan sepertimana dibawah:

Tarikh   : 06 Ogos 2011 (Sabtu)
Tempat : HPA Cawangan Ketereh
              Tingkat 1, Bangunan PAS, Jln Kuala Krai, 16450 Ketereh, Kelantan.
              Tel:09-7880020
Masa     : 8.30 am - 10.00 pm*
              (insyaAllah sekali dengan majlis Iftor)

Terma & Syarat penyertaan:
Peserta ESP: PERCUMA
Bukan Peserta ESP: RM50 seorang.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak Cawangan berkenaan.

Sekian, harap maklum.

*Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 1432H


Selamat mengerjakan ibadah Ramadhan diucapkan kepada semua warga HPA semua. Mudah-mudahan dengan kedatangan Ramadhan kali ini boleh memberi satu momentum baru kepada kita semua untuk terus berjuang demi memartabatkan produk Halal keluaran HPA Industries Sdn. Bhd ini.

Jadikan roh Ramadhan ini pemangkin untuk menjadi hamba Allah yang betul-betul ikhlas dalam perjuangan ini. Apapun admin, team pengurusan HPA Zon Timur, PJS & PPJS Kelab KPT mengucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam dimana jua berada. Siru 'Ala BarakatilLah..

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot