Pages

Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

GEMPUR PBA SEMINAR RADIX IQ

PBA Seminar Radix IQ
Tarikh: 17hb Mei 2014
Tempat: Hotel Amanpura Sungai Petani, Kedah.
Masa: 09.00 pagi -  05.00 petang.
Bayaran pendaftaran: RM50.00 seorang.

*Untuk pendaftaran boleh hubungi,sms@whatapps En. Fahmi: 013 4555099

Kelebihan kepada mereka yang hadir:
1. Sama seperti PBA
2. Kenaikan pangkat PLX bagi ahli baru/lama berpangkat biasa.
3. Offer; Maintain 50NM dalam masa 1 minggu.
4. Offer; Buka stokis 1K
5. Pembayaran bonus seperti program BAS

" Membangunkan Ummah Bermaruah "

Monday, November 11, 2013

PLASMA DARAH DALAM SURIMI

SURIMI DAN HASILANNYA (FISH BALL, FISH CAKE, CRABSTIK, KEROPOK, SOSEJ / PRODUK YONG TAU FOO & STEAMBOAT)


Perhatian kepada penggemar & peniaga YONG TAU FOO / CELOP2 / STEAMBOAT!

Surimi juga dikenali sebagai pekatan protein basah isi ikan nyahtulang yang telah mengalami proses pencucian dan pencampuran sebatian pencegah kerosakan bagi mengawal kualitinya semasa penyimpanan sejukbeku.

Surimi mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan sifat fungsian yang terkawal sebagaimana isi ikan segar serta dapat disimpan sehingga satu tahun tanpa mengalami perubahan. Dalam sistem makanan, surimi merupakan bahan utama dalam produk makanan seperti sosej, bebola ikan,crab stik, fish cake, mi, keropok, dan produk makanan lainnya yang dikenali sebagai produk makanan berasaskan surimi @ lebih dikenal produk Yong Tau Foo.

Pada tahun 1994, pengeluaran produk makanan berasaskan surimi mencapai 1 juta tan dengan pasaran utama adalah di Jepun, Amerika Syarikat, Korea dan negara-negara Eropah. Pada masa ini, negara-negara yang didiami oleh umat Islam telah mula diperkenalkan dan menerima produk-produk makanan ini.

Walau bagaimanapun terdapat masalah penggunaan surimi ini bagi umat Islam. Beberapa hasil penyelidikan terkini menunjukkan bahawa bagi tujuan meningkat dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, plasma protein darah haiwan telah dicampur ke dalam surimi.

Mengikut Al-Quran, darah merupakan bahan yang haram untuk digunakan sebagai bahan makanan, tanpa mengira jumlah yang digunakan. Oleh itu adalah penting bagi pihak-pihak yang berwajib di negara-negara yang majoriti umat Islam memberi perhatian sewajarnya mengenai isu Halal Haram berkaitan dengan surimi.

Penggalakan Sijil/Logo Halal pada sesuatu bahan makanan merupakan tindakan terbaik dan tentunya memberikan keselesaan bagi umat Islam dan pulangan yang menguntungkan bagi para pengusaha makanan.

Credit to: Prof. Abdul Salam Babji, UKM.

Saturday, September 14, 2013

Bahan yang diragui " LM10 " dalam hidangan McDonald's

Bahan berasaskan BABI ditermakan sebagai " LM10 ", terdapat dalam hidangan McDonald's

Selepas membaca laporan di bawah dan mengambil kira kelalaian, kealpaan, ketidaktelusan dan amalan rasuah yang amat berleluasa dikalangan pegawai tinggi kerajaan (terutamanya para pegawai penguatkuasa undang-undang) termasuk golongan yang berada di jabatan agama Islam sendiri, seperti para mufti dan menteri yang berkaitan, maka admin merasakan adalah lebih baik bagi seluruh umat Islam negara ini berwaspada serta menjauhkan diri daripada hidangan McDonald's.

Selain aspek hukum Islam, dari sudut kesihatan; hidangan McDonald telah terbukti memberi kesan yang amat negatif.


Important News: Muslim Judicial Council (MJC) and IQSA has withdrawn certification from McDonald's. Acccording to the kitchen office in Florida, United States, study into the McDonald's ingredients has shown positive evidence of PORK materials which is called "LM10" are used in the McDonald's mayo.

South African McDonald's officials have confirmed that all sauce based ingredients are imported from the US.(Muslim) consumers are advised to abstain from McDonald's. Muslim Judicial Council (MJC) and IQSA has also withdrawn certification countrywide.

It's our duty to inform others.

Translate:

Berita Penting: Majlis Kehakiman Islam (MJC) dan IQSA telah menarik balik pengesahan daripada McDonald. Acccording ke pejabat dapur di Florida, Amerika Syarikat, kajian ke dalam bahan-bahan McDonald telah menunjukkan bukti positif bahan babi yang dipanggil "LM10" digunakan dalam Mayo McDonald.

Pegawai Afrika Selatan McDonald telah mengesahkan bahawa semua bahan-bahan berasaskan sos yang diimport dari Amerika Syarikat. (Muslim) pengguna dinasihatkan untuk menahan diri daripada McDonald. Majlis Kehakiman Islam (MJC) dan IQSA juga telah menarik balik pensijilan di seluruh negara.

Ia adalah tanggungjawab kita untuk memberitahu orang lain. Sebarkan.....

p/s: Perlu diingat, di Malaysia tidak mustahil 'Sijil Halal' boleh dibeli!

Saturday, July 20, 2013

Ovalatte; Adakah ianya HALAL?

OVALATTE adalah bahan dalam kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides@ E471 - pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan.

Pastikan Ovalatte yang anda beli itu mempunyai status HALAL yang sah dan diiktiraf.

Jika bahan tersebut dalam bentuk repacked, minta bungkusan asalnya serta salinan sijil halal. Pastikan nama syarikat di sijil halal dan dibungkusan adalah sama.

Friday, July 19, 2013

3 Produk Kosmetik dikesan mengandungi Racun

myMetro Online: 18 Julai 2013

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang awam supaya mengelak membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin, asid azelaik dan merkuri.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datuk Eisah A.Rahman berkata produk tersebut ialah Aveana Night Revival Cream yang mengandungi tretinoin, Blemished Skin Ampoules (asid azelaik) dan Golden Horse B&W Cream-GH902-1 (merkuri).

Beliau berkata penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Asid azelaik yang digunakan untuk merawat masalah jerawat dan 'rosacea' iaitu keadaan kronik di mana muka menjadi merah di kawasan dahi, hidung dan pipi hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Pengunaan asid azelaik tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, pedih dan kemerahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau juga berkata produk yang dicampur dengan merkuri untuk mencerahkan kulit dan antipenuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan adalah tidak dibenarkan dan boleh memudaratkan kesihatan.

"Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan," katanya.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutama kanak-kanak apabila produk itu disapu pada kulit meruap dan dihidu.

"Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya.

Eisah berkata syarikat bertanggungjawab ke atas produk berkenaan telah diarahkan untuk menghentikan penjualan dan pembekalan dengan serta merta dan memanggil balik produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Justeru, katanya penjual yang mempunyai stok produk itu dinasihati menghentikan penjualan dan pengedaran kerana pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Sementara syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, katanya.

Pengguna dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532 atau 03-78835534 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik. - Bernama

Tuesday, July 2, 2013

Akhbar: Madu Penawar Penyakit

myMetro: Info kelebihan dan manfaat Madu Tualang.


Meredah laluan berbukit menggunakan kenderaan pacuan empat roda serta mendaki jalan denai ke hutan belantara antara pengalaman dilalui penulis bagi melihat proses pengambilan madu tualang.

Di lokasi pemungutan madu, kami diberi taklimat ringkas proses pengambilan madu tualang daripada pembekal madu, Ibrahim Ismail.

Sebaik taklimat ring­kas selesai, kami dinasihatkan memasuki tiga kelambu putih di sekitar kawasan terbabit bagi mengelak perkara gigitan lebah hutan.

Berbanding cara pe­ngambilan madu di waktu malam, peluang menyaksikan dua pemungut madu, Mohd Zamri Mohd Hassan, 21, dan Ahmad Ghazali, 20, di Seri Bandi, Kemaman, memang dinantikan penulis.

POKOK yang menjadi sarang lebah hutan yang juga madu tualang

KAEDAH menarik pencari madu menggunakan tali

DAUN palas kering digunakan untuk tujuan mengasap sarang

Keberanian mereka memanjat pokok pada ketinggian 30 hingga 45 meter sangat mengagumkan.

Menggunakan pakaian kalis sengatan, Mohd Zamri dan Ahmad bersiap sedia menghadapi disengat lebah semata-mata mendapatkan habuan madu tualang.

Mereka memanjat pokok berdekatan kawasan madu sebelum melemparkan batu bertali menggunakan lastik. Fokus harus diberikan terhadap dahan yang sesuai untuk memudahkan kerja.

Madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

Bahan makanan berkhasiat terbabit juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink.

Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari diperoleh lebah.

Selain itu madu juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang boleh menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab kepada penyakit kronik.

Penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati madu lebah tualang boleh meningkatkan tahap imunisasi badan terhadap serangan penyakit.

USM dengan kerjasama FAMA membuat 20 kajian terhadap madu tualang dan mendapati ia memberikan kesan positif kepada tubuh manusia.

Penemuan baru khasiat madu lebah juga mendapati ia boleh mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesakitan.

Antara khasiatnya termasuk melewatkan menopaus di kalangan wanita berusia, merawat penyakit diabetis, menguatkan tulang dan meningkatkan hormon di dalam badan wanita.

Berpengalaman kira-kira 10 tahun dalam mengendalikan aktiviti pemungutan madu asli, Ibrahim mengakui pemburu madu tualang berdepan risiko tidak diingini.

“Pencari madu lebah tualang melakukan aktiviti berkenaan secara sambilan. Jika musim mencari madu, kami akan ke hutan untuk mendapatkan madu pada pokok tualang.

“Kerja memungut madu tualang seperti mencandat sotong di laut,” katanya.

Menurutnya, madu lebah tualang sangat ganas dan tidak seperti lebah biasa di ternak di ladang.

“Sifat semula jadinya itu menyebabkan lebah ini dikenali sebagai ‘Giant Bees’. Tubuhnya agak besar berbanding lebah biasa,” katanya.

Menurutnya, lebah hutan yang membuat sarang di pokok tualang sangat gemar membuat sarang berdekatan sumber air.

“Pencari madu mudah menjejaki madu lebah berdasarkan tanda-tanda kehadiran lebah hutan terbabit di kawasan berair atau tepi sungai.

“Jika terdapat lebah di kawasan itu, maka adalah sarang di kawasan sekitar. Air antara campuran semula jadi dalam madu,” katanya.

Biasanya pemu­ngut madu akan melihat pergerakan lebah hutan mengangkut air ke sarang madunya dan ia dibina tidak jauh dari sumber air.

Ibrahim yang juga pesara kerajaan berkata, untuk mengenal pasti sarang lebah hutan yang mempunyai madu cukup mudah.

“Kita tengok hujungnya, jka gemuk sedikit dari saiz biasa terutama pada hujung dahan, maka di situ banyak madu.

“Jika bernasib baik, setiap sarang mampu menghasilkan antara 10 hingga 15 kilogram madu,” katanya.

Katanya, mengambil madu pada siang hari demi keselamatan pemungut.

“Jika malam, pelbagai kemung­kinan boleh berlaku apatah lagi pokok tualang amat tinggi,” katanya.

Pernah mengikuti peng­gambaran BBC Discovery Channel pada Mei tahun lalu, Ibrahim berkata proses mendapatkan madu tualang perlu menggunakan api dari daun pokok palas atau sabut kelapa yang dibakar bagi mendapatkan asapnya.

“Kaedah ini sudah menjadi amalan biasa untuk membolehkan lebah lari ke kawasan lain, sebelum rumah madu di potong untuk dimasukkan ke dalam baldi.

“Sesudah itu, madu yang diturunkan akan ditapis untuk mendapatkan madu asli,” katanya berasal dari Kedai Buloh, Kuala Terengganu.

Pemilik syarikat Desert Gold Trading itu berkata, waktu menuai madu bermula pada Ogos.

“Lebah bergantung kepada bunga. Ini bermakna bunga pokok amat penting dalam penghasilan madu,” katanya.

Dalam pasaran ketika ini madu tualang boleh dijual RM90 sekilogram.

“Produk madunya kini dipasarkan FAMA di bawah jenama Agromas dan saya sendiri menghasilkan kira-kira 500 kilogram sebulan,” katanya.

Dia turut memberi tip untuk menentukan sama ada madu itu tulen atau campuran.

“Madu asli mempunyai rasa masam dan manis, berbanding madu tiruan hanya mempunyai rasa manis.

“Malah, jika terkena sengatan lebah hutan, sapukan madu itu di tempat yang disengat.

“Ada meletak cuka di kawasan sengatan dan jika masih belum pulih, dapatkan rawatan di hospital,” katanya.

01/07/2013

Monday, July 1, 2013

Program HPA Malaysia ke HPA International Thailand

Makluman untuk rombongan dari HPA Malaysia ke Program HPA International Thailand.


Tentatif sepanjang program ini berlangsung.

07 Julai 2013

7.00 am : Bergerak dari PLPJ ke Sempadan.
-Bertolak ke Thailand
-Membeli-belah di sekitar Hatnyai
-Melawat Songkla
-Chek in di CS Hotel,Pattani.

08 Julai 2013

7.00 am : Sarapan di CS Hotel,Pattani.
8.00 - 9.00 am : Bacaan kalam Ilahi
9.15 - 9.30 am : Ucapan sambutan Wannor
9.30 - 9.45 am : Ucapan sambutan dari Tim Gabenor Wailayah Selatan Thai
9.45 - 10.30 am : Ucapan dari Pengarah Urusan HPA
10.30 - 11.30 am : Ucapan dari Dato' Nazirah (Duta Malaysia di Thailand)
                              -Persembahan Nasyid dari Arrash
11.30 - 2.30 t/hri : Makan Tengahhari/solat
                            -Perawatan bekam,akupungur,PTB dan Reflek
                            -Jualan produk HPA
2.30 ptg : Program HPA
8.00 mlm : Menginap di CS Hotel,Pattani.

09 Julai 2013

10.00 am : Bertolak pulang ke Malaysia

Saturday, June 29, 2013

PER: Pengesahan Status Halal

Assalamu'alaikum wrt...

Maklumat yang akan admin postingkan ini mungkin ada dikalangan teman-teman kita sudah maklum, mengetahui melalui sumber maklumat lain. Apa pun, kepada mereka yang mengemari dan suka produk ini, hati-hatilah apabila sudah mengetahui akan kehalalannya.

Friday, June 28, 2013

Awas! Air Mineral Ini...

JANGAN BELI AIR MINERAL DARI SYARIKAT CHUAN SIN...!!!
CACTUS, SPRITZER, MESRA, CARREFOUR


Mineral Water (Cactus/Spritzer) dari bawah bukit Jerat Mayat Kubur Cina Air Kuning, Taiping????
Assalamualaikum,

Ini saya terima berita tentang sumber air mineral jenama terkenal iaitu Spritzer / Cactus. Wallahualam samada sahih atau tidak tetapi saya edarkan pada kawan kawan semua dengan harapan semoga ada ahli yang ada di Air Kuning, Taiping dapat mengesahkan perkara ini.

Betul ke sumber air mineral ini disedut dari bawah bukit dimana ada jerat mayat hancur dari perkuburan Cina diatasnya?

Harap dapat sesiapa di Air Kuning, Taiping siasat perkara ini. Terima kasih.

Ini laporan yang saya terima.

Mineral Water (Cactus/Spritzer) dari Air Kuning, Taiping

Ni ada serba sedikit info untuk makluman semua. Masa saya balik kampung hari tu, adalah bersembang dengan jiran dekat tempat lama aku tu. Taman Kuning Sari, Air Kuning,Taiping....tetiba terkeluar citer pasal mineral water seperti jenama diatas....

Untuk pengetahuan semua.....kilang proses mineral water ni kat dalam Taman Mas Kuning, Air Kuning, Taiping. Jenama ni tidak dijual dalam kawasan Taiping....semuanya dieksport keluar dari kawasan Taiping, pasal kalau dia jual kat area Taiping...comfirm tak laku...siap orang-orang dekat sana buang dalam longkang saja...nak tahu kenapa....

Air mineral tu memang dia sedut dari punca mata air kat bawah tanah tapi masalahnya, air bawah tanah yg disedut sebelum diproses itu terletak di satu kawasan bukit. Hendak tau apa ada atas bukit tu?

Atas bukit tu ada satu kawasan perkuburan cina yang besar.....mata air yang mereka ini  sedut tu pula...betul-betul dekat bawah bukit tersebut. so...maksudnya...walaupun telah diproses tapi kebersihannya tak pastilah..... Perkara ini sudah direport pada pihak-pihak berkenaan...tapi duit punya hal...semua tutup mulut........

So...kalau nak percaya atau tak, terpulanglah. Saya hanya memberitahu. Saya memang dah pergi ke area kilang tu......memang betul lah kat area belakang kilang tu ada jirat cina..so,kalau nak minum mineral water itu pastikan label pembekalnya bukan dari AIR KUNUNG, TAIPING

Harap maklum....

p/s: maklumat ini dihantar oleh individu prihatin melalui email. Ayat asal dari email tersebut.

Monday, June 3, 2013

RFC: Shahab Perdana, Alor Setar Kedah


Kemaskini: AlhamdulilLah, kini Radix Fried Chicken sudah beroperasi sejak beberapa hari yang lalu. Sebelum ini ianya diberhentikan operasi buat seketika disebabkan pertukaran management.

Antara manu yang dihidangkan untuk para pengunjung

Untuk peminat@pelanggan setia Ayam Goreng Organik RFC Original HPA Group Of Companies hanya membuka ouletnya di Shahab Perdana, Alor Setar sahaja. Harap maklum

Wassalam.

Sunday, June 2, 2013

Hati-Hati : Antara bahan yang dimasukkan dalam pembuatan Bakery


Bahan Ramuan : CREAM OF TARTAR

Cream of tartar adalah bahan yang terhasil dari jus anggur dalam proses pembuatan arak wine @ keladak didalam tong pemeraman wine.

Nama asalnya adalah Potassium bitartrate.

Pada masa kini terdapat kaedah penghasilan cream of tartar tanpa melalui proses pemeraman wine, hanya melalui proses jus anggur tanpa fermentasi.

Walaupun ada kaedah pemprosesan yang halal, terdapat juga yang ada dipasaran adalah byproduct dari wine dan pastinya hukumnya haram. Bila ada yang halal dan ada yang haram, maka bahan ini adalah syubhah...

Produk ini digunakan di dalam kebanyakan produk bakeri.

Kepada pengusaha produk bakeri, wajib memastikan cream of tartar yang anda gunakan mempunyai pengesahan halal yang sah dan diiktiraf...

Jika dijual dalam bentuk repacked, seperti biasa, minta bungkusan asal dan juga sijil halalnya..

Pastikan sebelum produk ini hendak dibeli ianya ada mengesahan HALAL yang sah.

Saturday, June 1, 2013

AWAS!! Terhadap produk ini.

Sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

Selain Malta, Jenama Nutri Malt, Anglia Shandy dan Jolly Shandy juga minuman yang HARAM kerana dikilangkn oleh Guiness dan Carlsberg!

p/s: Admin mengharapkan kepada teman-teman yang berada diluarsana harus berhati-hati dalam mengambil air minuman berkarbonat takut ianya tergelincir kepada yang HARAM. Jangan cuba membiasakan diri "Pantang nampak dihadapan terus sapu".

Sila share kepada mereka yang lain. Sekian.

Thursday, May 30, 2013

Akhbar: 11 Produk Import dari Taiwan digantung.

Sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

Sunday, May 26, 2013

Awas!!! Logo HALAL


p/s: Ayuh kita sama-sama menjadi pembeli/pengguna produk yang mengambil berat akan hal ini. Agama mengajar umatnya sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap makanan yang ingin disuap ke mulut. Antara asbab mengapa hati kita terasa jauh dari mengingati ALLAH adalah berpunca dari pemakanan yang kita makan sehari-hari itu.

Check-lah terlebih dahulu isi kandungan sesuatu produk yang ingin dibeli, lebih-lebih produk makanan. Adakah ianya Halal atau sebaliknya. Sebab produk yang berasaskan kepada makanan dan minuman boleh admin katakan, 85% ia dikeluarkan oleh mereka yang non Muslim.

Jom kita sama-sama menjadi pengguna yang prihatin mulai sekarang.

Tuesday, May 14, 2013

Persidangan Memperkasakan Perubatan Asli Melayu 2013


Ahli HPA yang berminat dialu-alukan hadir ke program ini. Untuk makluman semua, HPA akan membuka booth pameran di program tersebut. Sila hebahkan...

Tuesday, April 30, 2013

PENGUMUMAN : Radix Fried Chicken


Pihak Darul Rahmat Sdn Bhd pada hari ini telah mengumumkan keinginan mereka untuk membangunkan sebuah jenama baru di premis mereka di sekitar Lembah Klang, iaitu D'RC-Darul Rahmat Chicken.

Sehubungan dengan itu, semua cawangan Radix Fried Chicken yang sebelum ini diuruskan oleh Darul Rahmat Sdn Bhd akan diserahkan semula kepada Kumpulan HPA.

Cawangan terlibat adalah Alor Setar, Sungai Petani, Ipoh, Kubang Kerian dan Kuala Terengganu. Manakala cawangan di Lembah Klang seperti Shah Alam, Bandar Baru Bangi dan Sungai Besi akan dijenamakan semula sebagai D'RC-Darul Rahmat Chicken.

Menu Ayam Organik akan dikekalkan sebagai menu utama di samping menu-menu baru.

Pihak Darul Rahmat juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan du'a anda semua dan ingin meminta maaf di atas segala kekurangan yang dialami sepanjang menguruskan Radix Fried Chicken.

Terima kasih.

Sunday, April 21, 2013

Belian AYAM ORGANIK

Makluman: Kepada semua Stokis HPA, Pusat Agensi dan ahli. Sekarang, anda boleh membuat belian atau tempahan secara pukal bagi produk AYAM ORGANIK HPA terus kepada En. Muhammad Hamzah Al - Amin Solehin P.P.U ; 019 - 560 3274

Sekian.

Wednesday, February 20, 2013

Program Agen Stok dan Pelancaran Produk V-RADIX

Sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

Monday, February 18, 2013

PBC G2 Peringkat Zon Timur

Sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

Thursday, January 31, 2013

Kursus Perawatan : PTB

Assalamu'alaikum wrt..

Sedikit makluman kepada mereka yang berminat untuk mendalami ilmu perawatan iaitu Kursus Pembetulan Tulang Belakang bolehlah ikut serta dalam kursus kali ini. Maklumat mengenai kursus itu adalah sepertimana dibawah:

Sila "KLIK" untuk paparan yang jelas

Untuk keterangan lanjut,sila hubungi: 07-2328575 (AMIER) @ 013-9537685(SABIL)

Terhad untuk 30 peserta terawal!
Bayaran boleh dibuat ke akaun Bank islam 01041020416155 - MUHAMMAD SABILULLAH (sila fakskan slip bank tersebut setelah selesai membuat bayaran).

Tenaga pengajar disampaikan oleh Bapak Ir. Haji Tata Saputra. Beliau merupakan salah seorang individu yang memain peranan penting dalam mengerak serta merealisasikan kaedah Perubatan JAWI. Kepada yang mengikuti Sijil Herbalis HPA, akan kenal siapakah beliau ini.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot