Pages

Monday, November 11, 2013

PLASMA DARAH DALAM SURIMI

SURIMI DAN HASILANNYA (FISH BALL, FISH CAKE, CRABSTIK, KEROPOK, SOSEJ / PRODUK YONG TAU FOO & STEAMBOAT)


Perhatian kepada penggemar & peniaga YONG TAU FOO / CELOP2 / STEAMBOAT!

Surimi juga dikenali sebagai pekatan protein basah isi ikan nyahtulang yang telah mengalami proses pencucian dan pencampuran sebatian pencegah kerosakan bagi mengawal kualitinya semasa penyimpanan sejukbeku.

Surimi mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan sifat fungsian yang terkawal sebagaimana isi ikan segar serta dapat disimpan sehingga satu tahun tanpa mengalami perubahan. Dalam sistem makanan, surimi merupakan bahan utama dalam produk makanan seperti sosej, bebola ikan,crab stik, fish cake, mi, keropok, dan produk makanan lainnya yang dikenali sebagai produk makanan berasaskan surimi @ lebih dikenal produk Yong Tau Foo.

Pada tahun 1994, pengeluaran produk makanan berasaskan surimi mencapai 1 juta tan dengan pasaran utama adalah di Jepun, Amerika Syarikat, Korea dan negara-negara Eropah. Pada masa ini, negara-negara yang didiami oleh umat Islam telah mula diperkenalkan dan menerima produk-produk makanan ini.

Walau bagaimanapun terdapat masalah penggunaan surimi ini bagi umat Islam. Beberapa hasil penyelidikan terkini menunjukkan bahawa bagi tujuan meningkat dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, plasma protein darah haiwan telah dicampur ke dalam surimi.

Mengikut Al-Quran, darah merupakan bahan yang haram untuk digunakan sebagai bahan makanan, tanpa mengira jumlah yang digunakan. Oleh itu adalah penting bagi pihak-pihak yang berwajib di negara-negara yang majoriti umat Islam memberi perhatian sewajarnya mengenai isu Halal Haram berkaitan dengan surimi.

Penggalakan Sijil/Logo Halal pada sesuatu bahan makanan merupakan tindakan terbaik dan tentunya memberikan keselesaan bagi umat Islam dan pulangan yang menguntungkan bagi para pengusaha makanan.

Credit to: Prof. Abdul Salam Babji, UKM.

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot