Pages

Sunday, June 2, 2013

Hati-Hati : Antara bahan yang dimasukkan dalam pembuatan Bakery


Bahan Ramuan : CREAM OF TARTAR

Cream of tartar adalah bahan yang terhasil dari jus anggur dalam proses pembuatan arak wine @ keladak didalam tong pemeraman wine.

Nama asalnya adalah Potassium bitartrate.

Pada masa kini terdapat kaedah penghasilan cream of tartar tanpa melalui proses pemeraman wine, hanya melalui proses jus anggur tanpa fermentasi.

Walaupun ada kaedah pemprosesan yang halal, terdapat juga yang ada dipasaran adalah byproduct dari wine dan pastinya hukumnya haram. Bila ada yang halal dan ada yang haram, maka bahan ini adalah syubhah...

Produk ini digunakan di dalam kebanyakan produk bakeri.

Kepada pengusaha produk bakeri, wajib memastikan cream of tartar yang anda gunakan mempunyai pengesahan halal yang sah dan diiktiraf...

Jika dijual dalam bentuk repacked, seperti biasa, minta bungkusan asal dan juga sijil halalnya..

Pastikan sebelum produk ini hendak dibeli ianya ada mengesahan HALAL yang sah.

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot