Pages

Tuesday, July 31, 2012

Lawatan ke Empayar Perniagaan HPA Industries Sdn Bhd


Oleh : Pengarah Urusan
KAMI MEMBUKA LAWATAN SELURUH ANGGOTA/AHLI HPA KE PELANCONGAN SIHAT :

1. Lawatan & makanan di RFC SUNGAI PETANI
2. Bermalam di el zahraa inn atau JAWI HOMESTAY.
3. Lawatan kilang kosmatik Muslimah
4. Melawat kilang membuat kordial dan minuman HPA FOOD
5. Mendengar kuliah herba khas
6. Melawat kilang HPA di jejawi
7. Melawat tempat sembelihan ayam Jawi
8. Melawat ladang Pegaga
10. Melawat tempat asalnya kampung HPA
11. Langsung ke Pulau Langkawi di Villa Harapan Sihat.

Kepada ahli/sesiapa yang ingin membuat lawatan sila berhubung dengan pihak ibu pejabat, Jejawi.

Monday, July 30, 2012

Pintar Herba 9

Sila KLIK image untuk paparan besar

Alhamdulillah, Kursus Pintar Herba 9 kali ini di Zon Timur, Terengganu. Pendaftarannya sudah dibuka mulai sekarang kepada mereka yang berminat menyertainya. Tempat berlangsung kursus kali ini di Pulau Kapas, Marang pada 08 & 09hb Sept 2012. Yuran hanya RM250.00. Bayaran tersebut merangkumi penginapan, tambang bot, modul dan makan.


Wang deposit sebanyak RM100.00, sila bankin ke akaun atas nama Tn Hj. Ismail Bin Ahmad, No: 09010010002734 (BIMB). Kemudian sms maklumat slip ke no 0139299944. Tempat berkumpul di jeti marang pada pukul 8.00 am (08hb -sabtu). Kepada mereka yang datang awal yakni 07hb ; jumaat) boleh menginap di HPA cawangan Marang, depan Masjid Rusila. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mahadi; 013 929 9944.


Sekian, harap maklum

Saturday, July 28, 2012

Majlis Taklimat Pemerkasaan Cawangan Swasta

Kepada :
SEMUA PENGURUS CAWANGAN SWASTA ZON TIMUR

Tuan/Puan
MAJLIS TAKLIMAT PEMERKASAAN CAWANGAN SWASTA

Perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa Majlis Taklimat Pemerkasaan Cawangan Swasta akan diadakan dan disampaikan oleh Pengurus Besar AWM Ustaz Zolkharnain bin Abidin iaitu pada;

Tarikh   : 04 Ogos 2012(sabtu)
Masa    : 10.00 am - 1.00 t/hari.
Tempat : Dewan RFC Terengganu

Oleh itu, semua pengurus cawangan swasta DIWAJIBKAN hadir pada majlis tersebut dan tidak dibenarkan untuk menghantar wakil. Kerjasama daripada semua berhubung perkara diatas amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"


EN. ISMAIL BIN OMAR
AGM Zon Timur

Friday, July 27, 2012

MEMO : Tidak dibenarkan Menjual Ayam selain Ayam HPA


Merujuk kepada memo diatas, diharap semua pihak maklum akan hal ini.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, July 25, 2012

Iftar Ramadhan di HPAic

Klik image untuk paparan besar

Kemaskini: Berbuka puasalah tanpa rasa was-was di HPAic. Dewan Puncak Seri, Tingkat 11, Seksyen 13 Shah Alam (Laman Seri Business Park) bermula hari ini. InsyaAllah.. Dinasihatkan buat tempahan dahulu dengan puan Zaimah Ismail +60134284717.

Admin difahamkan, bayaran yang dikenakan sebanyak RM45.00 untuk seorang. Tapi walau bagaimanapun, untuk mendapat kepastian mengenai bayaran tersebut sila berhubung terus dengan mereka yang berkenaan.

Buatlah tempahan sekarang!

Kambing Golek


Menu 1 Iftar di Dewan Puncak Seri Menara HPAIC oleh Aroma Catering

1. Kerabu Mangga
2. Kerabu Pucuk Paku
3. Kerabu Tauge
4. Salad Sos Kacang
5. Ulam-Ulaman (Pegaga, Timun, Kobis, Kacang Botol, Jantung Pisang, Bendi )
6. Ikan Masin
7. Telur Masin
8. Sambal Belacan, Tempoyak, Budu
9. Tauhu Sumbat
10. Kambing Golek - (2 Jenis Sos, 1 Salad Campur)
11. Nasi Putih
12. Gulai Daging Tetel Dengan Nangka
13. Udang Masak Lemak Rebung
14. Asam Keladi
15. Sambal Ikan Bilis Goreng Tempe
16. Asam Nenas
17. Ayam Masak Kicap Berempah
18. Ayam Masak Lemak Cili Padi
19. Ikan Keli Berlada
20. Rendang Aroma
21. Asam Pedas Ikan Tenggiri
22. Ikan Dori Sos Thai
23. Sup Sayur
24. Masak Lemak Pucuk Ubi
25. Sup Tomyam
26. Rojak Buah
27. Cendol
28. Sup Makaroni
29. Gerai Meehoon Goreng
30. Stesen Mee Kari
31. Tembikai Merah
32. Tembikai Susu
33. Betik
34. Rambutan
35. Chocolate Sponge Cake
36. Vanilla Sponge Cake
37. Talam Keladi
38. Seri Muka
39. Cara Berlauk
40. Lopes
41. Karipap
42. Popia Goreng
43. Sagu Gula Melaka
44. Cream Caramel
45. Kuih Tako
46. Bubur Kacang Durian
47. Bubur Lambuk
48. Kurma
49. Kekacang
50. Air Sirap
51. Aroma
52. Teh ‘O’
53. Kopi ‘O’
54. Teh Tarik
55. Air Mineral
56. Kopi Radix

Saturday, July 21, 2012

Perutusan Ramadhan 1433H

PRESIDEN SEKRETARIAT KPT
Oleh: Alfadhil PJS Ustaz Jamaluddin Bin Jusoh al-Hafidz


Salam Ramadhan buat teman semua,semoga Allah yang memilih kita untuk menemui kembali tetamu yang dirindui ini, dia jua memilih kita untuk mendapat taufiq mengisi kemuliaan Ramadhan ini dengan amal dan bakti.

Kesempatan yang ringkas ini marilah kita merenung sejenak tentang hikmah ramadhan buat kita sebagai pejuang produk dan ekonomi ummah ini. Ramadhan itu berasal dari kalimah arab "ramadh" bererti panas, bayangan bahawa sepanjang madrasah Ramadhan ini kita hendaklah bersedia menerima dan menjalani kepayahan dan tribulasi demi sebuah cinta dari hamba untuk tuhan. Kepayahan dan kesulitan memanglah pahit bagi mereka yang tiada cinta di hati tapi mereka yang cinta dan ada rindu di hati, kepayahan dan kesulitan itu adalah manis buat mereka. Kita rasa manis meskipun sedang berlapar..kenapa?kerana di hati ada cinta dan rindu pada tuhan.

Marilah kita pertingkatkan rasa cinta dan rindu pada tuhan dengan kesempatan Ramadhan kali ini. Begitu juga kita pertingkatkan rasa cinta pada perjuangan ini. Ramai orang mengaku yang dia bersama Hpa atas dasar perjuangan..apakah ada cinta di hati mereka hingga saat-saat kini yang mencabar setiap jiwa bukan menjadi penyebab untuk mereka berselerakan lari, bahkan kecintaan itu bakal mengundang rasa setia untuk selamanya..

Persoalan!!siapakah tuan punya kepada perjuangan ini? Bukan PU,Bukan GM Dan bukan sesiapa..tapi tuannya adalah yang memiliki alam semesta ini, seseorang yang disebut tadi hanyalah wasilah yang menjodohkan kita kepada Tuhan yang mengarahkan kita supaya berjuang..lantas sebagai pejuang tuhan kita diasuh supaya menanamkan cita-cita untuk mengejar apa yang Ia janjikan di akhirat sana..belajarlah untuk tidak kecewa jika tuhan mentaqdirkan ujian kepada kita kerana janjiNya di akhirat sana adalah impian kita.

Kita...Alhamdulillah memang amat cakna persoalan halal dan haram dalam makanan seharian..cuma belum cukup setakat itu, lihatlah dan renungilah pakej Ramadhan yang mana bukan puasa di siang hari yang menjadi kefardhuan bahkan solat, zakat, Quran dll lagi merupakan jalinan pakej tarbiah yang saling melengkapi. Kita bimbang antara kita tertipu dan sudah terlalu selesa bila menjadi pejuang produk halal ini sedangkan soal-soal lain kita kesampingkan..inilah fenomena yang disebut sebagai "ghurur".

Sebab itu madrasah Ramadhan juga bertindak menjadi scanner untuk kita meneropong ke dalam diri untuk mencari kelemahan, kekurangan diri sendiri yang disebut "syarrunnafsi"..ajarlah untuk curiga pada diri sendiri, kerana kecurigaan itu akan menggerakkan kita untuk berubah..orang yang tidak curiga pada diri sendiri mungkin akan mengalami penyakit yang disebut "ujub" hingga dia tidak nampak lagi diri dia yang lemah, semua kelemahan yang dia nampak ada pada orang lain. wal iazubillah...

Harapan kita, Ramadhan yang menjelang ini akan menjanjikan sinar di hati pejuang semua,jadilah kita sebagai pejuang yang bertaqwa, berhati teguh, penuh setiakawanan dan sentiasa bersiap sedia untuk menggempur pasaran.

Wallahua'lam.

Friday, July 20, 2012

Info cuti awal Ramadhan

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pentadbiran HPA akan bercuti selama 2 hari mulai esok (Sabtu 21 Julai) sempena menyambut kedatangan awal Ramadhan Kareem 1433H. Pejabat pentadbiran HPA akan beroperasi semula pada 23 Julai 2012 (Isnin).

Sekian harap maklum.

Thursday, July 19, 2012

Trade Marks

Kemaskini: Adalah menjadi Hak Milik HPA Industries Sdn. Bhd.
*KOPI RADIX SIHAT.

Pihak syarikat telah Trade Marks jenama "RADIX" ini dibawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Info tambahan;
HARTA INTELEK | AKTA HAK CIPTA 1987


Akta Hakcipta adalah 1987 pernah melalui pindaan dan dikenali sebagai Akta Hakcipta (pindaan) 1997. Pindaan ini merangkumi; “Akta Hakcipta (Pindaan) 1997, mengakui tiga bentuk baru perlanggaran hakcipta di bawah Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987.


Kesalahan tersebut sepertimana berikut:
1. Merosakkan atau menyebabkan kerosakan sebarang tindakan kesan teknologi yang digunakan oleh pencipta berkaitan dengan mempergunakan haknya dan perlanggaran akta tidak dibenarkan.


2. Memindahkan atau menggantikan sebarang hak elektronik maklumat pengurusan tanpa kebenaran.


3. Menyebarkan yakni memberi maksud untuk menyebarkan atau menyampaikan kepada orang awam, tanpa kebenaran, bekerja atau menyalin kerja dari sudut yang mana hak elektronik pengurusan maklumat telah dipindahkan atau digantikan tanpa kebenaran.

Kesalahan-kesalahan ini adalah diberi hukuman denda maksimum RM250,000.00 atau hukuman penjara bagi suatu tempoh maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan sebarang kesalahan berikutnya, hukuman denda maksimum RM500,000 atau hukuman penjara bagi suatu tempoh maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali. Adalah nyata bahawa kesalahan baru ini dipandang secara serius oleh undang-undang.

Thursday, July 12, 2012

Zon Timur : Anugerah Pengurusan Cawangan Swasta Terbaik

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah dan tahniah dari kami pihak Majlis Syura, AJK Sekretariat KPT ucapkan kepada semua Pengurus Cawangan Swasta yang mendapat kategori ANUGERAH PENGURUSAN CAWANGAN SWASTA TERBAIK ZON TIMUR. Anugerah ini disampaikan oleh Tn. Hj Ismail Ahmad (Pegarah Urusan) pada 07 Julai 2012 yang lalu.

Cawangan yang mendapat anugerah ini diperingkat Zon Timur ialah;
1. Cawangan Rantau Panjang, Kelantan
2. Cawangan Dungun, Terengganu
3. Cawangan Kemaman, Terengganu
Semoga anugerah itu boleh jadi pendorong serta dapat diikuti oleh rakan-rakan yang lain. InsyaAllah...

Wednesday, July 11, 2012

2013 : RFC sasar 14 Cawangan baru


Info Sinar Harian.

Sihat, organik dan halal. Tiga faktor utama menjadi keutamaan Herba Penawar Al-Wahida (HPA) bagi pelaksanaan restoran makanan segera di bawah pengurusan mereka iaitu Radix Fried Chicken (RFC).

Set keluarga yang disediakan

Pembukaan cawangan pertama RFC di Sungai Petani empat tahun lalu, menjadi titik tolak kepada syarikat dan sehingga kini mereka mempunyai sepuluh cawangan seluruh Malaysia.

Menekankan moto Produk Halal Tanggungjawab Bersama, RFC semakin rancak melebarkan empayarnya bagi segmen makanan segera.

Walaupun terpaksa bersaing dengan restoran makanan segera lain, tetapi tidak menjadi penghalang kepada RFC untuk memperoleh keyakinan pelanggan terhadap menu ditawarkan.

RFC bukan francais

Berbeza dengan restoran makanan segera lain yang ada di antaranya diusahakan dengan konsep francais, tetapi tidak bagi RFC.

Pengarah Urusan Kumpulan HPA, Ismail Ahmad berkata, setiap ahli yang mempunyai modal boleh membuka dan mengusahakan RFC tetapi perlu mendapat keizinan daripada HPA terlebih dahulu.

Menurutnya, kos pelaburan bagi pembukaan dan pelaksanaan sesebuah cawangan adalah antara RM500,000 hingga RM1 juta.

“Pembukaan cawangan baru secara tidak langsung pengusaha sedang mengembangkan jenama di bawah pengurusan HPA.

“Bagi ahli yang membuka cawangan RFC, mereka akan diberikan bantuan dari segi khidmat nasihat dan latihan untuk mengendalikan restoran,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya.

Ismail berkata, pembukaan setiap cawangan RFC secara tidak langsung membantu  mengembangkan jenama di bawah HPA berikutan kebanyakan produk digunakan adalah keluaran sendiri.

Katanya, Mac lalu, RFC telah membuka jabatan khusus bagi mengendalikan promosi secara terus dan menyeluruh melibatkan jualan, acara dan pengiklanan menerusi media elektronik serta cetak.

14 cawangan pada 2013

Set pakej

Menurut Ismail, sehingga kini RFC mempunyai 10 cawangan di Semenanjung Malaysia dan optimis menambah tiga lagi bagi melengkapkan 13 kesemuanya menjelang hujung tahun ini.

Katanya, syarikat turut menyasarkan pembukaan 14 cawangan baru pada  2013 bagi Semenanjung Malaysia dalam melebarkan sayap perniagaan RFC sekali gus memastikan mereka terus kukuh.

“Tidak hanya menumpukan pemasaran di Semenanjung Malaysia, tetapi RFC turut mendapat permintaan daripada pelanggan di Sabah dan Sarawak, tetapi perlu mengkaji pelbagai faktor sebelum membukanya.

“Pelaburan bagi setiap pembukaan cawangan baru melibatkan kos antara RM1 juta hingga RM1.2 juta secara keseluruhan termasuk pengubahsuaian dan kelengkapan diperlukan,” katanya.

Menurutnya, purata kapasiti pengeluaran ayam setiap bulan mencecah 30,000 ekor. Walaupun kos ternakannya tinggi, tetapi ia masih dapat ditampung RFC.

Ismail berkata, selain menambah cawangan baru, RFC juga bercadang menyediakan dapur bergerak bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk mereka pada setiap majlis dianjurkan.

Katanya, berbanding sebelum ini, setiap majlis atau program anjuran syarikat perlu diadakan di cawangan Shah Alam, tetapi dengan kewujudan dapur bergerak tersebut, syarikat dapat mengadakannya di pelbagai lokasi.

Bakal sertai DPIM

Mengulas mengenai penyertaan HPA dalam Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), beliau berkata, sehingga kini mereka belum menjadi ahli, tetapi mempunyai perancangan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Ismail berkata, HPA sememangnya mempunyai hubungan baik bersama DPIM khususnya Presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang sering dijemput dalam sesi dialog dan program HPA.

“Selari dengan perjuangan DPIM, RFC juga menjalankan perniagaan berkonsepkan islamik dan berhasrat menjadi salah satu restoran makanan segera berbentuk islamiah.

“Fokus utama syarikat kini adalah meningkatkan hospitaliti dan perkhidmatan lebih efisien di setiap cawangan bagi memastikan pelanggan berpuas hati,” katanya.

Ismail berkata, penekanan yang diutamakan RFC bagi segmen pemprosesan, penternakan dan pengeluaran ayam adalah kualiti.

Katanya, mekanisme digunakan untuk menternak ayam adalah berkonsepkan organik tanpa menggunakan vaksin dan bebas daripada ubatan kimia.

“Manakala, makanan ayam yang digunakan juga diproses sendiri tanpa menggunakan serbuk tulang (dicalsiumphosphate). Ayam RFC tidak hanyir dan rasanya seperti ayam kampung.

“Tidak menggunakan serbuk perisa (monosodiumglutamate) bagi setiap ayam membuatkan pelanggan kami tidak cepat jemu,” katanya.

Menurutnya, hampir semua produk digunakan di RFC adalah keluaran HPA termasuk sos cili dan air yang digunakan setiap pelanggan ketika mengunjungi mana-mana cawangan.

Ismail berkata, syarikat turut memberi keutamaan bagi penyembelihan ayam dan memastikan ia dibuat mengikut hukum fikah malah penyembelih juga terdiri daripada mereka yang bertauliah serta dipilih sendiri oleh HPA Farm.

RFC : Kupon Jimat


Dapatkan sekarang dicawangan RFC yang berdekatan dengan anda. Cepat-cepat!..

Tuesday, July 10, 2012

Cetusan Minda

Oleh: Famiza Zulkifli

Kenapalah pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan, pada hal HPA telah berniaga lebih 26 tahun dan AWM berbelas tahun. Pernahkah HPA tak membuat bayaran sebelum ini? Kena tengok dan teliti track record HPA dan tengok credibility Tuan Haji Ismail sebagai Pengasas dan Pengarah Urusan HPA.

Berapa ramai syarikat yang setelah membuat jualan berjuta-juta kemudiannya tutup dan lari? Jika dideclare bankrup, semua hutang sudah tidak boleh dikutip. Ini Tuan Haji masih berdiri, masih melawan arus, masih berjuang, masih berusaha untuk membangunkan kembali HPA, memperbaiki kekurangan dan bangkit semula!.

Kalau orang lain sanggup bertungkus lumus begitu? Sudah-sudahlah membuat dosa menuduh, memfitnah. Sekarang kita kena bersabar dan membantu HPA, insyaAllah HPA akan bangkit semula. Semua perniagaan pasti ada jatuh bangunnya. Itulah perniagaan!. Yang penting Pengarah Urusan tidak putus asa dan akan meneruskan perjuangan ini. Tuan Haji dan ahli keluarga semua menanggung risiko. Harta benda semua digunakan untuk perniagaan. Isteri-isteri turut sama memikul tanggungjawab dan kemudian anak-anak pula akan menanggungnya.

Adakah sanggup kami melihat HPA terkubur? Adakah sanggup kita biarkan suami yang dicintai, dihormati pergi di dalam keadaan berhutang? Wallahi TIDAK! Kami akan tetap bersama Tuan Haji menegakkan yang benar. Jika tidak selesai generasi ini kita akan usaha sehingga nafas terakhir untuk diselesaikan generasi kemudian. Walau macam manapun akan TETAP kami SELESAIKAN, InsyaALLAH!

HPAic : Jawatan Kosong

Sila "KLIK" image untuk paparan besar

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, bolehlah berhubung terus dengan mereka berkenaan.

Sunday, July 8, 2012

MEMO PEKELILING

Rujukan Kami: AWM/MIS/4-2-17(2)
Rujukan Tuan :
17 Syaaban 1433 / 07 Julai 2012

KEPADA:
SEMUA PJS MALAYSIA

Assalamu'alaikum wrth,
Tuan / Puan,
PENAMATAN STATUS PJS

Perkara di atas adalah dirujuk.
Berkuatkuasa mulai 07 Julai 2012, status PJS telah ditamatkan dan semua keistimewaan serta kelayakan status berkenaan turut dihentikan.

Sekian, terima kasih.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Yang benar,
TUAN HJ. ISMAIL BIN AHMAD
PENGARAH URUSAN

Salinan dari; 
AL WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Info dari Ma'ahad Al-Ihsaniah Manhal HPA




Assalammualaikum
Perhatian kepada semua waris pelajar Maahad Tahfiz HPA.
Cuti raya Aidilfitri akan bermula pada 14 Ogos hingga 1 Sept 2012.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon kepada mana-mana pihak keluarga/waris yang masih lagi belum menjelaskan bayaran yuran pelajar hendaklah membuat bayaran tersebut dengan seberapa segera bagi membantu melancarkan perjalanan sekolah ini. Kerjasama dari pihak keluarga/waris amat kami hargai. 

Sekian, harap maklum.

Saturday, July 7, 2012

Sinar : Sasar 40,000 peket sehari

WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Julai 2012


Hj. Ismail Ahmad menunjukkan Kopi Radix


Pengeluar Kopi Radix, HPA Industries Sdn Bhd optimis dapat meningkatkan pengeluaran produknya bagi tahun 2013 sehingga 40,000 peket sehari apabila dua kilang baru di Jawi, Perlis, siap dibina.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Ismail Ahmad berkata, tahun ini, syarikat mampu menanggung kapasiti pengeluaran sehingga 22,000 peket sehari berikutan permintaan menggalakkan.

Menurutnya, Kopi Radix adalah antara produk tertinggi permintaannya berbanding tiga yang lain iaitu Kopi Diet, Radix Koko dan Bijirin Radix.

“Kini, syarikat berhadapan dengan masalah penjualan Kopi Radix tiruan di pasaran. Sekiranya cetakan pengeluar tertera Radix Industri, ia adalah palsu.


“Kopi Radix asli akan tertera nama syarikat kami iaitu HPA Industries Sdn Bhd pada belakang bungkusan dan hanya dijual di cawangan HPA atauahli terlantik,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya.

Ismail berkata, bagaimanapun,bperolehan tahunan syarikat bagi Kopi Radix merekodkan RM50 juta dan pemasarannya telah menembusi Brunei, Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Filipina dan Singapura.

Katanya, jualan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa masing-masing menyumbang sebanyak 50 peratus kepada perolehan syarikat.


-Bisnes

Friday, July 6, 2012

Memo Kenaikan Harga Produk

Kepada semua warga HPA yang dihormati.

Kenaikan harga berlaku kepada produk yang sepertimana berikut;

SH03-Cecair Pencuci Freesia (NM 2)
Harga lama 17.00 (pengedar),19.00 (pengguna)
Harga baru 18.00 (pengedar),20.00 (pengguna)

SH04-Pelembut Fabrik Mawar (NM 1)
Harga lama 8.00 (pengedar),9.50 (pengguna)...
Harga baru 10.00 (pengedar),12.00 (pengguna).

Untuk makluman semua,nilai mata produk tersebut adalah KEKAL.
Memo ini berkuatkuasa pada 1 Julai 2012.

Sekian harap maklum.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot