Pages

Wednesday, December 5, 2012

Memo 23 : Dari Pengarah Urusan

HPA HQ KINI DI HPAIC

Sepertimana yang telah saya maklumkan bahawa Pentadbiran HPA akan berpusat di HPAIC di bawah pengendalian CEO yang bertugas. Maka surat menyurat perlu dihantar ke alamat tersebut. Cara yang paling efektif ialah menggunakan FAX atau EMAIL.

Sebagai sebuah syarikat MLM hubungan antara ahli dan syarikat mestilah hampir seperti jari ditangan. Semua keputusan syarikat perlu diambil secara positif tanpa wujud pandangan negatif walaupun dipenjuru hati yang jauh.

Salah satu cara merapatkan hubungan dengan menggunakan email namun sehingga ini sangat sedikit saya terima email dari ahli-ahli mahupun leader. Email rektor_kpj@yahoo.com terus aktif sebagai line komunikasi dalaman HPA sahaja. Pandangan yang baik akan tetap diterima dan tidak perlulah rasanya menanti sesuatu program untuk disuarakan.

Apabila HPAIC mengambil alih pentadbiran untuk memenuhi moto HPA tahun 2013, HPA ERA GLOBAL, maka Komplek HPA Jejawi kini diubah menjadi pusat latihan yang di kenali sebagai Pusat Latihan Perubatan Jawi (PLPJ). PLPJ akan menyiapkan siri latihan intensif indoor dan outdoor bagi melahirkan usahawan herbalis yang terlatih pada tahun 2013. InsyaAllah.

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot