Pages

Saturday, July 20, 2013

Ovalatte; Adakah ianya HALAL?

OVALATTE adalah bahan dalam kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides@ E471 - pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan.

Pastikan Ovalatte yang anda beli itu mempunyai status HALAL yang sah dan diiktiraf.

Jika bahan tersebut dalam bentuk repacked, minta bungkusan asalnya serta salinan sijil halal. Pastikan nama syarikat di sijil halal dan dibungkusan adalah sama.

Friday, July 19, 2013

3 Produk Kosmetik dikesan mengandungi Racun

myMetro Online: 18 Julai 2013

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang awam supaya mengelak membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin, asid azelaik dan merkuri.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datuk Eisah A.Rahman berkata produk tersebut ialah Aveana Night Revival Cream yang mengandungi tretinoin, Blemished Skin Ampoules (asid azelaik) dan Golden Horse B&W Cream-GH902-1 (merkuri).

Beliau berkata penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Asid azelaik yang digunakan untuk merawat masalah jerawat dan 'rosacea' iaitu keadaan kronik di mana muka menjadi merah di kawasan dahi, hidung dan pipi hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Pengunaan asid azelaik tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, pedih dan kemerahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau juga berkata produk yang dicampur dengan merkuri untuk mencerahkan kulit dan antipenuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan adalah tidak dibenarkan dan boleh memudaratkan kesihatan.

"Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan," katanya.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutama kanak-kanak apabila produk itu disapu pada kulit meruap dan dihidu.

"Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya.

Eisah berkata syarikat bertanggungjawab ke atas produk berkenaan telah diarahkan untuk menghentikan penjualan dan pembekalan dengan serta merta dan memanggil balik produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Justeru, katanya penjual yang mempunyai stok produk itu dinasihati menghentikan penjualan dan pengedaran kerana pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Sementara syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, katanya.

Pengguna dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532 atau 03-78835534 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik. - Bernama

Sunday, July 7, 2013

Sabah : Gempur Herba

sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

GEMPUR HERBA PERTAMA KALI DI ZON BORNEO & SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1434 HIJRAH.

Tarikh : 24 & 25 Ogos 2013 / 17 & 18 Syawal 1434 H
Masa : 8.00 Pagi Hingga 5.00 Ptg
Tempat : RAIN FOREST DISCOVERY CENTRE (RDC)
Sepilok, Sandakan Sabah.

Pendaftaran di Buka Sekarang!
Bayaran Rm 70.00 Penginapan di Pusat Agensi Negeri Hpa Sandakan
Tambahan Rm 80.00 Utk Penginapan di Hotel (Bersebelahan dengan PAN HPA Sandakan)
Peserta Daftar Segera Tempat Terhad Utk 100 Peserta Sahaja
Hubungi :
Pusat Agensi Negeri HPA Sabah 089 - 217176
Zakirah Othman 012 - 581 6855
PJS Pak Lah Hpa 012 - 684 9263

Wednesday, July 3, 2013

Pintar Herba

Pintar herba sempena bulan Ramadhan alMubarak
[Edisi kemaskini]

Tarikh : 20 dan 21 Julai 2013
Tempat : PLPJ, Perlis.
Bayaran : RM 100.00
- Termasuk bersahur, berbuka puasa & nota modul pengajian.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi; 019-633 0727

Tuesday, July 2, 2013

Akhbar: Madu Penawar Penyakit

myMetro: Info kelebihan dan manfaat Madu Tualang.


Meredah laluan berbukit menggunakan kenderaan pacuan empat roda serta mendaki jalan denai ke hutan belantara antara pengalaman dilalui penulis bagi melihat proses pengambilan madu tualang.

Di lokasi pemungutan madu, kami diberi taklimat ringkas proses pengambilan madu tualang daripada pembekal madu, Ibrahim Ismail.

Sebaik taklimat ring­kas selesai, kami dinasihatkan memasuki tiga kelambu putih di sekitar kawasan terbabit bagi mengelak perkara gigitan lebah hutan.

Berbanding cara pe­ngambilan madu di waktu malam, peluang menyaksikan dua pemungut madu, Mohd Zamri Mohd Hassan, 21, dan Ahmad Ghazali, 20, di Seri Bandi, Kemaman, memang dinantikan penulis.

POKOK yang menjadi sarang lebah hutan yang juga madu tualang

KAEDAH menarik pencari madu menggunakan tali

DAUN palas kering digunakan untuk tujuan mengasap sarang

Keberanian mereka memanjat pokok pada ketinggian 30 hingga 45 meter sangat mengagumkan.

Menggunakan pakaian kalis sengatan, Mohd Zamri dan Ahmad bersiap sedia menghadapi disengat lebah semata-mata mendapatkan habuan madu tualang.

Mereka memanjat pokok berdekatan kawasan madu sebelum melemparkan batu bertali menggunakan lastik. Fokus harus diberikan terhadap dahan yang sesuai untuk memudahkan kerja.

Madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

Bahan makanan berkhasiat terbabit juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink.

Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari diperoleh lebah.

Selain itu madu juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang boleh menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab kepada penyakit kronik.

Penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati madu lebah tualang boleh meningkatkan tahap imunisasi badan terhadap serangan penyakit.

USM dengan kerjasama FAMA membuat 20 kajian terhadap madu tualang dan mendapati ia memberikan kesan positif kepada tubuh manusia.

Penemuan baru khasiat madu lebah juga mendapati ia boleh mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesakitan.

Antara khasiatnya termasuk melewatkan menopaus di kalangan wanita berusia, merawat penyakit diabetis, menguatkan tulang dan meningkatkan hormon di dalam badan wanita.

Berpengalaman kira-kira 10 tahun dalam mengendalikan aktiviti pemungutan madu asli, Ibrahim mengakui pemburu madu tualang berdepan risiko tidak diingini.

“Pencari madu lebah tualang melakukan aktiviti berkenaan secara sambilan. Jika musim mencari madu, kami akan ke hutan untuk mendapatkan madu pada pokok tualang.

“Kerja memungut madu tualang seperti mencandat sotong di laut,” katanya.

Menurutnya, madu lebah tualang sangat ganas dan tidak seperti lebah biasa di ternak di ladang.

“Sifat semula jadinya itu menyebabkan lebah ini dikenali sebagai ‘Giant Bees’. Tubuhnya agak besar berbanding lebah biasa,” katanya.

Menurutnya, lebah hutan yang membuat sarang di pokok tualang sangat gemar membuat sarang berdekatan sumber air.

“Pencari madu mudah menjejaki madu lebah berdasarkan tanda-tanda kehadiran lebah hutan terbabit di kawasan berair atau tepi sungai.

“Jika terdapat lebah di kawasan itu, maka adalah sarang di kawasan sekitar. Air antara campuran semula jadi dalam madu,” katanya.

Biasanya pemu­ngut madu akan melihat pergerakan lebah hutan mengangkut air ke sarang madunya dan ia dibina tidak jauh dari sumber air.

Ibrahim yang juga pesara kerajaan berkata, untuk mengenal pasti sarang lebah hutan yang mempunyai madu cukup mudah.

“Kita tengok hujungnya, jka gemuk sedikit dari saiz biasa terutama pada hujung dahan, maka di situ banyak madu.

“Jika bernasib baik, setiap sarang mampu menghasilkan antara 10 hingga 15 kilogram madu,” katanya.

Katanya, mengambil madu pada siang hari demi keselamatan pemungut.

“Jika malam, pelbagai kemung­kinan boleh berlaku apatah lagi pokok tualang amat tinggi,” katanya.

Pernah mengikuti peng­gambaran BBC Discovery Channel pada Mei tahun lalu, Ibrahim berkata proses mendapatkan madu tualang perlu menggunakan api dari daun pokok palas atau sabut kelapa yang dibakar bagi mendapatkan asapnya.

“Kaedah ini sudah menjadi amalan biasa untuk membolehkan lebah lari ke kawasan lain, sebelum rumah madu di potong untuk dimasukkan ke dalam baldi.

“Sesudah itu, madu yang diturunkan akan ditapis untuk mendapatkan madu asli,” katanya berasal dari Kedai Buloh, Kuala Terengganu.

Pemilik syarikat Desert Gold Trading itu berkata, waktu menuai madu bermula pada Ogos.

“Lebah bergantung kepada bunga. Ini bermakna bunga pokok amat penting dalam penghasilan madu,” katanya.

Dalam pasaran ketika ini madu tualang boleh dijual RM90 sekilogram.

“Produk madunya kini dipasarkan FAMA di bawah jenama Agromas dan saya sendiri menghasilkan kira-kira 500 kilogram sebulan,” katanya.

Dia turut memberi tip untuk menentukan sama ada madu itu tulen atau campuran.

“Madu asli mempunyai rasa masam dan manis, berbanding madu tiruan hanya mempunyai rasa manis.

“Malah, jika terkena sengatan lebah hutan, sapukan madu itu di tempat yang disengat.

“Ada meletak cuka di kawasan sengatan dan jika masih belum pulih, dapatkan rawatan di hospital,” katanya.

01/07/2013

Monday, July 1, 2013

Program HPA Malaysia ke HPA International Thailand

Makluman untuk rombongan dari HPA Malaysia ke Program HPA International Thailand.


Tentatif sepanjang program ini berlangsung.

07 Julai 2013

7.00 am : Bergerak dari PLPJ ke Sempadan.
-Bertolak ke Thailand
-Membeli-belah di sekitar Hatnyai
-Melawat Songkla
-Chek in di CS Hotel,Pattani.

08 Julai 2013

7.00 am : Sarapan di CS Hotel,Pattani.
8.00 - 9.00 am : Bacaan kalam Ilahi
9.15 - 9.30 am : Ucapan sambutan Wannor
9.30 - 9.45 am : Ucapan sambutan dari Tim Gabenor Wailayah Selatan Thai
9.45 - 10.30 am : Ucapan dari Pengarah Urusan HPA
10.30 - 11.30 am : Ucapan dari Dato' Nazirah (Duta Malaysia di Thailand)
                              -Persembahan Nasyid dari Arrash
11.30 - 2.30 t/hri : Makan Tengahhari/solat
                            -Perawatan bekam,akupungur,PTB dan Reflek
                            -Jualan produk HPA
2.30 ptg : Program HPA
8.00 mlm : Menginap di CS Hotel,Pattani.

09 Julai 2013

10.00 am : Bertolak pulang ke Malaysia
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot