Pages

Saturday, September 10, 2011

Duri-duri Perniagaan

Tulisan Pengarah Urusan HPA Industries. Sdn. Bhd

Bisnes bukan gimik tetapi adalah realiti. Ahli HPA mestilah matang dalam menghadapi segala mehnah perniagaan, lebih-lebih lagi apabila ia menjadi besar kerana pesaing di pasaran tidak akan memberikan laluan mudah untuk mengambil pasaran yang sedia ada. Sikap tidak percaya kepada keupayaan umat Islam dalam bidang perniagaan juga merupakan faktor yang akan menarik bisnes ke bawah.

Kadangkala bisnes yang kecil mudah mendapat sokongan pengguna dibandingkan bisnes besar yang setiap hari bertambah perasaan hasad di kalangan kaum sendiri. Bukan mudah untuk memuatkan laporan dan berita berupa iklan dalam surat kabar kerana iklan percuma hanya diberikan ketika mengulas isu-isu negatif tentang kelemahan bisnes sahaja.

Kita perlu belajar daripada bangsa-bangsa yang maju pada hari ini kerana bagi mereka bisnes adalah satu pakej perjuangan dalam kehidupan. Mereka berniaga kerana keperluan dan minat yang mendalam sekalipun dalam situasi perang. Sebagai contohnya beberapa buah syarikat Korea didapati mengembangkan perniagaan mereka ketika Iraq di ambang peperangan. Begitu juga ketika dunia masih belum menjengok benua Afrika, syarikat besar dari Korea dan China sudah pun membangunkan potensi bisnes di sana.

Syarikat muslim sepatutnya mengambil pelajaran ini dari hanya bergantung kepada publisiti dan gimik bisnes dalam negeri. Kita perlu meluaskan wawasan bisnes dengan gagasan ekonomi produk halal dunia. HPAic yang menjadi pusat pertemuan peniaga muslim sedunia akan terus menggiatkan program "Network Matching" bukan hanya dalam negara tetapi seluruh dunia Islam.

Rakan bisnes sedunia perlu diramaikan bagi membangkitkan isu halal sebagai isu global meskipun pada masa kini, bisnes halal dikuasai oleh negara yang minoriti umat Islam. Bagi HPA yang mewakili bisnes 100% milik bumiputra bukan sahaja berhadapan dengan cabaran production untuk menyediakan bahan asas kepada barang siap (A to Z) tetapi kita juga terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang dan kejatuhan jualan. Syarikat-syarikat gergasi akan mempertahankan market mereka sementara HPA terpaksa bergelut dengan keyakinan ummat dan keperluan modal yang tinggi.

Inilah yang dikatakan jihad dalam perniagaan dan kita boleh berniaga kerana kita adalah seorang hamba Allah yang yakin 100% tentang keberkatan dan janji baik dari sebuah perjuangan dan kepada semua ahli-ahli HPA perlulah matang dan jangan terperangkap dengan isu- isu negatif harian.

Insentif ESP 2011

Semua ahli/pengedar yang pernah menyertai Program ESP sebelum ini turut berpeluang untuk memenangi insentif sepertimana dibawah;


" PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA "

Monday, September 5, 2011

Artikel Terbaru PU

Pejuangan Kebenaran

Iman yang tidak mantap apabila berhadapan dengan ujian akan menampakkan rasa panik dan cemas. Inilah yang perlu diperhatikan oleh pejuang kebenaran kerana selebihnya dari rasa percaya yang kuat, kekuatan yang akan muncul selepas itu ialah kekuatan tawakkal. 
Ini jelas digambarkan oleh Allah SWT di dalam Surah Ali Imran (ayat 154) dari kisah peperangan Uhud.
 
ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّن بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاساً يَغْشَى طَآئِفَةً مِّنكُمْ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ
“Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri mereka sendiri, mereka menyangkakan terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliah…” (Surah Ali Imran, ayat 154).

Sangkaan yang tidak benar terhadap Allah SWT sehingga meragui perjuangan yang membawa mereka ke Syurga. Mereka menyangka jika Nabi Muhammad SAW itu benar-benar Nabi dan Rasul tentu dia tidak dikalahkan dalam peperangan. Sangkaan ini menjadi semakin keliru sehingga mereka menyabitkan; sekiranya mereka tidak keluar berperang pasti mereka tidak akan dibunuh.
 
يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الأَمْرِ شَيْءٌ مَّا قُتِلْنَا هَاهُنَا قُل لَّوْ كُنتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَى مَضَاجِعِهِمْ وَلِيَبْتَلِيَ اللّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحَّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
“Mereka berkata (sesama sendiri): ‘Kalaulah kita mempunyai sedikit pilihan (sudah tentu kita akan memilih tidak keluar berperang dan)  tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?’. Katakanlah (wahai Muhammad); ‘Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah di takdirkan (oleh Allah)  akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing’. Dan (apa yang berlaku di medan perang uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada” (Surah Ali Imran, ayat 154). 

Hati yang mati tidak mampu lagi melihat hikmah dan rahsia di sebalik sesuatu kejadian. Akibat dari inilah hati mereka akan menjadi keras, kufur serta berani menentang sesuatu hukum dari Allah SWT dan RasulNya. Apabila kita berpegang dengan Islam, sekali-kali jangan disalahkan sesiapa apabila datangnya ujian tetapi tabahilah kerana di sinilah yang bernama mujahadah. Persiapkan diri untuk sakit dan selesa bersama perjuangan kebenaran, bukannya hanya untuk musim gembira sahaja. 

Sabda Nabi s.a.w.:
 
أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ، أَلا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ، فَلا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ، أَلا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لأَنْفُسِهِمْ مَا لا يَقْضُونَ لَكُمْ، إِنْ عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ، وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ"، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ نَصْنَعُ؟ قَالَ:"كَمَا صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ، وَحُمِلُوا عَلَى الْخَشَبِ، مَوْتٌ فِي طَاعَةِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ حَيَاةٍ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ
“Ingatlah bahawasanya roda Islam itu berpusing, maka berpusinglah kamu bersama Kitab Allah di mana sahaja ia berpusing. Ingatlah bahawasanya Kitab Allah dan pemerintah akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dengan Kitab Allah. Ingatlah bahawasanya kamu akan diperintah oleh pemimpin-pemimpin yang mereka memutuskan untuk mereka apa yang tidak mereka putuskan untuk kamu di mana jika kamu engkari mereka, mereka akan membunuh kamu, namun jika kamu taati mereka mereka akan sesatkan kamu”.

Para sahabat bertanya; “Ya Rasulullah, apa yang perlu kami lakukan?”. Jawab Nabi; “Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Nabi Isa a.s.. Mereka digergaji dengan gergaji-gergaji dan disalib di atas batang-batang kayu (namun mereka tetap teguh). Sanggup mati kerana mentaati Allah lebih baik dari hidup yang terpaksa menderhakai Allah” (HR Imam at-Tabrani dari Mu’az bin Jabal r.a.)
 
Kebanyakan dari kita merasa gembira dengan kejayaan sesuatu perjuangan tetapi apabila perjuangan ditimpa kesusahan mereka lari ke belakang. Ini bukanlah dinamakan orang berjuang tetapi sekadar ikut-ikutan kerana perjuangan itu  belum kukuh di hati. Saat kita mendapat kejayaan, perjuangan memang menjadi indah, tetapi saat kita diuji ternyata hakikatnya tidak ramai yang mampu bersyukur lagi. 

Firman Allah SWT:
 
وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
“Sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur” (Surah Saba’, ayat 14).
 
Kita yang pernah hidup senang perlu bersyukur ketika susah atas nikmat lalu walaupun telah hilang. Kita yang pernah merasai hidup berkeluarga perlu bersyukur atas nikmat lalu meskipun sekarang telah berpisah. Redha atas setiap ketentuan Ilahi meskipun yang Allah berikan cuma  mimpi yang indah. Jelaslah iman itu mempunyai mata yang mampu melihat hikmah kejadian Allah pada dirinya, redha dan mensyukuri meskipun tidak diberi. Nikmat hidup dalam iman dan Islam adalah sesuatu yang menutupi segala nikmat kehidupan yang lain, dari itu tidak perlu lagi dihitung lagi menang atau kalah.

Firman Allah SWT:
 
وَلَئِن قُتِلْتُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَوْ مُتُّمْ لَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللّهِ وَرَحْمَةٌ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
“Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah atau kamu mati (dengan mati biasa), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) himpunkan (dari segala jenis kesenangan dunia)” (Surah Ali Imran, ayat 157). 
Inilah jawapan kepada kemuncak sebuah keimanan. Allahu ghayatuna (Allahlah matlamat kita). Amin. 

Info dari Pengarah Urusan.

Sunday, September 4, 2011

Salam Kemenangan & Salam Perjuangan


Kepada ahli dan pengedar HPA sekalian, anda jangan lupa untuk berpuasa pada bulan Syawal yang mulia ini. Kelebihan dan ganjarannya sangatlah besar disisi mereka yang mengetahui. Sabda Nabi s.a.w ; 

Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun” (Hadis Riwayat Muslim)

Kursus Pintar Herba Bersama PU

Maklumat sepertimana berikut;
Pada : 22hb Okt 2011 – 29hb Okt 2011

Lokasi : Kg. Mata Ayer, Perlis ( Perkampungan Pengarah Urusan)
Yuran : Yuran RM 500.00 ( Penginapan dan Makan)


Insyallah sepenuhnya bersama Pengarah Urusan HPA

Terbuka kepada semua yang berminat mendalami pengetahuan herba. Pembelajaran dari alam sekeliling di kampung Pengarah Urusan

Penyertaan Terhad! Telefon / SMS: 0194749717.

Saturday, September 3, 2011

Bingkisan Hari Raya

Perutusan Hari Raya untuk semua warga HPA.
 
Salam Aidil Fitri untuk semua warga HPA di mana sahaja kita berada semoga diampuni Allah dunia dan akhirat. Sesungguhnya perjuangan kita adalah jihad yang memerlukan karamah "istiqamah" . Kerja-kerja menyedarkan manusia agar kembali kepada produk halal bukanlah sekadar laungan atau tulisan di dalam media tetapi yang lebih penting mengadakan produk altenatif. Kita perlu kemahiran dan industri dan kita memerlukan rangkaian serta kesedaran. Bila keempat faktor ini bertemu barulah dinamakan altenatif ataupun pilihan kepada umat Islam.
 
Syukur kepada Allah swt kerana pada tahun ini kita mampu mengeluarkan ayam yang mencukupi untuk sebulan Ramadhan dibandingkan dengan tahun yang lepas sekurang kurangnya untuk mencukupi keperluan warga HPA yang "komited". Ini membuktikan betapa kita bersungguh untuk menyediakan produk yang halal kepada umat Islam. Selain dari itu produk produk kegunaan harian juga kini memenuhi kembali premis kita yang ada. Apapun Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun tahun yang lepas.
 
Saya juga berterima kasih kepada semua kelab yang menyediakan program pertemuan dan majlis berbuka puasa bersama. Kita sempat mengadakan program di Sungai Petani, Kelantan,HPAIC dan juga Melaka, merangkumi semua zon tidak termasuk zon Borneo. Selepas ESP musim kedua sudah tentu semua warga dan pejuang produk halal HPA sedang siap siaga untuk menanti apakah perancangan syarikat untuk bangkit semula selepas bulan Ramadhan ini.
 
Sudah semestinya kita perlu bangun segera untuk memenafaatkan pasaran yang ada secepat yang boleh. Pihak syarikat komited untuk mencukupkan kembali produk yang langka di pasaran seperti kopi radix jumbo,kopi diet,kopi O dan koko radix disamping sinergi herba yang telah berada disemua cawangan. Bentuk pek ekonomi akan dikeluarkan khususnya untuk memudahkan pengedar mengusai kembali pasaran disamping iklan berbentuk poster dan media eletronik.
 
Program ESP akan masuk era ketiga dengan bengkel kemahiran kejurujualan serta penguasaan seni pengubatan jawi dan dijangka akan menjadi laluan hijau di pasaran terbuka.
 
"Kita jangan terlalu banyak berfikir tentang persaingan kerana ia tidak akan habis sampai hari kiamat tetapi mereka yang telah berjaya mengusai pasaran ialah mereka yang sedia diberi latihan sampai hari kiamat"
 
Penumpuan HPA untuk melahirkan usahawan seramai 50,000 orang tidak akan menjadi mustahil apabila kita dapat menubuhkan kelab Kepengunaan & Keusahawan (K&K)HPA di semua menara gading . Bagitu juga kelab ini akan diujudkan disemua tempat di negara kita. Paling minima ahli kelab akan menjadi pengguna dan jika mereka mampu kita akan dorong agar mereka menjadi usahawan mlms HPA yang sukses sesuai dengan cita-cita negara.
 
Kita bukan memandang kejayaan timur atau kejayaan barat sebagai ukuran tetapi jika negara mahu menjadi sebuah negara maju,jalan yang paling mudah ialah melahirkan usahawan. Program tranfomasi dari takok lama kepada era baru memerlukan proses penyalinan kulit luar dan dalam,cara fikir dan lebih penting cara melihat sesebuah perubahan. Perubahan mestilah berlaku atas perubahan nilai modal Insan bukannya atas nilai kebendaan dan kerakusan. Proses menyalin slogan berjaya dan bersatu tidak akan berlaku selagi wajah tidak fokus kepada gerakerja bersepadu.
 
Saya mengambil kesempatan ini bagi memohon maaf atas sedikit permasalah pengedaran bonus yang sepatutnya lebih cepat terutamanya pada musim perayaan ini tetapi inilah dia yang bernama Lukisan alam yang tidak selalunya indah seperti yang kita kehendaki. Teguhlah anda berdiri disisi mana kita berada kerana kesetiaan itulah detik manis untuk diingati ketika musim bunga nanti.
 
Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari team pengurusan kepada semua warga kerja HPA dan pengedar yang berada di seluruh Nusantara ini dengan ucapan " Kita akan bangkit dengan keupayaan yang tidak mampu dijangka kawan dan lawan"
" Produk Halal Tanggungjawab bersama". 
 
Allahuakbar. 
 
Dari Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd.

PENILAIAN KEAKTIFAN PJS DAN PPJS

PRESIDEN PJS DAN PPJS
TIMBALAN PRESIDEN PJS DAN PPJS
SETIAUSAHA PJS DAN PPJS
BARISAN PJS DAN PPJS

Tuan/puan:

PENILAIAN KEAKTIFAN PJS DAN PPJS
Adalah dimaklumkan bahawa penilaian keaktifan PJS DAN PELAPIS akan dibuat pada hujung bulan September 2011 ini.

Oleh yang demikian, pihak tuan/puan diminta untuk menghadirkan diri di program-program yang dianjurkan oleh pihak syarikat.

Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan /puan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih

Sekian.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot