Pages

Wednesday, February 20, 2013

Program Agen Stok dan Pelancaran Produk V-RADIX

Sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

Monday, February 18, 2013

PBC G2 Peringkat Zon Timur

Sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

Monday, February 11, 2013

Sekalung Bicara

Salam perjuangan untuk semua

Hari ini lebih baik dari semalam InsyaAllah.

PBC G2 ini akan mengarahkan kepada pembinaan jaringan MLM yang kukuh setelah sistem pemasarannya telah dikemaskinikan.

Saya percaya MLM tidak akan menjadi besar tanpa kekuatan program marketing yang terancang. Inilah yang menghalang HPA untuk terus berkembang selama ini tetapi hari ini HPA bangkit semula dengan pakej yang tersusun kemas, bahkan mempunyai potensi besar untuk meluncur deras mengambil pasaran yang ada.

Kekuatan HPA masakini:
1. Memiliki senarai produk yang terbaik
2. Memiliki modul kursus PBC yang terbaik
3. Memiliki sistem yang terbaik
4. Memiliki pemimpin-pemimpin yang terbaik
5. Memiliki ahli-ahli yang setia
6. Memiliki pengurusan yang profesional
7. Memiliki perjuangan yang suci

Ayuh semua pejuang baru dan lama, kejayaan kita ialah keupayaan melihat masa hadapan bukannya merintih dengan masa lalu. Gempur PBC G2 inilah satu saat yang kita tunggu-tunggukan selama ini. Buktikan MLMS kita mampu menggempur pasaran yang ada tanpa persaingan yang mampu menghalangnya. InsyaAllah

Tn. Hj Ismail Hj Ismail
Pengarah Urusan
HPA Industries Sdn. Bhd

Saturday, February 2, 2013

MAKLUMAN KHAS : Pensyarah PBC: G2 2013

RUJUKAN KAMI : HPA/TEKNO HPA/PBC/13-01-01
TARIKH : 31 JANUARI 2013 / 19 RABIULAWAL 1434 H

Kepada
Pensyarah PBC 2013

Tuan / Puan

KURSUS PENGHAYATAN PENSYARAH PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) 2013
Perkara di atas adalah dirujuk

Adalah dimaklumkan bahawa, Teknologi HPA akan menganjurkan kursus Penghayatan bagi semua tenaga pengajar PBC. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada bakal Pensyarah yang akan dilantik tentang selok belok pengisian dan penyampaian di dalam program yang bakal dijalankan bagi mewujudkan satu kesamaan budaya ke arah pencapaian matlamat program. Berikut dinyatakan butiran lanjut berhubung program yang akan di adakan:

Perkara : Kursus Penghayatan Pensyarah PBC 2013
Tarikh : 4 Februari 2013 (Isnin)
Masa : 9.00 am - 5.00 pm
Lokasi : Tingkat 1, Menara HPA International Centre (HPAIC)

Sehubungan dengan itu, kesemua pensyarah yang telah usulkan oleh pihak kelab diminta untuk menghadirkan diri pada tarikh yang telah dinyatakan. Kegagalan menghadirkan diri akan menyebabkan status pensyarah dilucutkan. Sila sahkan kehadiran anda ke (Pn Norasyikin Balkhis Binti Yakath Ali 019-6330727)

Keperihatinan dan kerjasama daripada pihak Tuan / Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Sekian

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

"Halal Product is Our Uphold Responsibility" TM

NORASYIKIN BALKHIS YAKATH ALI
Legal and Training Department

HPA International Centre (HPAIC)
Tingkat 10 Menara HPAIC,
Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

OFF : 03-55119717
FAKS : 03-55118717
HP : 019-6330727

EMAIL/YM/FB : norasyikin_balkhis@yahoo.com
: norasyikin.balkhis@gmail.com

BLOG : traininghpaic.blogspot.com
___________________________________________________________________________
admin: *Surat ini untuk mereka yang terlibat sahaja.

Thursday, January 31, 2013

PERHATIAN : Para Agen Stok dan Ahli

Assalamu'alaikum wrt...

Dimaklumkan bahawa bermula pada tarikh 03hb Januari 2013, produk-produk berikut adalah dibayar/beli dalam bentuk TUNAI SAHAJA.

1. FH03: Kopi V-Radix Fenomena
2. FH06: Kopi Radix Jumbo
3. FH07: Kopi Radix Papan
4. FH18: Kopi "O" Radix Papan
5. FH45: Kopi Radix Diet
6. FH49: Radix Koko (1 Kg)
7. FH57: Radix Koko (20 Sachet)
8. FH82: Radix Goat
9. FH83: Radix Mocha
10. XH05: Teh Manjakani

Diharap kepada semua Agen Stok, Ahli maklum akan hal ini.
Sekian.

PU : Memo Ke 53

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 53
31hb Januari 2013

Tahniah
Penjualan hingga hari ini menjangkau 5 juta dan dianggarkan akan mencecah hampir 6 juta menjelang 7hb. InsyaAllah

Peningkatan bonus juga akan berlaku sekali ganda kerana pada bulan yang lepas kita berjaya mensasarkan kepada 3 juta sahaja. Program pengukuhan terus dibuat agar kali ini bisnes MLMS HPA benar-benar akan menggoncangkan pasaran dalam dan luar negara. Disini saya letakkan kriteria bagi perlantikan PJS untuk penilaian kami bagi masa-masa hadapan. Semoga kebangkitan kali ini bersama keberkatan rezeki dari Allah SWT. Amiin.

TAKRIFAN PJS AKTIF :-

1. Menghadiri mesyuarat MPB
2. Mengikuti Usrah Bulanan
3. Mengikuti dan menggerakkan PBC di zon masing-masing
4. Mengikuti Program Pintar Herba yang berhampiran
5. Pembelian komitmen 300NM

AKHLAQ PJS :-

1. Menjaga Solat
2. Tidak Merokok
3. Mempertahankan HPA dalam susah dan senang
4. Memaklumkan ketidakhadiran dalam satu-satu program
5. Menerima keputusan mesyuarat
6. Menjaga pergaulan
7. Menjaga ukhuwwah sesama PJS
8. Tidak mempertikaikan keputusan pengurusan
9. Tidak terlibat dengan MLM yang lain
10. Tidak menjadi pengedar produk jenama yang lain.

Kursus Perawatan : PTB

Assalamu'alaikum wrt..

Sedikit makluman kepada mereka yang berminat untuk mendalami ilmu perawatan iaitu Kursus Pembetulan Tulang Belakang bolehlah ikut serta dalam kursus kali ini. Maklumat mengenai kursus itu adalah sepertimana dibawah:

Sila "KLIK" untuk paparan yang jelas

Untuk keterangan lanjut,sila hubungi: 07-2328575 (AMIER) @ 013-9537685(SABIL)

Terhad untuk 30 peserta terawal!
Bayaran boleh dibuat ke akaun Bank islam 01041020416155 - MUHAMMAD SABILULLAH (sila fakskan slip bank tersebut setelah selesai membuat bayaran).

Tenaga pengajar disampaikan oleh Bapak Ir. Haji Tata Saputra. Beliau merupakan salah seorang individu yang memain peranan penting dalam mengerak serta merealisasikan kaedah Perubatan JAWI. Kepada yang mengikuti Sijil Herbalis HPA, akan kenal siapakah beliau ini.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot