Pages

Tuesday, May 31, 2011

Blog Pencacai Yahudi

Info; Kepada sahabat seperjuangan dalam HPA. Disini webMaster linkkan blog yang memburuk pemimpin/leader serta Syarikat HPA. Inilah cabaran dan halangan apabila kita berada dilandasan perjuangan dalam mengatakan yang hak kepada mereka yang berada diluarsana.

Saya yakin dan pasti semua ahli, leader dan termasuklah staff, yang mereka semua ini tidak pernah memburukkan perniagaan orang lain dalam berurus niaga. Tambah pula menyebar fitnah yang mengatakan produk orang lain tidak halal... HPA tidak pernah sekali-sekali memburuk perniagaan orang lain dalam bab halal haram dalam pengeluaran produks.

Individu yang berwatakkan mulut celupar dan biadab dengan menghentam HPA dengan cara membabi buta ini boleh saya ibaratkan seperti kemucut jalanan yang terlekat di kaki seluar sahaja. Walau apa pun tohmahan, kita akan tetap meneruskan perjuangan ini.  

Macam-macam perkataan buruk yang dihembur keluar untuk memburukkan keadaan. sila layari Blog Khianat ini. Lagi artikel Aididleaks..yang memburukkan nama baik HPA.

Impian Yang Merosakkan

Artikel dari alFadhil PJS Ust. Jamaludin Jusoh alHafizd.

Sebagai seorang penaja,perasaan ingin membimbing tajaan adalah suatu perasaan yang sentiasa hidup sepanjang masa hingga klimaksnya ialah tajaan itu mampu berkendiri atau berjaya mencapai apa yang kita bayangkan kepadanya sebagai cita-cita dan impian.

Kejayaan mereka adalah suatu hadiah dari Allah buat kita,hidup mereka mula punya disiplin halal haram,penampilan hidup muslim mula berputik dalam hidup mereka selain bibit keluasan rezeki halal mula mereka kecapi..”Jika Allah memberikan petunjuk kepada seseorang melalui hasil usahamu adalah lebih baik bagimu dari unta merah (harta paling berharga buat orang arab ketika zaman nabi)”

Perasaan ingin melihat anak buah berjaya sentiasa membara di hati,sentiasa berusaha mencari jalan ke arah itu,kerana di peringkat awal downline adalah seumpama “bayi yang tiada kemampuan apa-apa selain menangis bila kelaparan dan ditinggalkan.”

Pun begitu tidaklah pulak bermakna “semuanya kita”hingga mencari tajaan,maintain nilai mata segalanya kita yang buat…itu budaya subsidi namanya.Tugas kita sebenarnya menyediakan “guide” adapun yang buatnya adalah dia,ada banyak kes kita jumpai seseorang upline melakukan segala kerja tadi demi seorang downline,ini semua memberi )2( tasawwur,pertama dia terlalu memanjakan downline (sudah tentu menyusahkan dia selamanya) kedua namanya downline PROKSI, tentu kita tidak seronok dengan mainan system ini kerana sebuah kejujuran menjadi mangsa kepada nafsu serakah inginkan bonus yang besar.Kita beli produk banyak-banyak lantas kita faraidhkan pada boneka-boneka kita itu.Mungkin ada yang seronok berbuat demikian kerana “SIAPA PUN TAKKAN TAU”

Beza MLMS kita dengan MLM orang lain secara dasar antaranya adalah ujudnya kejujuran..kejujuran itulah yang akan melahirkan ketenangan dihati sedang ketidakjujuran itu pula mendatangkan kerunsingan.

Apa gunanya berbonus besar jika siang malam hati dirundung runsing,jiwa tidak tenang,nak mengaji quran pun sering terganggu,apatah lagi ketika solat tentu tiada kekhusyukan,zikir tidak memberikan kelazatan dan pelbagai lagi bentuk-bentuk yang menjadi manifestasi dari tiadanya keberkahan dari ilahi…


Kita ingin merealisasikan sepatah kata “hidup ibadat” ertinya semua tindak tanduk kita biarlah semuanya mendatangkan pahala ibadat kepada kita,bermula bangkit dari tidur hingga kembali meletakkan kepala di malam hari..”Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku adalah semata mata untuk Allah..”

Monday, May 30, 2011

Simposium Herbalis Jawi 2011

Persatuan Herbalis Jawi Malaysia

Program : Simposium Herbalis Jawi 2011 
Tema : "Herbalis Jawi yang Dinamik, Progresif dan Berwibawa" 
Anjuran : Persatuan Herbalis Jawi Malaysia | PERJAWI 

Tempat : Dewan Kuliah, HPAic, Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor 
Tarikh : 2 Julai 2011M | 30 Rejab 1432H (Sabtu) 
Masa : 8.00 pagi - 11.00 malam 

Penyertaan :  
Semua ahli PERJAWI adalah dijemput sebagai peserta 
(Jawatankuasa diwajibkan hadir) 

Yuran : RM 110.00 (untuk Ahli Bertauliah yang sudah menjelaskan Yuran PERJAWI) 
Deposit : RM 60.00 (akan dihubungi apabila anda mengisi e-borang pendaftaran) 

* Anda akan dibekalkan dengan modul, Sijil Penyertaan, jamuan & Vess PERJAWI 
Tarikh akhir pengesahan berbayar (deposit) :  
5 Jun 2011 - Vess PERJAWI anda akan disiapkan dan diserahkan di Simposium, insyaAllah ; 
19 Jun 2011 - Vess PERJAWI tidak dijamin siap pada hari Simposium. 

Untuk Infokini : http://perjawi.my/

Friday, May 27, 2011

Erti Sebuah Perniagaan

Renungan bersama untuk para Staff, Ahli serta Leader HPA sekalian.

Bagaimanapun ingin diingatkan yang perniagaan ibarat satu peperangan yang akan dimenangi sesiapa yang benar-benar kuat. Pelbagai cara dan strategi pemasaran digunakan untuk memastikan sesebuah syarikat itu sentiasa mendahului pesaingnya.

Bagi orang Yahudi mereka akan menggunakan apa jua cara untuk memonopolikan dunia perniagaan. Mereka bekerja siang dan malam bagi memastikan perniagaan dunia ini milik mereka kerana kekuatan ekonomi yang mereka miliki menjadikan mereka terus menjadi pengganas dan perompak di dunia ini.

Kadangkala mereka meminjam kata-kata indah seperti " Jihad Ekonomi " bagi menjadikan moto perjuangan mereka di negara umat Islam dan ini tidak lebih hanya propaganda membenarkan jalan mereka. Kita sedia mengetahui bahawa apa jua juga istilah digunakan sedikit pun tidak akan mengubah hakikat sekiranya memberi sumbangan kepada Yahudi untuk membunuh umat Islam di mana sahaja.

Yang menyedihkan ialah umat Islam pula yang telah sekian lama leka dalam bidang ekonomi terus menjadi pengguna yang menyerah pada kuasa pasaran bikinan yahudi. Hari ini yahudi dan konco-konco mereka membuka supermarket seperti membuka kedai runcit, setiap bulan ada sahaja cawangan baru. Mereka akan memonopolikan dan terus menekan peniaga-peniaga kecil ke dinding.

Ada satu bentuk perniagaan yang boleh mencabar ekonomi orang Yahudi iaitu perniagaan MLM. MLM yang jujur dan mempunyai wibawa untuk menguruskan perniagaan Ummah bukan MLM yang bersifat lipstick bibir, mudah wujud dan mudah hilang.

MLM itu tidak lain dan tidak bukan ialah MLM Syariah HPA. HPA berazam menjadi pilihan dalam menyekat penguasaan ekonomi oleh rejim Zionis ini dan untuk berjaya dalam pasaran yang lebih luas, kita memerlukan sokongan umat Islam keseluruhannya.

InsyaAllah diharapkan HPA terus menjadi pilihan dan impian kita ingin melihat di setiap rumah orang Islam akan mempunyai sekurang-kurangnya satu produk HPA buka sahaja di Malaysia atau Asia Tenggara tetapi di seluruh dunia suatu hari nanti...InsyaAllah.

TEMA: "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Monday, May 23, 2011

ESP Penang

ESP Penang berlangsung pada 22hb Mei 2011 yang lalu di Dewan Kebudayaan USM. Penyertaan peserta ESP kali ini seramai 365 orang.

Untuk maklumat sila ke link;Info ESP Penang.

Saturday, May 21, 2011

ESP Kuantan

Info: ESP Kuantan berlangsung di Vistana Hotel, Kuantan Pahang pada 28hb Mei 2011 yang lalu. Web Master difahamkan, peserta ESP kali ini seramai 305 lebih kurang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila layari ESP Kuantan, Pahang

Harap maklum.

Vistana Hotel Kuantan, Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang.

Thursday, May 19, 2011

HPA Lube

HPA SYNTHETIC MAS 10W/50 SM/CI-4 & HPA ADVANCE 20W/50 SM/CI-4
HPALUBE - Minyak pelincir berprestij tinggi dengan kualiti antarabangsa kini sudah berada di pasaran. Tingkatkan prestasi enjin kenderaan anda dengan HPALUBE. Guna dan nikmatilah kehebatan minyak pelincir enjin HPA yang tersendiri, mengatasi kemampuan jenama lain di pasaran dengan Formula MAS adunan 3 dalam 1 (Metal Treatment/Addditive/Synthetic).

Kehebatan PRODUK:

1. Dikilangkan di kilang Bertaraf ISO 9001 No. sijil 601224.
2. Diklasifikasikan sebagai Minyak Pelincir No. 1 dengan Kualiti Dunia.
3. Kandungan di Import 100% dengan Formula dan Teknologi Germany.
4. Pengiktirafan United Kingdom Accreditation dan memenuhi spesifikasi ACEAA3/B3, VW500CCMC, G5/PD2/D4, API SM/CI-4 EC & SAE 10W/40 SM/CI-4, 20W/50 SM/CI14 / 
5. Disahkan dan diakui oleh Exel Trad, San Diego. 

Antara kelebihan lain;

Kekuatan enjin bertambah
Memanjangkan tempoh hayat enjin
Kuasa pecutan (pick-up)
Menyejukkan enjin
Mengelakkan geseran logam dalam enjin
Mengurangkan bunyi enjin
Memanjangkan hayat servis penukaran minyak sehingga 15,000 km (untuk Synthetic Mas).

*DIINSURANKAN RM1,000,000,00

Harga: 1. HPA SYNTHETIC MAS, RM150.00 (Runcit) RM130.00 (Ahli), 15NM.
           2. HPA ADVANCED, RM70.00 (Runcit), RM65.00 (Ahli) dgn 8NM

Jadilah pengguna bijak. Pilihan utama gunalah minyak pelincir jenama HPALUBE OIL sekarang. InsyaAllah anda akan teruja dengan kehebatan produk ini.

DAPATKAN HPALUBE DICAWANGAN UTAMA YANG BERDEKATAN DENGAN ANDA SEKARANG.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot