Pages

Thursday, January 31, 2013

PERHATIAN : Para Agen Stok dan Ahli

Assalamu'alaikum wrt...

Dimaklumkan bahawa bermula pada tarikh 03hb Januari 2013, produk-produk berikut adalah dibayar/beli dalam bentuk TUNAI SAHAJA.

1. FH03: Kopi V-Radix Fenomena
2. FH06: Kopi Radix Jumbo
3. FH07: Kopi Radix Papan
4. FH18: Kopi "O" Radix Papan
5. FH45: Kopi Radix Diet
6. FH49: Radix Koko (1 Kg)
7. FH57: Radix Koko (20 Sachet)
8. FH82: Radix Goat
9. FH83: Radix Mocha
10. XH05: Teh Manjakani

Diharap kepada semua Agen Stok, Ahli maklum akan hal ini.
Sekian.

PU : Memo Ke 53

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 53
31hb Januari 2013

Tahniah
Penjualan hingga hari ini menjangkau 5 juta dan dianggarkan akan mencecah hampir 6 juta menjelang 7hb. InsyaAllah

Peningkatan bonus juga akan berlaku sekali ganda kerana pada bulan yang lepas kita berjaya mensasarkan kepada 3 juta sahaja. Program pengukuhan terus dibuat agar kali ini bisnes MLMS HPA benar-benar akan menggoncangkan pasaran dalam dan luar negara. Disini saya letakkan kriteria bagi perlantikan PJS untuk penilaian kami bagi masa-masa hadapan. Semoga kebangkitan kali ini bersama keberkatan rezeki dari Allah SWT. Amiin.

TAKRIFAN PJS AKTIF :-

1. Menghadiri mesyuarat MPB
2. Mengikuti Usrah Bulanan
3. Mengikuti dan menggerakkan PBC di zon masing-masing
4. Mengikuti Program Pintar Herba yang berhampiran
5. Pembelian komitmen 300NM

AKHLAQ PJS :-

1. Menjaga Solat
2. Tidak Merokok
3. Mempertahankan HPA dalam susah dan senang
4. Memaklumkan ketidakhadiran dalam satu-satu program
5. Menerima keputusan mesyuarat
6. Menjaga pergaulan
7. Menjaga ukhuwwah sesama PJS
8. Tidak mempertikaikan keputusan pengurusan
9. Tidak terlibat dengan MLM yang lain
10. Tidak menjadi pengedar produk jenama yang lain.

Kursus Perawatan : PTB

Assalamu'alaikum wrt..

Sedikit makluman kepada mereka yang berminat untuk mendalami ilmu perawatan iaitu Kursus Pembetulan Tulang Belakang bolehlah ikut serta dalam kursus kali ini. Maklumat mengenai kursus itu adalah sepertimana dibawah:

Sila "KLIK" untuk paparan yang jelas

Untuk keterangan lanjut,sila hubungi: 07-2328575 (AMIER) @ 013-9537685(SABIL)

Terhad untuk 30 peserta terawal!
Bayaran boleh dibuat ke akaun Bank islam 01041020416155 - MUHAMMAD SABILULLAH (sila fakskan slip bank tersebut setelah selesai membuat bayaran).

Tenaga pengajar disampaikan oleh Bapak Ir. Haji Tata Saputra. Beliau merupakan salah seorang individu yang memain peranan penting dalam mengerak serta merealisasikan kaedah Perubatan JAWI. Kepada yang mengikuti Sijil Herbalis HPA, akan kenal siapakah beliau ini.

Wednesday, January 30, 2013

USRAH BERSAMA PENGARAH URUSAN

RUJUKAN KAMI : HPA/HPAIC/USRAH/13-01-01
TARIKH : 29 JANUARI 2013 / 17 RABIULAWAL 1434 H

Kepada
Semua PJS

Tuan / Puan

USRAH BERSAMA PENGARAH URUSAN
Adalah dimaklumkan bahawa, Usrah bersama Yang Berbahagia Tuan Pengarah Urusan akan diadakan di setiap zon seperti berikut :

Perkara : Usrah Zon Tengah dan Selatan
Tarikh : 2 Februari 2013
Tempat : Tingkat 1, Menara HPA International Centre
Masa : 07.00 pm
Kehadiran : Wajib kepada semua PJS Zon Tengah dan Zon Selatan

Perkara : Usrah Zon Utara
Tarikh : 17 Februari 2013
Tempat : *Utara (Lokasi di tentukan oleh pihak Kelab)
Masa : 07.00 pm
Kehadiran : Wajib kepada semua PJS Zon Utara

Perkara : *Usrah Zon Timur
Tarikh : 28 Februari 2013
Tempat : Dewan HPA Cawangan Pasir Pekan, Kelantan.
Masa : 07.00 pm
Kehadiran : Wajib kepada semua PJS Zon Timur

Agenda:
Solat Maghrib Berjemaah
Bacaan Yassin dan Zikir
Solat Isya' Berjemaah
Makan Malam
Usrah

Sehubungan dengan itu, semua PJS diwajibkan untuk hadir pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Keperihatinan dan kerjasama daripada pihak Tuan / Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Sekian

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

PU : Memo Ke 52

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 52
28hb Januari 2013

ISU TUKAR PENAJA

Saya menerima email dari PJS Cikgu Sani menyatakan sokongan terhadap keputusan MPB terhadap penajaan semula kepada mereka yang tidak aktif. Cadangan utnuk menerima semua leader yang lari meninggalkan HPA satu gambaran menandakan kebersihan hati para leader HPA yang masih ada. Syukur..

Saya meraikan cadangan ini dengan syarat yang sangat mudah untuk mereka lakukan iaitu mohon di emailkan kepada saya permohonan untuk bersama HPA semula.

Hidup berdendam bukan jalan kita tetapi menyatukan semua leader bagi kebangkitan ke 2 sesuatu yang perlu diutamakan. Pada bulan Februari 2013. HPA akan membuka seluas-luasnya pulangnya semua pemimpin ke HPA.

Mudah-mudahan Allah memaafkan semua dosa-dosa kita. Amin

Thursday, January 24, 2013

Tawaran Untuk Menjadi Agen Stok



Syarat terkini untuk menjadi Agen Stok Online baru telah dibuka dengan hanya modal awal sebanyak RM 2,500.00 sahaja. Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke bawah pula, syarat modal awal hanya sebanyak RM 2,000.00 Sahaja.

Diharap kepada semua ahli maupun pengguna diminta hebahkan kepada umum mengenai perkara di atas.

Sekian.

Wednesday, January 23, 2013

PU : Memo ke 51

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 51
21hb Januari 2013

Program Pintar Herba ke 13 telah berlalu semalam dengan peserta seramai 70 orang. Selain dari mempelajari falsafah perubatan herba PH13 juga membincangkan tentang 5 produk MLM HPA iaitu:-

1. Minuman Botani Pegaga
2. Kopi V-RADIX Fenomena
3. Puraria Baru
4. Sireh Plus
5. Madulia

Dari PH13, seramai 40 orang dijangka akan dihadirkan dalam program PBC hujung bulan nanti, InsyaAllah. Ini memberikan gambaran awal, target 200 orang peserta PBC kali ke-2 boleh dicapai. Kopi V-RADIX Fenomena benar-benar menjadi fenomena kerana majoriti peserta PH 13 mengakui bahawa mereka yang mengambilnya kali pertama akan datang membeli kali kedua.

Ada 2 strategi pemujukan sales telah diajar di dalam PH 13 kali ini, dimana jika peserta menggunakan strategi ini, insyaAllah Kopi V-RADIX akan menjadi produk terlaris dan unggul di negara ini.

Diharap bahawa semua PJSyang dilantik akan menggerakkan PBC dengan penuh jayanya disamping berkorban untuk hadir ke PBC kali kedua di HPAIC hujung minggu ini. Selepas program PBC, pada malamnya pula akan diadakan mesyuarat MPB ditempat yang sama. Hari ini saya ingin mengumunkan bahawa semua PJS dilantik serentak menjadi ahli MPB. Tahniah!

Pangkat itu amanah untuk dipikul bukannya untuk bermegah-megah. Pikul amanah untuk mengangkat martabat agama dan produk HALAL di mata dunia memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Agenda hidup kita ialah menjadikan bisnes ini sebagai ladang amal untuk akhirat.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot