Pages

Saturday, April 30, 2011

ESP Kedah

ESP Kedah berlangsung pada 30hb April 2011 bertempat Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah. Untuk maklumat seterusnya sila ke Info ESP Kedah

ESP - REAL BUSINESS

ESP - Real Business
(Ekslusif sehari bersama Pengarah Urusan)

Tinta Pengarah

Program ESP akan menjadi bisnes kita dalam HPA lebih mantap dan terarah tujuannya. Sebenarnya kita terlalu didorong oleh sebuah perasaan ingin berjaya sehinggakan kita lupa untuk melihat tapak mana untuk berpijak. Program ini mengenengahkan beberapa kelebihan HPA serta strategi untuk menang di dalam bisnes.

Ramai usahawan yang muncul hasil dari tolakan bukan dari sebuah perancangan sehingga apabila kuasa tolakan tersebut kian lemah mereka juga menjadi terkapai-kapai. Mereka tidak pernah menempuh saat lelah oleh sebab itu mereka cepat menjadi putus asa. Perniagaan bersama HPA merupakan sebuah sekolah tidak formal tetapi sangat efektif untuk membentuk karektor seorang bisnesman. Di sini kita mempunyai pelbagai sudut perlatihan yang tidak pernah habis di samping itu juga memerlukan modal yang besar untuk berjaya.

Program ESP - Real Business dikendalikan oleh saya sendiri beserta dengan para leader yang siap sedia untuk mengerakkan pasaran. Kita tidak pernah fikir kebelakang tetapi sentiasa mengarahkan tujuan untuk sebuah pencapaian. Plan tindakan hanya bersifat sederhana tetapi akan memberikan impak yang besar pada jualan. Ramai orang yang mahu berniaga tetapi ramai orang yang tidak mahu belajar cara berniaga.

Kepada peserta yang menghadiri program ESP - Real Business jangan terperanjat jika mendapati apa yang dicari selama ini kini ditemui. Perniagaan bukan profit dan lost tetapi perniagaan ialah keuntungan dan terus untung. Sekiranya anda tidak berjaya di masa lalu belum tentu anda akan gagal lagi di hari ini. Bagaimana..?

Bersedialah untuk berjaya jika anda masih hidup dan manyakini rezeki itu dicari bukannya mengharap untuk diberi. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang selagi ia sendiri tidak mahu mengubahnya. Ketahuilah langit juga tidak pernah menurunkan hujan emas. Bertemu untuk kejayaan. InsyaAllah.

Thursday, April 28, 2011

ESP Terengganu


Adalah dimaklumkan bahawa ESP yang bakal diadakan pada 07hb Mei 2011 di Kuala Terengganu nanti berlangsung di Dewan Besar Terengganu Equestrian Resort (TER). PT 1969 Mukim Kuala Ibai, Jalan Sultan Mahmood, 20400 Kuala Ibai, Terengganu Darul Iman.

Sekian.

Tempoh Belian Bulan April 2011

Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat akan melanjutkan tempoh maintain pembelian bagi bulan April 2011 sehingga 7 Mei 2011.

Wednesday, April 20, 2011

ESP Kelantan

Pada 23hb April 2011 program ESP bagi peringkat negeri Kelantan sudah melabuhkan tirainya. Program ESP kali ini sungguh meriah sekali dengan jumlah kehadiran peserta sampai mencecah 514 orang. Jumlah kehadiran ini sudah cukup untuk memberi gambaran jelas yang mana semua ahli Hpa di negeri ini secara khusus dan zon timur amnya sudah bersedia untuk gempur dan mempertahankan perniagaan ini.

Kelab Pemimpin Timur mengucapkan syabas dan tahniah kepada AGM Zon Timur En. Ismail Omar dan team ESP Kelantan kerana bertungkus lumus menjayakannya dari pagi hingga ke malam hari untuk menyempurnakan program berprestij ini.



Lagi gambar ESP Kelantan

Tuesday, April 19, 2011

ESP Ke - 2.

ESP-Real Business kali ke-2 ini diadakan pada 17hb April 2011 disebuah hotel terkemuka di bandar Kangar - Putra Palace Hotel. Kehadiran peserta sangat membanggakan iaitu seramai 270 orang.

Disini admin paparkan suasana sekitar berlangsungnya ESP : 

PASAR ESP


PROGRAM DEWAN

Monday, April 18, 2011

Salam Takziah

Assalamu'alaikum..

Salam perjuangan kepada ahli, pengedar dan staff Hpa. Marilah kita sama mengucapkan takziah serta menghadiahkan al-Fatihah kepada ayahanda En. Fatah(JAD ZON TIMUR) yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah sekitar jam 6.00 petang tadi. al Fatihah.

Saturday, April 16, 2011

Ziarah Muhibbah webMaster Bersama Doty 2010



Ziarah ini dilakukan ke Kilang GMP Jejawi dan kilang Radix Kuala Perlis sahaja. Kepada ahli Hpa yang belum lagi membuat lawatan ke kilang-kilang Hpa, boleh berbuat demikian melalui leader/PJS untuk kesana.

Friday, April 15, 2011

KPJ KHAS - ESP

Makluman : KPJ pada malam ESP di buka kepada semua ahli HPA ( 8.00 Malam – 11.00 Malam)

Nota: Pengidap penyakit jantung dilarang mengikuti ESP.

PJS yang tidak hadir ke Majlis Akujanji PJS di HPAic pada sesi lalu. Boleh berbuat demikian dengan hadir ke ESP di Putra Palace, Perlis. Untuk mengelakkan bonus PJS saudara/i di sekat..

17hb April 2011 : Putra Palace, Kangar Perlis,
23hb April 2011 : New Pasific Hotel, Kota Bharu.
30hb April 2011 : Kelab Cinta Sayang Sungai Petani, Kedah.
02hb May 2011 : De Palma Ampang, Selangor.
07hb May 2011 : Permai Inn, Kuala Terengganu
14hb May 2011 : Heritage Hotel, Ipoh Perak
21hb May 2011 : Naza Hotel, Penang
( Esklusif Sehari Bersama Pengarah Urusan ) Pada tarikh seperti diatas di semua ZON HPA.

Moto – " Kecukupan Produk Halal Di Pasaran Tanggungjawab Bersama ".

Thursday, April 14, 2011

1. Jualan produk dengan harga murah 2. Pemalsuan invois 3. Isu memacing rangkaian orang lain.

KEPUTUSAN BADAN SYARIAH HPA
Bagi kes-kes berikut;

1. Jualan produk dengan harga murah 2. Pemalsuan invois 3. Isu memancing rangkaian orang lain.

Keputusan ini dikeluarkan atas permintaan mesyuarat PJS (29 April 2010). Setelah menimbang dengan saksama dan dengan merujuk kepada garis panduan yang diputuskan oleh Panel Syari’ah HPA, maka dengan ini Badan Syariah HPA memutuskan seperti berikut;

Kes Pertama; Penjualan produk dengan harga lebih murah dari harga yang ditetapkan Syarikat.

Panel Syariah berpandangan, amalan tersebut adalah menyalahi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat dan berdasarkan prinsip al-Ju’alah pihak Syarikat berhak untuk membatalkan bonus jika dibuktikan pihak terbabit melanggari mana-mana syarat yang dipersetujui kedua belah pihak.

Apatah lagi syarat tersebut bertujuan melindungi kepentingan semua pengedar, maka atas kaedah Saddan Liz-Zari’ah, maka pihak Syarikat berhak mengambil langkah awal bagi mengelak berleluasa gejala tersebut di masa hadapan.

Kes Kedua; Pemalsuan invois.

Berdasarkan pengaduan pegawai AWM, ada pihak yang telah mengisu invois tanpa stok fizikal. Maka Badan Syariah berpandangan; perbuatan ini jelas suatu penipuan yang besar dosanya yang dilarang oleh Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadisnya (bermaksud); “Sesiapa menipu kami, maka ia bukan dari kami”. Akibat dari perbuatan seperti ini, pihak Syarikat terpaksa menanggung kerugian kerana bonus diberi tanpa kerja. Maka dari sudut tindakan, pihak Syarikat berhak mengenakan apa-apa tindakan yang berpatutan.

Kes Ketiga; Isu memancing rangkaian orang lain.

Bagi kes ketiga, pihak Badan Syariah mendapati perbuatan tersebut menyalahi adab dan etika pengedar yang tetapkan oleh Syarikat antaranya yang dapat difahami dari sabda Nabi “Janganlah seseorang dari kamu menjual atas jualan saudaranya, dan janganlah ia meminang atas pinangan saudaranya” (HR al-Bukhari dari Abu Hurairah r.a.). Oleh itu, Badan Syariah mengesyorkan kepada syarikat supaya mengkaji punca berlaku perkara tersebut dan mengambil langkah-langkah perlu antaranya menghidup usrah di kalangan leader.

Wallahu a’lam bis-shawab.

(USTAZ AHMAD BIN ALI)Pengerusi Badan Syari’ah HPA.

Wednesday, April 13, 2011

Cara Order Barang Cepat

Buat belian terus dari Gudang Induk HPA untuk Agen Stok.

Agen stok HPA boleh membuat belian produk HPA Industries Sdn Bhd secara terus ke Gudang Induk HPA di Tunjang. MINIMA RM3000.00. Dapatkan nombor akaun Al Wahida Marketing Sdn Bhd (AWM) di cawangan HPA terdekat. Insyallah jangka seminggu produk akan dihantar.

Tuesday, April 12, 2011

Dividen KoWahida dijangka 10% untuk 2010

Salam pada seluruh anggota Ko Wahida HPA
Insyallah Kowahida dijangka mengistiharkan dividen sejumlah 10% kepada para pelabur untuk tahun 2010. Pembayaran dividen akan dilakukan setelah selesai Mesyuarat agung tahunan yang dijangkan berlangsung pada bulan Jun ini.
 
Sekian. Wasallam

Minyak Kelapa Dara


Jom mari mengenali produk kita.

Apa itu Virgin Coconut Oil (VCO) atau Minyak Kelapa Dara.?

Minyak Kelapa Dara, ekstrak daripada kelapa segar, jernih serta mempunyai rasa dan aroma kelapa yang unik. Minyak Kelapa Dara premium ini dihasilkan daripada kelapa segar melalui teknik "Cold Pressed" untuk mengekalkan rasa yang enak dan aroma yang unik.

Minyak Kelapa Dara bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
Apakah kegunaan Minyak Kelapa Dara;

Gunakan untuk memasak, campurkan dalam makanan dan minuman, sapukan sebagai losyen, sesuai dijadikan makanan tambahan dan gunakan sebagai ubat.

Siapa yang perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara ?

Minyak Kelapa Dara sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur.

Kata Pakar;
"Minyak Kelapa Dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia".
- Dr. Bruce Fife -

200++ Kegunaan Minyak Kelapa Dara dalam Perubatan :

1. Masalah berkaitan KULIT & KEPALA;

Gatal Kulit/kulit kepala, Ruam, Luka, Lebam, Kulit Berkedut/Merekah, Jerawat, Ekzema, Kulit Melecuh, Kulit Terbakar, Kelemumur, Rambut Gugur dan Kutu.

2. Maslah berkaitan MULUT;

Bibir Merekah, Masalah Gusi, Kaviti, Sakit Gigi, Nafas Berbau dan Sakit Tekak.

3. Masalah berkaitan THYROID;

Seperti masalah Obesiti, Kaki & Tangan Berpeluh, Sakit Kepala, Migraine, Stress, Hilang Konsentrasi, Lemah Tenaga Batin, Sembelit, Susah tidur malam, Alahan pada makanan, Kuku tidak sihat dan Masalah sakit sendi.

4. Masalah berkaitan BAKTERIA;

Telinga bernanah, Sinus, Resdung, Gatal-gatal, di alat Sulit, Meningitis, Gastrik, Ulser, Keracunan makanan.

5. Masalah berkaitan dengan VIRUS & KUMAN;

Selsema/Demam, Hepatitis C, AIDS dan SARS.

6. Masalah berkaitan dengan KULIT & PARASIT;

Seperti Cacing, Ulat air, Ruam lampin, Giardiasis, Tapeworms dan Pinworms.

7. Masalah yang berkaitan dengan KANSER;

Kanser Kolon, Kanser Payu Dara, Kanser Kulit, Kanser hati dan Ketumbuhan.

Lain-lain masalah seperti Asthma(lelah), Kencing manis, Tekanan Darah Tinggi atau Rendah, Alzheimer, Bronchitis, Cysts, Batuk, Sakit kuning(jaundice), Batu Karang, Kudis Buta, Ulser perut, Parkinson, Kanser Prostat, Buah Pinggang, Kurang Zat Makanan, Merendahkan Kolestrol, Mengurangkan Berat Badan dengan meningkatkan Kadar Metabolisma dan Sistem Imunisasi Badan.

Sumber Rujukan;
1. The Truth About Coconut Oil - Dr. Conrado S Dayrit, Md
2. The Healing Miracles Of Coconut Oil - Dr. Bruce Fife, Nd
3. Coconut Cures - Dr. Bruce Fife, Nd

Monday, April 11, 2011

Tiket ESP - Real Business

Ayuh daftarlah sekarang.

ESP - MITC, Melaka



Suasana ESP yang berlangsung pada 09hb April 2011 yang lepas.

Wednesday, April 6, 2011

Etika Kepada Peserta ESP

Assalamu'alaikum kepada semua ahli/leader HPA diperingkat Zon Timur semoga anda semua berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan sejahtera hendaknya. InsyaAllah.

Untuk makluman kepada semua yang ingin mengikuti Program ESP yang bakal berlangsung pada 23hb April 2011 bertempat New Pacific Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Pihak pimpinan KPT telah mengariskan kod etika pemakaian yang perlu dipatuhi sepertimana berikut;

1. Peserta Lelaki: Blazer atau Jaket berwarna hitam beserta kasut bertutup.

2. Peserta Perempuan: Baju kurung , bertudung, Blazer/jaket hitam beserta kasut bertutup.

3. Pakaian hendaklah kemas dan menutup aurat serta dilarang sama sekali membawa kanak-kanak umur bawah 18 tahun.

Sekian, Harap Maklum. 

Mengapa Ginseng Menjadi Terkenal..?

Info dari Jawiherbshop.
 
Apabila kita menyatakan tentang ginseng, ada beberapa buah negara yang menjadi pengeluar utamanya iaitu Korea, China dan Amerika. Ginseng sebenarnya telah diamalkan sejak ribuan tahun lagi dan kini telah dikeluarkan dalam pelbagai bentuk produk harian. Persoalanya kenapa Ginseng menjadi terkenal?

Selain daripada liputan luas dan promosi tentang khasiat ginseng dipasaran antarabangsa, masih terdapat satu kekuatan sebenar iaitu ginseng adalah herba yang sangat baik untuk kesihatan. Jika anda mengunjungi negara seperti China dan Korea, mereka akan menyambut tetamu dengan minuman ginseng. Bagi mereka ini merupakan adat turun temurun yang menjadi amalan bangsa mereka.
 
Bagitu juga di Malaysia, satu perubahan yang besar sedang berlaku dalam pasaran masakini. Samada ia disedari atau tidak, kopi radix mula menjadi produk pilihan pengguna di kota maupun desa. Melalui survey yang telah dilakukan hampir 80% penduduk negara ini mengenali kopi Radix. 
 
Bagi peniaga produk HPA pula menunjukkan 100% meminum kopi Radix dan meninggalkan minuman yang lain dirumah. Jika kita bertanya pada kelompok kajian ini kenapa mereka menjadikan kopi radix sudah menjadi minuman harian mereka. Jawapan yang diterima kerana khasiatnya yang benar-benar dapat dirasai. Selain daripada rasanya yang unik. Jawapan ini sama dengan jawapan yang diberikan oleh penduduk di korea dan China tentang ginseng.

Oleh sebab itu saya berkeyakinan bahawa pengguna dan pengemar kopi Radix akan semakin bertambah dari hari kehari dan akan menjadi minuman paling popular di Malaysia dan dunia setanding dengan ginseng atau mungkin lebih daripada itu di suatu hari nanti. InsyaAllah...
 
Tahniah kepada semua ahli dan pengedar HPA yang berjuang memperkenalkan kopi ini sebagai satu pilihan utama.

HPA Di World Halal Forum 2011

Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia telah berkunjung booth HPA sempena World Halal Forum. Serta telah sudi mempromosikan Mocha Radix.

Sof Panel Syariah HPA

 
SS Datuk Mufti Pulau Pinang dilantik sebagai Penasihat 

Panel Syariah HPA

1. SS DATUK HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD, Mufti Pulau Pinang; Penasihat Panel.
2. AF USTAZ AHMAD BIN ALI (M.A. USUL FIQH, Universiti al-Azhar. Bekas Pensyarah di UM, UIA dan Universiti Islam Brunei); Pengerusi Panel.
3. AF USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL (B.A. SYARI’AH AL-AZHAR, Dip. Dirasat Ulya (PRA M.A.) INSANIAH- ALAZHAR, Pengurus Besar HPA); Setiausaha Panel.
4. AF USTAZ HASHIM BIN JASIN (B.A PENGAJIAN ISLAM,Universiti Baghdad)
5. YBHG DR. MOHD NASIR HJ HAMID (PHD PENGAJIAN ISLAM UKM, Pensyarah UITM Arau)
6. AF USTAZ BASRI ABDUL GHANI (M.A. EKONOMI ISLAM U.M., Pensyarah Ekonomi Islam UITM Arau)
5. AF USTAZ MOHD NIZHO ABDUL RAHMAN (B.A. AL-AZHAR, M.A. AL-QURAN DAN SUNNAH UKM., Pensyarah UUM Sintok)
6. AF USTAZ KHADAFI HJ ROFIE (B.A. AL-AZHAR, M.A. HADIS UKM, Pensyarah UUM Sintok)
7. YBHG PROF. MADYA DR. ISHAK SULAIMAN (PHD HADITH DAN MUAMALAH, University of Wales U.K, Pensyarah U.M.)
8. AF USTAZ HASAN ZAID RAMLI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS)
9. AF USTAZ HASBULLAH ALI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS)
10. AF USTAZ YA ALI BIN DAHAMAN @ ABDUL RAHMAN, BA Al-Quran dan As-Sunnah (UKM), MA Perundangan Islam (UM), Bekas Pensyarah UiTM
11. AF USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN AL HAFIZ, Diploma Tahfiz Al Quran.

Makluman Penting JUS Siri 2

Assalamu'alaikum,
Makluman kepada sahabat, Program Jejak Usahawan Setia(JUS) Siri 2 terpaksa ditangguh kepada tarikh lain buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. kesulitan amat dikesali.

Sekian.

Tuesday, April 5, 2011

PROGRAM JEJAK USAHAWAN SETIA (JUS) Siri 2

Program Jejak Usahawan Setia (JUS) Siri 2

Tarikh   : 09hb April 2011(sabtu)
Tempat : Dewan RFC Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.
Bayaran : RM 25 seorang (maklumat,makan minum)
Motivator : PJM/PJS SYED AGEEL 
Anjuran Komiti Kota Bharu.

Daftarlah sekarang.
80 ORANG PESERTA TERAWAL SHJ. CEPAT, TEMPAT ADALAH TERHAD!
Makluman; Kepada sahabat yang berada diluar sana yang sudah masuk JUS Siri 1 dahulu akan diberi diskaun 10%.

Daftar/Pertanyaan sila hubungi;
PJM/PJS Ust. Ramizu-0199879843/PJ Ust. Hazmi-0199516069

Monday, April 4, 2011

Pendaftaran Program ESP

Contoh borang pendaftaran ESP.

Borang ini boleh didapati di cawangan Hpa terpilih/sila DOWNLOAD borang di sebelah dan print seterusnya hantar borang berkenaan beserta bayaran RM100 di cawangan Hpa.

Jumlah penerimaan peserta adalah terhad. Hanya  250 orang yang membuat bayaran terawal sahaja yang diterima. 

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Latihan & Promosi Zon Timur; 014-8463283 (Mohd Khairul Anuar Ismail).

Sunday, April 3, 2011

Perkongsian Bijak Cemerlang April 2011

Makluman kepada semua ahli/leader Kelab Pemimpin Timur.
Tarikh PBC bagi peringkat Komuniti PJS Zon Timur adalah sepertimana berikut;

1. Tarikh : 09-10hb April 2011
    Tempat : Ekademi Latihan Felda (ALAF) Bukit Goh, Kuantan Pahang.
    Bayaran : RM150
Sebarang pertanyaan sila hubungi Presiden Komuniti Pahang; 019-9102655 - PJS En. Jaafar.

2. SUPER PBC
    Tarikh : 29-30hb April 2011
    Tempat : Permai Inn Hotel, Kuala Terengganu.
    Bayaran : RM 150
Sebarang pertanyaan sila hubungi; 019-9156365 - PJS Ust. Jamaluddin al Hafidz

3. Tarikh : 29-30hb April 2011
    Tempat : Rumbia Resort, Paka Terengganu.
    Bayaran : RM160
Sebarang pertanyaan sila hubungi; PJI En. Mohd Ghani - 019 9364981/
PJ Cikgu Zam - 019 9368723. Email: dradix.hpa@gmail.com


4. Tarikh : 29-30hb April 2011
    Tempat : Raudah Hotel, Kota Bharu Kelantan.
    Bayaran : RM150
Sebarang pertanyaan sila hubungi; PJE En. Mohd Nawi - 0199387948/
PJ Azizah - 013 9272778.

Mocha Radix

Rasailah kelazatan produk Killer terbaru HPA Industries Sdn. Bhd ini. Rasanya cukup-cukup ummmm... Rugi rasanya kepada pengedar yang berada diluar sana yang tidak mencubanya lagi. Mai Secawan!

Info Kepada Peserta ESP

Makluman:
Kepada peserta ESP yang masih pengedar biasa (berpangkat PB dan bukan wakil) akan di berikan status PLX 20% sekiranya mematuhi program ESP sepenuhnya dan melakukan pembelian 150NM di pasar ESP pada hari tersebut. Sila sebarkan...

Dari GM AWM

Berita ESP

Berita baik: Pada hari ESP dilangsungkan, PASAR ESP akan di adakan merangkumi JHS, HPA Colletion, Kedai Buku HPA, Melaka Halal Hub, serta penjualan Produk-produk Khas
1. Kopi Radix
2. Kopi Diet
3. Koko Radix
4. Mocha Radix
5. Radix Goat
Oleh itu disarankan para Agen Stok HPA menjadi peserta ESP untuk mendapatkan produk-produk utama HPA seperti diatas. Kerana Produk KHAS hanya boleh dibeli oleh peserta ESP sahaja.
2. Pemohon baru Agen Stok, dengan mengikuti Kursus ESP akan melayakkan menjadi Agen Stok HPA. Tidak perlu lagi mengikuti program khas agen stok dengan Pengarah Urusan dan Panel Syariah seperti sebelum ini.
Jadual program ESP boleh dirujuk …di cawangan yang berdekatan. atau rujuk: http://pjszon-timur.blogspot.com

Mini KONVEK 2011 Peringkat Zon Timur

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot