Info KHABAR
Jawapan Pengarah Urusan HPA
Sesuatu bisnes itu pasti ada naik dan turun seperti gelombang. Kita sangat kecewa sebahagian besar umat melayu Islam yang berniaga tapi mereka terlalu cepat untuk melihat atau membuat andaian terhadap naik turun sesuatu perniagaan.
Pengeluar kereta kebangsaan Amerika Chrysler Corparation juga pernah mengalami kerugian cukup besar tetapi bangun semula sampai hari ini kekal bisnes mereka. Dalam bisnes ada faktor-faktor atau angkubah-angkubah yang menentukan keharmonian sesuatu bisnes.
Kecekapan pengurusan membuat Business Process Reengineering(BPR) untuk melakukan strategi-strategi tertentu pada saat-saat tertentu. HPA sedang melakukan down sizing dengan membuat pengecilan kos operasi bagi perniagaan-perniaagaan ranting dan fokuskan perniagaan induk.
Dengan melakukan down sizing, ada bangunan atau cawangan digabungkan dari dua menjadi sebuah cawangan yang mungkin lebih besar tapi dalam jumlah yang kecil. Oleh yang demikian ianya dapat mempercekapkan pengurusan dan mencukupkan stok untuk ahli.
Cawangan-cawangan yang dikemaskini dikenali sebagai Cawangan Utama. HPA meletakkan sasaran seluruh Malaysia hanya 25 cawangan utama sahaja dengan target penjualan satu cawangan mencecah RM1 juta sebulan. 25 cawangan akan mencapai RM25 juta sebulan.
Ini adalah strategi pengukuhan HPA di dalam proses BPR iaitu memperbanyakkan dan mempercukupkan produk dan skala bisnes yang lebih besar akan dapat dicapai. Di cawangan utama ini dilengkapkan dengan bilik latihan dan juga modul untuk 30 bengkel dagi 3 tahun sepertimana dirancangkan.
0 comments:
Post a Comment