Pages

Sunday, November 27, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433H

Salam Ma'al Hijrah 1433H dari Sof Pimpinan Sekretariat ESP KPT kepada semua warga HPA Industries Sdn. Bhd dimana berada. Semoga tahun-tahun yang mendatang lebih baik dari sebelumnya, tidak kira dalam apa jua aktiviti kehidupan seharian. 
InsyaAllah kita semua dirahmati oleh Allah. Amiin!

Thursday, November 24, 2011

Info Penting: PKLP Terengganu


Penangguhan Perlaksanaan Program

Untuk makluman kepada semua.
Disebabkan oleh keadaan banjir dibahagian Zon Timur semakin buruk, Program TOT dan PKLP di Terengganu yang dijadualkan 26hb Nov 2011 ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Segala kesulitan yang berlaku kami mohon kema'afan.
Sekian, harap maklum.

s/k: AGM Zon

Wednesday, November 23, 2011

Agen Stok : Penghantaran Laporan

PERHATIAN !!!
Kepada semua Agen Stok Seluruh Malaysia.
Tuan/Puan diminta untuk menghantar “Laporan Agen Stok ” bagi jualan bulan November 2011 ke Ibupejabat (HQ HPA) sebelum atau pada tarikh 5hb Disember 2011. Sekiranya kelewatan , laporan tuan/puan akan diproses pada bulan berikutnya. 
 
Sekian Harap Maklum. Terima Kasih.

Tuesday, November 22, 2011

KoWahida: Pembayaran Dividen.

Hasil daripada Mesyuarat ALK bersama Pengarah Urusan 1 HPA Industries Sdn. Bhd, pembayaran dividen bagi tahun 2010 untuk anggota yang belum menerima akan dibuat selewat-lewatnya pada 30hb November 2011.

Oleh yang demikian, pihak KoWahida memohon maaf diatas segala kesulitan yang timbul. Harap maklum.


Sunday, November 20, 2011

Saturday, November 19, 2011

Broucher Modul Pengajian

Sila KLIK image untuk paparan jelas

Sijil Herbalis Ke - 21 HPAic


Kepada mana-mana mereka yang berminat sila berhubung dengan segera kepada pihak yang berwajib.
Harap maklum.

Friday, November 18, 2011

Lantikan PJS: Yang Tidak Hadir Akujanji PJS.

 
Dilampirkan senarai nama PJS dan Pelapis PJS yang tidak dapat hadir ( bersebab ) pada program Akurjanji PJS pada 30 Nov 2011 di HPAic yang lalu.
Tuan/puan diminta untuk mengemukakan dokumen-dokumen tersebut sebelum perjumpaan dengan wakil Panel Syariah di ibupejabat HPA di Jejawi , Perlis :
Langkah Pertama .
  1. Surat permohonan PJS ( hendaklah dibuat oleh pemohon ).  
  2. Surat Pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah.
  3. Tugas dan Etika ( PJS ) yang dilampirkan , hendaklah dibawa dan dibaca serta dicop dihadapan Pesuruhjaya Sumpah .
Semua dokumen diatas hendaklah dihantar terus atau diposkan ke alamat seperti berikut :
PEJABAT AL WAHIDA MARKETING SDN.BHD.
No 311, Tingkat 1, Taman Pengkalan Asam,
Jalan Kangar-Alor Setar,
01000,Kangar
Perlis, Malaysia.
Tel/Sms : +60 04-9774716
Fax : +60 04-9775270
Email : wahida@hpa.com.my
 
Sekiranya semua dokumen telah lengkap , pihak syarikat akan menjemput Tuan/Puan untuk hadir ke ibupejabat HPA untuk bertemu dengan wakil Panel Syariah.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai yang bertugas dibawah :
  1. Mohd Yushairi Mohamed Yusof 019-596 9870/ 04 977 6806 dialamat email : hairyputra@gmail.com
  2. Mohd Arif Fazdhilah Abu Bakar 017-677 7937 / 04 977 4716 dialamat email: arif_fazd06@yahoo.com

Harga Promosi Jawi Filter

Berikut adalah HARGA PROMOSI BAGI PRODUK AH08 Jawi Water Filter di HPAic sahaja.

Sebelum Promosi:
Selepas Promosi:

Untuk makluman tuan/puan nilai mata bagi produk tersebut adalah KEKAL.

PKLP Terengganu

Thursday, November 17, 2011

PKLP Musim Ke-2 Terengganu

Untuk PKLP Terengganu akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh   : 26hb November 2011(sabtu)
Tempat : Dewan Pusat Latihan Telekom, Rusila
              Marang Terengganu.
Masa     : 8.00 am - 5.30 pm.

PERHATIAN!!!
PROKSI (menggantikan nama peserta) tidak dibenarkan sama sekali.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran peserta, boleh menghubungi terus Cawangan yang berdekatan, Pegawai Pusat Latihan Zon Timur En. Khairul Anuar: 014-8463283 @ PJS Siti Abidah Abd. Rahman; 013-9842677(SMS Nama Penuh dan No. I/C)

Kerjasama oleh semua ahli maupun leader sangat-sangat diharap bagi melicinkan lagi program yang bakal diadakan ini.

Sekian, harap maklum. 

Wednesday, November 16, 2011

Jawatan Kosong

Eksekutif Pemasaran Negara China

Anda dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan bagi Eksekutif Pemasaran (Negara China). Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Mempunya pengalaman kerja dalam bidang pemasaran
  • berumur antara 35 hingga 45 tahun.
  • Sanggup ditugaskan diluar negara (China)
  • Boleh bekerja selama 14 jam sehari
  • Fasih berbahasa Inggeris dan keutamaan kepada bahasa China
  • Tidak meninggalkan solat dan tidak merokok
  • Gaji RM3+++ dan keatas.

Jika berminat dan berkelayakan sila emailkan maklumat diri dialamat seperti berikut;

izham_noor70@yahoo.com.my

En. Nor Izaham Bin Mohd Noor


Kenaikan Harga Bagi Ayam Organik 1.5 KG


Berikut adalah perubahan kepada produk tersebut:

Sebelum  : MK12B Ayam Organik 1.5 Kg - RM18.50

Selepas    : MK12B Ayam Organik 1.5 Kg - RM21.00

Untuk makluman tuan/puan nilai mata bagi produk tersebut adalah KEKAL.
Sekian, harap maklum

Monday, November 14, 2011

Syarat Baru Penajaan Semua

 
Permohonan untuk penajaan semula kini dibenarkan mulai 1 Januari 2012 kepada semua ahli HPA dengan syarat seperti di bawah.
  • Sekiranya seseorang ahli itu tidak maintain 50NM sekurang2nya sekali dalam tempoh selama enam ( 6 ) bulan daripada tarikh permohonan.
Cara permohonan penajaan semula:-
  1. mengemukakan surat rayuan penajaan semula
  2. menyertakan salinan kad pengenalan
  3. mestilah mengisi borang pendaftaran ahli baru
  4. mendapatkan pengesahan daripada pesuruhjaya sumpah
  5. penukaran penajaan hanya berlaku kepada individu yang memohon sahaja
  6. downline atau rangkaian di bawah tidak sama sekali boleh di pindahkan kerangkaian yang baru
  7. tertakluk kepada kelulusan dari pihak pengurusan HPA

Wednesday, November 9, 2011

Kriteria dan Syarat Penganjuran PKLP

Oleh: PJS Murad Abu Bakar

Kriteria dan Syarat Penganjuran PKLP

1. Lokasi : Tempat yang sesuai (dewan cawangan)
2. Bilangan peserta : 100 orang minimum. Mesti dalam bentuk kehadiran yang sebenar dari awal hingga akhir program

3. Penceramah : Pemimpin yang ditauliahkan. Tidak boleh diisi oleh orang luar dan mereka yang belum ditauliahkan. Ada percampuran pemimpin Zon

4. Modul : Patuh kepada modul sepenuhnya. Tidak dibenarkan pengisian modul yang tidak berkaitan dengan PKLP

5. Tempoh masa : Mula 9 pg - 5 ptg. 

6. Syarat peserta : Had umur 17 tahun ke atas dan kelayakan hadir. Sebarang pertukaran peserta kena dimaklumkan terlebih awal kepada urusetia.

7. Pengurusan : Mampu urus program dengan baik. Perlu kerjasama dengan pengurusan staf peringkat zon termasuk SKEMA

8. Adab Program: Ikut adab yang dianjurkan agama dan garis panduan HPA. Tidak boleh ada unsur-unsur yang mendatangkan fitnah kepada syarikat.

Tambahan: Tidak dibenarkan atas anjuran individu. Perlu dianjurkan atas nama sekretariat Zon masing-masing. Pihak SKEMA dan pengurusan berhak mengambil tindakan membatalkan kelayakan mana-mana program PKLP yang melanggar syarat-syarat yang di nyatakan diatas. Mana-mana peserta yang dikesan tidak menghadiri sepenuhnya program PKLP akan hilang kelayakan secara automatik untuk kenaikan pangkat.

Wednesday, November 2, 2011

Penyelewengan Dalam MLM

Artikel Pemimpin

Perniagaan MLM kini merupakan satu bidang sangat menarik dan mendapat sambutan hebat di kalangan masyarakat hari ini dalam usaha untuk mencari pendapatan tambahan ataupun sebagai karier usahawan. Tidak hairanlah jika timbul pelbagai macam syarikat berbilang aras yang menawarkan pelbagai tawaran dan insentif untuk menarik orang ramai menjadi agen syarikat mereka.

Sebagai antara orang yang telah lama menceburkan diri dalam dunia keusahawanan MLM ini saya ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca khususnya ahli- ahli HPA dalam memilih sesebuah syarikat MLM.

Kita sedia maklum bahawa, industri jualan langsung ini sebenarnya tertakluk di bawah AJL (Akta Jualan Langsung) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna). Setiap syarikat mestilah mempunyai lesen AJL yang sah barulah dapat beroperasi sebagai sebuah syarikat MLM.  Sebelum kelulusan diberikan, sesebuah syarikat pemohon perlu memenuhi semua syarat yang telah termaktub dalam AJL. jadi, jika ada ahli syarikat jualan langsung yang datang berkempen kepada anda, mintalah salinan lesen AJL untuk dilihat dahulu.

Kebelakangan ini banyak syarikat yang menjalankan perniagaan mereka secara tidak sah. Mereka
mengemukakan alamat pejabat operasi yang tidak betul malah pemilik sebenar syarikat pun tidak diketahui. Mereka tidak berani mendedahkan maklumat atau identiti mereka yang sebenar kerana bimbang dikesan dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Sebaliknya mereka berani pula melakukan aktiviti kempen dan promosi untuk mendapatkan ahli- ahli secara tidak sah dengan mengemukakan pakej insentif yang kelihatan sangat menarik. Sebenarnya tawaran ini hanyalah umpan semata-mata untuk menutup kesalahan yang mereka lakukan dari segi undang-undang negara.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada orang ramai agar berhati-hati dengan permainan syarikat seperti ini yang sebenarnya hanya bertujuan mencari keuntungan jangkamasa pendek. Pilihlah sesebuah syarikat yang benar-benar melaksanakan perniagaan secara jujur. Antaranya, mempunyai kilang dan premisnya sendiri, melaksanakan sistem plan pemasaran yang diluluskan oleh pihak berkuasa serta mempunyai rekod dan reputasi yang baik. HPA memenuhi semua ciri-ciri ini. Sebab itulah pihak syarikat berjaya bertahan selama lebih 14 tahun dan baru sahaja mendapat penyambungan lesen AJL sehingga 2014.

Kebanyakan mereka yang bersama syarikat-syarikat yang tidak sah ini sebenarnya adalah terdiri daripada 'Pelarian-pelarian MLM' yang melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain. Mereka tidak mempunyai sifat jati diri sebagai pemimpin yang jujur, beramanah, bertanggungjawab dan berpandangan jauh. Mereka hanya hinggap sebentar di sesebuah syarikat jualan langsung umpama seekor pacat. Bila buncit dan kenyang mereka akan berlepas diri. 

Saya cukup kenal dengan ramai orang seperti ini. Karektor dan penampilan mereka kelihatan sangat menarik berbekalkan kata-kata yang manis untuk menarik orang menyertai skim perniagaan mereka. Mereka inilah yang kerap melaksanakan aktiviti yang dilarang dalam muamalat seperti penipuan, manipulasi dan memerangkap ahli mereka tanpa disedari. Pendek kata dalam perniagaan seperti ini tiada istilah perjuangan, tiada istilah kesetiaan dan tiada istilah pertanggungjawaban.

Sebagai kesimpulannya, apakah ciri-ciri sebuah perniagaan MLM yang baik? Pertama, pilihlah sebuah syarikat yang mempunyai visi dan misi yang jelas dan jauh. Kedua, syarikat yang mempunyai rekod yang baik dan sejarah yang panjang bukan syarikat 'mi segera'. Ketiga, pilihlah syarikat atau perniagaan yang boleh dijadikan pewarisan. Kita berniaga bukan untuk periuk nasi kita sendiri tetapi untuk membina masa depan generasi akan datang. Keempat, pilihlah syarikat yang mempunyai pengurusan yang mantap dan barisan pemimpin yang berwibawa. Semua ciri-ciri ini ada pada HPA, jadi tiada sebab lagi untuk kita tidak mahu meletakkan seluruh jasad dan jiwa raga kita bersama perjuangan yang murni ini. Memartabatkan Ekonomi Ummah, dan Perjuangan Produk halalan thoiyiban!!!

SELAMAT MENDAKI KE PUNCAK JAYA!!!

PJM MURAD BIN ABU BAKAR
PRESIDEN PERJAWI DAN TIMBALAN PENGERUSI SKEMA
Sarjana Muda Ekonomi UM, MBA (MUAMALAH), KOLEJ Universiti Islam Antarabangsa, Selangor. 

Jauhi " Sistem Piramid"

Organisasi MLM memang piramid. Tetapi sistem MLM berbeza dengan sistem piramid. Sistem MLM dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Syarikat yang menjalankan sistem MLM mendapat lesen AJL jika memenuhi peraturan Akta Jualan Langsung. HPA dibawah anak syarikatnya Al Wahida Marketing Sdn Bhd Co.No. 007004 juga mendapat lesen AJL No. 93745(terbaru) yang diperbaharui setiap 2 tahun. HPA juga mengamalkan sistem MLM berasaskan syariah dengan memiliki 11 orang panel syariah dikalangan mereka yang berautoriti dalam hal ehwal agama.

Adapun Sistem piramid yang dimaksudkan ialah satu sistem dimana sekumpulan orang di bawah membayar kepada orang yang berada ditingkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapata keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.Diantara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah:

1. Produk berkualiti murah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang keatas inventori barangan yang berlebihan.

2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.

3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian dibawah para pengedar.

5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal

6. Dakwaan perolehan yang sengaja direka-reka wang dan kejayaan besar serta digembar gemburkan.

Apa yang jelas dalam sistem piramid ini yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk tetapi penajaan ahli baru dimana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melaluike giatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah., bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual.

Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas jelas bahawa sistem piramit tersebut bertentangan dengan Syariat Islam kerana terkandung didalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar(ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan dan jual beli.

Rujukan dari blog Soaljawab Agama: http://www.ilmudanulamak.blogspot.com kendalian Us. Ahmad Adnan Fadzil Pengurus Pentadbiran HPA Industries Sdn Bhd.

Info: PJS Jamaluddin Yeop Majlis

Tuesday, November 1, 2011

PKLP Musim Ke-2 Kelantan

Info: PKLP Musim Ke-2 Zon Timur - Kelantan

Perjumpaan AJK PKLP Sekretariat & AGM Zon Timur; 31hb Okt. 2011 telah memutuskan bahawa tarikh tutup pendaftaran PKLP Musim ke-2 pada 12hb November 2011 bertempat Perdana Resort nanti ialah:

07HB NOVEMBER 2011(selasa) - 5 hari sebelum berlangsungnya PKLP tersebut.

Pihak AJK Sekretariat berharap semua leader dapat bertindak segera dari sekarang untuk membuat pendaftaran peserta masing-masing dengan Unit Pendaftaran: 
PJS Cikgu Din - 010 3340494(SMS; NAMA PENUH DAN NO. I/C) @ 
Cawangan Utama yang berdekatan.

Seterusnya kepada mana-mana peserta yang belum lagi mengisi borang keahlian HPA tetapi berminat untuk menyertai Program PKLP, sila membawa 1 salinan photostat I/C (depan belakang) dan serahkan salinan tersebut dimeja pendaftaran semasa program nanti.

Kerjasama dan keprihatinan yang diberikan, kami mengucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, harap maklum.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot