Oleh : Tn Hj Ismail bin Ahmad
Penjagaan produk sangat penting bagi mengelakkan produk tersebut rosak. Produk herba sangat sensitif dengan suhu yang panas. JIka dibawa ke sana ke sini diatas kenderaan tanpa dikeluarkan saya mendapati produk tersebut akan rosak apatah lagi warnanya. Perubahan warna hijau akan menjadi kuning dan tidak menarik.
Begitu juga kapsul akan meruap di dalam botol menyebabkan ia melekat antara satu sama lain. Silika gel tidak mampu mengawal kelembapan jika produk itu terdedah dengan matahari.
Penjagaan produk herba memerlukan kerapian sama seperti menjaga barang kemas dan tidak boleh dibiarkan tanpa kawalan.
Produk perlu berada dalam suhu bilik atau lebih dingin daripada itu. Stor induk dan cawangan HPA menyediakan tempat berhawa dingin bagi memastikan produk selamat dan tidak rosak.
Adalah diharapkan semua ahli/anggota HPA mengambil tanggungjawab bagi menjaga kualiti produk kita bersama.
Facebook KOWAHIDA
10 years ago
0 comments:
Post a Comment