Info dari Pangarah Urusan
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pjs yang telah menghadiri bengkel agen stok yang sedang diadakan. Tujuan bengkel ini ialah untuk memberi penerangan bagaimana pelaksanaan online system kepada semua agen stok di Malaysia. Memang terdapat banyak sekali salah kira di mana terdapat agen stok yang membuka invoice tanpa pembelian barang. Kesannya syarikat terpaksa membayar bonus tanpa ada kemasukkan wang. Hampir setiap minggu kes ini dilaporkan sehingga kita merasakan jika hal ini berterusan syarikat akan lumpuh.
Penerangan online system bukan tempat untuk berbincang pasal stok barang yang tidak cukup dan bonus yang belum dapat tetapi online system salah satu cara untuk "protect"syarikat dari mengeluarkan wang yang tidak sepatutnya. Kuatnya syarikat kuatlah bisnes kita dan lemahnya syarikat bererti lemahlah MLM kita bersama. Sepatutnya para agen stok melihat hal ini dengan positif kerana syarikat melaksanakan ini adalah untuk kepentingan bersama.
Pertemuan agen stok bukan tempat meluahkan marah dan pentas pidato tetapi tempat memberi pandangan yang positif. Akibat dari kehadiran watak-watak negatif perjalanan kursus menjadi agak terganggu dan apakah ini yang dinanti-nantikan oleh individu tertentu. Jika ini saya rasa tidak tepat kerana yang hadir itu adalah staf bahagian MIS sahaja dan mereka tidak boleh dipersalahkan. Lebih tepat kemarahan itu patut ditujukan kepada Pengarah jika mahu bersama lagi dalam bisnes ini atau jika rasa ingin berhijrah ke MLM yang lain, pihak HPA juga tidak ada hak menghalang kerana antara kita tidak ada kontrak seumur hidup.
Kepada semua agen stok yang menyambut secara positif seperti tulisan Tn.Syed Zulfauzi Jamalulail dalam fb saya (Tuan Haji Ismail Ahmad- gambar selamat datang ke Kompleks HPA Industries Sdn. Bhd.) sangat dihargai. Pjs patut menjadi benteng mempertahankan HPA dimana sahaja mereka berada.
Facebook KOWAHIDA
10 years ago
0 comments:
Post a Comment