Pages

Tuesday, November 27, 2012

MEMO Dari Pejabat Pengarah Urusan Ke 22

MAJLIS PERUNDINGAN BERSAMA KALI KE-2

Mesyuarat Majlis Perundingan Bersama kali kedua telah selesai diadakan di Pulau Pangkor dan solusi telah berjaya dicapai. Penglibatan leader secara menyeluruh boleh dikatakan seia-sekata berpakat untuk menjadi hujung tombak perjuangan HPA. Kesungguhan ini dapat dilihat pada wajah mereka dan persetujuan agar HPA menaikan harga produk herbanya. Cadangan ini merupakan keterbalikan hasil dari sebuah proses kesedaran yang tinggi dari para leader. Ini menjadikan saya sangat terharu. Bagi pihak pengurusan saya merakamkan rasa bahagia dan berbesar hati atas persetujuan ini dan semoga Allah merestui perjalanan bisnes kita bersama. Amin.

Tahun 2013 merupakan tahun HPA bersedia untuk menguasai kembali wilayah peniagaanya. Setahun kita memujuk hati agar sentiasa teguh dan kuat berpegang dengan janji Allah. Setahun kita dimarah, dimaki malah dikeji akibat dari perniagaan yang tidak lancar. Kelambatan bonus dan kekurangan barang telah menjadikan situasi bisnes HPA semakin tertekan. Ada leader juga turut berhijrah dan meninggalkan HPA. Inilah situasi HPA masakini.

Namun Bila takdir menyebelahi sesuatu usaha, segala-galanya berpihak dengan kita bagai arah tujuan bahtera yang sama dengan arah tiupan angin. Pembelian pukal kini mengambil masa 10 hari dibandingkan masa lalu selama 7 hari bagi mengizinkan persediaan produk lain selain dari kopi memenuhi cawangan. Hujung bulan Disember merupakah tarikh akhir HPA menyiapkan 91 produk MLM tersebut. Apapun, kami pinjam semangat para leader untuk mengatur gerak kerja profesional dalam kontek membentuk pengurusan lebih wibawa di bawah HPAIC. HQ yang kini berpusat HPAIC disokong kuat dengan tenaga kerja yang lebih terlatih dan berdisplin.

Usaha keras kedua yang telah dilakukan oleh HPAIC ialah mewujudkan SISTEM ONLINE selepas memperkenalkan PEMBELIAN PUKAL. Ia menjadi cabaran kepada pengurusan baru di laluan menuju BSKL pada tahun 2015. Sama-sama kita doakan niat dalam kod 9717 menjadi sebuah kenyataan!.

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot