Pages

Tuesday, December 25, 2012

PBC: G2 di Era Kebangkitan

Sudah sampai masanya kita bangkit dari menjadi pengkritik setia dan menjadi individu yang hanya mengambil sikap tunggu dan lihat tanpa berbuat sesuatu serta memberi apa-apa sumbangan dalam menyelesaikan masalah yang berlaku itu. Ayuh kita semua bangkit bersama-sama obor perjuangan, baik dari peringkat ahli biasa maupun leader baru@lama bagi menjayakan hasrat murni ini.

Sudah lama kita dibuai mimpi yang entah kemana itu. Cukuplah kita termenung mengenang nasib yang tidak berkesudahan tanpa berbuat apa-apa demi kemajuan diri sendiri disamping asyik hendak menyalahkan orang itu dan ini. Jom gempur kembali pasaran dengan kehebatan HERBA yang ada.

*PBC (G2) pertama.

Tempat: PLPJ, Jejawi Perlis.
Tarikh: 29 - 30hb Disember 2012
Yuran RM60.00, keahlian percuma.

Photo peserta yang hadir;

Sila "KLIK" untuk paparan jelas

Saturday, December 15, 2012

Memo : Minimum Belian Pukal

Tarikh: 14 Disember 2012 M/01 Safar 1434H
Daripada: Pejabat Pengarah Urusan HPAic
Kepada: Semua Staf Cawangan AWM
Perkara: Minimum Belian Pukal

Assalamu'alaikum wrt.

Perkara di atas dirujuk.
SILA AMBIL PERHATIAN, dimaklumkan bahawa MINIMUM BELIAN PUKAL HPAic berkuatkuasa pada tarikh 13/12/2012 adalah berjumlah RM50,000.00 keatas sahaja.
Belian dibawah RM50,000.00 boleh dibuat terus di cawangan-cawangan syarikat(belian biasa)

Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah kami hargai demi memudahkan kelancaran operasi syarikat dan diucapkan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Friday, December 14, 2012

Saluran Information

Untuk mengetahui info-info semasa, artikel terkini mengenai perkembangan syarikat HPA Industries Sdn Bhd bolehlah para ahli/leader melayari Blog Pengarah Urusan iaitu Ini Jalan Kami: sila "KLIK"

Friday, December 7, 2012

Apa Kata Distributor of The Year

Murad Bin Abu Bakar

Kenapa saya masih bersama HPA..?

1. Masyarakat memerlukan khidmat saya dari sudut pengubatan herba

2. Pengalaman bertahun-tahun menyebabkan saya lebih yakin dengan kelebihan produk HPA

3. Bagi saya setakat ini HPA yang nampak bersungguh untuk membangunkan MLM Syariah

4. Walaupun bermasalah HPA masih berpotensi untuk dibangunkan berasaskan kekuatan yang sedia ada.

5. Perkembangan bisnes HPA bertunjangkan atas dasar ilmu

6. Dalam bidang ekonomi setiap entiti bisnes sentiasa mengalami turun naik. Untuk bertahan bukannya mudah. Berpindah ke tempat lain tidak semestinya selamat dan stabil

7. Apa sahaja kesilapan dan kelemahan HPA sebenarnya masih boleh diperbaiki dan masih ada peluang untuk diatasi.

8. Medan ini bukan sekadar ibarat medan padang ragut untuk kambing mencari makan. Di sini medan perjuangan untuk ummah yang tercinta.

Jadi di sinilah tempat saya bernaung.

Wednesday, December 5, 2012

Memo 23 : Dari Pengarah Urusan

HPA HQ KINI DI HPAIC

Sepertimana yang telah saya maklumkan bahawa Pentadbiran HPA akan berpusat di HPAIC di bawah pengendalian CEO yang bertugas. Maka surat menyurat perlu dihantar ke alamat tersebut. Cara yang paling efektif ialah menggunakan FAX atau EMAIL.

Sebagai sebuah syarikat MLM hubungan antara ahli dan syarikat mestilah hampir seperti jari ditangan. Semua keputusan syarikat perlu diambil secara positif tanpa wujud pandangan negatif walaupun dipenjuru hati yang jauh.

Salah satu cara merapatkan hubungan dengan menggunakan email namun sehingga ini sangat sedikit saya terima email dari ahli-ahli mahupun leader. Email rektor_kpj@yahoo.com terus aktif sebagai line komunikasi dalaman HPA sahaja. Pandangan yang baik akan tetap diterima dan tidak perlulah rasanya menanti sesuatu program untuk disuarakan.

Apabila HPAIC mengambil alih pentadbiran untuk memenuhi moto HPA tahun 2013, HPA ERA GLOBAL, maka Komplek HPA Jejawi kini diubah menjadi pusat latihan yang di kenali sebagai Pusat Latihan Perubatan Jawi (PLPJ). PLPJ akan menyiapkan siri latihan intensif indoor dan outdoor bagi melahirkan usahawan herbalis yang terlatih pada tahun 2013. InsyaAllah.

Sunday, December 2, 2012

Ahli Majlis MPB HPA Zon Timur

AlhamdulilLah, disini admin cuba posting photo PJS-PJS yang terlibat dengan Ahli Majlis Perundingan Bersama HPA (MPB) dari Zon Timur. Perjumpaan kali ke-2 ini berlangsung pada 25hb November 2012 yang lalu bertempat di Pulau Pangkor, Perak.

Kelihatan Presiden KPT yang berada dibarisan yang kedua sebelah kiri,
alFadhil Ustaz Jamaludin Jusoh

Kepada Ahli, Leader yang belum lagi mengenali siapakah CEO HPA yang baru, inilah dia Cik Dorina Binti Abdullah.

Ceo sedang memberi ucapan kepada Ahli Majlis MPB yang hadir
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot