Pages

Wednesday, July 13, 2011

Mencari Yang Halal Satu Kefardhuan

Ruangan Ketuk

AlhamdulilLah, kita panjat kesyukuran kehadrat Allah Ta'ala kerana masih lagi kita semua berada dalam rahmat serta Inayah dariNya. Tidak lupa, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi S.AW, ahli keluarga baginda dan salam persaudaraan kepada kaum muslimin/muslimat dimana jua berada.

Topik yang ingin dikongsi bersama pada kali ini ialah mengenai penggunaan produk Halal HPA. Siapakah yang sepatutnya menggunakan produk ini?. Tidak lain dan tidak bukan, semua umat Islam patut mengambil bahagian dalam aspek sebagai pengguna kepada barangan keluaran umat Islam-HPA ini. Tidak terkecuali kepada mana-mana individu sekalipun dalam menggunakannya.

Staff/Pekerja dengan pihak Syarikat
Staff atau pekerja yang mula-mula sepatutnya mengguna semaksima yang mungkin produk HPA. Antara tanda cinta dan sayang kepada Syarikat ialah dengan mengguna barangan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Tidak timbul lagi dari mulut kita 'Oh barang HPA mahal' atau barang HPA tidak sedap, tidak sesuai dan pelbagai alasan lagi untuk mengelak dari menggunakannya. Ayuh marilah kita bersama mengembeling tenaga untuk memartabatkan produk ini bersama mereka yang lain. Jangan sesekali-kali ada niat dihati untuk mencari kewangan/pendapatan semata-mata melalui syarikat ini, dalam masa yang sama kemana perginya sumbangan kita kepada syarikat.

Disamping itu, Staff kena menjadi benteng yang kukuh kepada syarikat dalam menyampaikan maklumat. Jangan kita menjadi individu yang suka mengambil peluang di air keruh dalam menyelamatkan bahtera ini. Ingat, ini semua merupakan amanah yang berat perlu dipikul oleh semua. Sekiranya pincang, tunggulah azab Allah yang tersedia menanti dihadapan kalian.

Pemimpin/Leader
Tahniah kepada leader yang berjaya memberi komitmen yang sepenuhnya dalam mengguna produk Halal HPA ini. Tetapi ada juga dikalangan kita yang suka menjual semata-mata yang dia sendiri tidak mengguna produk tersebut. Jom kita sama-sama membuat perubahan kearah yang lebih baik kepada terbaik. InsyaAllah, doakan moga-moga barangan Halal alternatif untuk umat Islam sekarang ini memihak kepada produk Halal keluaran HPA. Amiin!

Moto " Produk Halal Tanggungjawab Bersama "

Monday, July 11, 2011

KoWahida Terima Anugerah dari PM

Koperasi Wahida HPA Berhad(KoWahida) telah mendapat anugerah Tunas Negara pada hari Koperasi pada 9hb Julai 2011. Anugerah telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia.


En. Mohd Faisol Abd Rahman, Pengerusi KoWahida sdg menerima Anugerah Tunas Harapan Negara disampaikan oleh YAB PM. Berita baik buat semua ahli KoWahida.


Haji Azizan Ahmad, Setiausaha KoWahida sdg menerima wang tunai sebanyak RM10,000.00 hasil Anugerah Tunas Harapan Negara disampaikan oleh YAB PM. Berita baik buat semua ahli KoWahida.

Tahniah kepada semua ahli lembaga dan team KoWahida diatas penerimaan anugerah kali ini. Semoga KoWahida lebih cemerlang pada masa-masa akan datang. Tahniah!

Thursday, July 7, 2011

Sekilas Dari Majlis Taklimat Hibbah Akujanji PJS

Ada beberapa hal yang dapat kita buat kesimpulan hasil dari Taklimat Akujanji PJS;

1. Permohonan PJS hendaklah dibuat melalui Pejabat Latihan Zon setelah sesaorang Pengedar merasakan beliau layak untuk di pertimbangkan ke status.
 
2. Syarat utama melepasi kelayakan untuk di nilai sebagai PJS adalah pencapaian bonus terkini RM 1000.00, Pangkat PJ, keaktifan dalam Siri Program ESP dan program yang lain, tidak melibatkan diri dalam mana mana JUALAN LANGSUNG (MLM,SLM, Jualan langsung internet sistem, Binary, Piramid dan apa apa bentuk yang di kategorikan ujud unsur penajaan dan pembinaan rangkaian) dan komited. Semua ini akan diberikan permarkahan secara merit dan sebahagiannya adalah secara mandatori.
 
3. Pihak Latihan zon akan mengisi lapuran penilanan dan akan menghantar ke AWM HQ untuk di analisa oleh Panel Penasihat Perlantikan PJS sebelum di serahkan kepada Pengarah Urusan untuk di HIBAH kan.
4. Tempoh Lantikan adalah 3 bulan. Sebarang perlantikan semula adalah bergantung kepada penilaian semasa.
 
5. Kefahaman mengenai MLM syariah, Produk, Plan 3 tahun Sukses, Skill sebagai Mentor, Keaktifan bersama Kelab dan memiliki Kualiti Kimpimpinan tanpa mengambil kira dari jaringan dan kumpulan mana adalah suatu penilaian utama dalam permarkahan Merit.
 
6.Semua PJS dan bakal PJS diwajibkan serta memastikan membawa minima 6 orang downline pada aras 1 di program ESP serta melakukan maintain 150 NM untuk kenaikan pangkat PLX. Ini sejajar dengan pembentukan rangkaian melalui program ESP seperti yang di anjurkan oleh HPA.

Sekian, 

Sebarang info akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Dari GM AWM

Monday, July 4, 2011

HPA - Melaka Halal Hub


Objektif
Menyediakan kompleks khas untuk pengeluaran produk-produk Halal yang bersistematik dan mematuhi kehendak pensijilan Halal, Good Manufactoring Practice (GMP) dan Hazard Analysis Control Critical Point (HACCP).

Mengukuhkan usahawan IKS Bumiputera dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pengeluaran industri pengeluar makanan Halal.

Lokasi
Berkeluasan 12.77 ekar, HPA - Melaka Halal Hub ini terletak di kawasan perindustrian Serkam, Jasin, Melaka iaitu 2.3 KM daripada lebuhraya Melaka - Muar (AMJ)

Info Buat PJS Semenanjung Malaysia

Salam,

Adalah dimaklumkan bahawa pemberian Bonus SETIA dan Bonus Generasi Pangkat 6 ke 10 adalah diberikan secara Konsep HIBBAH.
Salah satu syarat utama adalah tidak melibatkan diri dalam mana-mana Jualan Langsung sama ada secara langsung atau sebaliknya.
 
Yang di maksudkan dengan Jualan Langsung adalah MLM, SLM, Skim Cepat Kaya, Skim Surat Berantai, Binary, Piramid, Skim Pembinaan Jaringan Melalui Internet dan yang lainnya.

Dari GM AWM

Sunday, July 3, 2011

Peranan Media Dalam Mengawal Iklan

Panduan untuk blogger-blogger Hpa yang ingin mengiklankan produk-produk khususnya PRODUK HERBA melalui internet.

Kita sebenarnya tertakluk kepada Akta yang dibuat oleh pihak KKM untuk mereka yang ingin mengiklankan produk mereka kepada masyarakat umum.

Seksyen 2
Akta Ubat-Iklan Dan Penjualan 1956.

Iklan termasuklah sebarang notis, pekeliling, laporan, ulasan, penguguman yang dibuat secara lisan atau dengan sebarang cara bagi mewujudkan atau memancarkan cahaya dan bunyi.
Contohnya;
1. Iklan di Television
2. Radio
3. Majalah
4. Akhbar
5. Risalah
6. Internet
7. Bunting
8. 'Billboard'
9. Slot program Tv
10. 'Talk show'
11. Iklan di Bas atau kenderaan awam
12 Testimoni dan advertorial

Mengapa Iklan perlu dikawal?

1. Iklan-iklan yang MENGELIRUKAN
2. Iklan-iklan yang mempunyai unsur PENIPUAN
3. Produk-produk TIDAK BERDAFTAR
4. Indikasi yang TIDAK DILULUSKAN
5. Tuntutan perubatan yang berlebihan

Iklan-Iklan Yang Dilarang
20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DIIKLANKAN:

1. Panyakit/kerosakan buah pinggan
2. Penyakit/ kerosakan Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk Kering
7. Asma/Lelah
8. Kusta
9. Barah
10. Pekak
11. Ketagihan Dadah
12. Hernia
13. Penyakit Mata
14. Tekanan Darah Tinggi
15. Sakit Mental
16. Kemandulan
17. Frigiditi
18. Lemah Fungsi Seks/impotent
19 Penyakit venerus
20. Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.

Tanggungjawab Media:
Untuk produk farmaseutikal berdaftar, lain-lain remedi dan perkhidmatan perubatan; "Pastikan iklan telah mendapat kelulusan dari lembaga Iklan Ubat dan Format iklan adalah sama seperti format yang diluluskan".

Untuk menyemak status pendaftaran, sila layari www.bpfk.gov.my
Untuk mengetahui adakah FORMAT merupakan versi yang diluluskan boleh melayari www.pharmacy.gov.my

Pastikan Pengiklanan secara bertanggungjawab!

Bahagian Penguatkuasa Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jangan Percaya Khabar Angin

Ahli HPA di minta jangan percaya dengan khabar-khabar angin daripada sumber bukan milik HPA. Blog rasmi HPA ialah
1. http://hpa.com.my (Web Rasmi HPA)
2. http://jawiherbshop.blogspot.com
3. http://jawimedherb.blogspot.com
4. http://gmalwahida.blogspot.com
5. http://www.ilmudanulamak.net/v1/ (Panel Syariah HPA)

Untuk program-program HPA bagi setiap Zon, rujuklah dengan pimpinan, PJS atau sumber-sunber yang boleh dipercayai dari Syarikat.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot