Pages

Tuesday, January 22, 2013

Berita Baik : Produk Maintain(NM) PBC - G2

PRODUK BERIKUT DIBENARKAN UNTUK MAINTAIN NM SEMASA PBC BAGI MENCUKUPKAN 100NM, 300 NM DAN 500 NM 

Kopi Radix Jumbo
Kopi Radix papan
Kopi V radix
Coscinium plus
Malac 
Paramaria plus
Radix plus
D Det
D Karm
D Deu
Herba Tuju Angin
Minuman botani pegaga
Spirulina
Puraria new
Butea s
Mega 3
Pelawas

Bagi peserta PBC yang membuat pembelian RM2000.00 ke RM2500.00 secara automatik mendapat status Agen Stok dan mendapat insentif jaringan 23% yang setara dengan insentif PRX (insentif KEKAL). Pembelian boleh dilakukan pada hari PBC atau TUJUH hari selepas PBC.

Sekian, harap maklum.

Saturday, January 19, 2013

PU : Memo ke 49

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 49
18hb Januari 2013

Alhamdulilah setelah lama bersabar kita telah berjaya membetulkan kembali sistem MLM kita dengan pelaksanaan sistem online yang efektif. Pada mulanya dijangka sistem ini akan siap mengira dan dapat mengeluarkan bonus pertama pada 16/1/13 tetapi telah berlaku kelewatan sehari iaitu pada 17/1/13. Saya mohon maaf atas masalah teknikal ini dan pengiraan kali kedua pada bulan-bulan ke hadapan nanti, InsyaAllah jauh lebih cepat kerana kita kini sudah boleh menguasai sistem tersebut.

Usrah di HPAIC yang lepas juga telah mencadangkan kita menutup penjualan bulanan pada 7hb pada bulan berikutnya dan bonus dikeluarkan pada 9hb. Berdasarkan pengalaman memproses bonus yang lepas pihak kami mengambil kira semua masalah yang ada dan tarikh selamat untuk penetapan pengeluaran bonus setiap bulan paling lewat pada 10hb.

"Piagam pelanggan kami pada tahun ini ialah untuk memastikan semua bonus dibayar cepat dan tepat pada setiap 10 haribulan."

Kini kemelut telah berakhir dan saya percaya bahawa bertiup angin beralihlah awam.
Ya Allah masukkanlah aku dalam golongan orang-orang yang bersabar.

Thursday, January 17, 2013

Lagi-lagi Produk Tiruan...

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 47
17hb Januari 2013

Minyak Sahara merupakan produk HPA yang laris di pasaran. Saya mempelajarinya dengan seorang guru tahfiz di Kuala Lumpur satu ketika dahulu. Janji saya "setiap botol yang dikeluarkan akan disumbangkan RM1/- kepada madrasah beliau untuk pengajian anaka-anak tahfiz." Sampai hari ini pembayaran terus diberikan mengikut perjanjian tetapi yang malangnya masakini muncul pula minyak sahara tiruan.

Minyak sahara tiruan menggunakan label HPA tapi bahannya tidak sama dengan yang asli. Ramai juga saya terdengar PJS yang mengedarnya tetapi mereka menyembunyikan dari mana sumber itu mereka perolehi. Begitu juga dengan Krim But-but yang dijual tanpa label HPA. Sepatutnya para leader perlu bertanya kepada supplier produk-produk tiruan sebelum bersetuju menjadi pengedar terutama dikalangan pengguna produk HALAL HPA.

Saya lihat dicelah-celah kerekahan HPA, terlalu ramai yang cuba mengambil kesempatan meskipun HPA menahan seribu kesakitan dek ujian yang mendatang. Kepada Allah lah kembali segala urusan.

Sunday, January 13, 2013

Kenapa anda mesti menyertai PBC: G2 HPA?

info: PJS Murad Abu Bakar

Apakah itu PBC?
PBC adalah program keusahawanan Perkongsian Bijak Cemerlang yang bertujuan untuk melahirkan usahawan herbalis MLM Syariah HPA yang berpendapatan tinggi dan mampu mencapai taraf jutawan. Jutawan yang dimaksudkan adalah yang KAYA EKONOMI, KAYA ILMU dan KAYA ROHANI DAN JATI DIRI.

Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula pada jam 9 pagi hari pertama dan berakhir pada jam 5 petang hari kedua. Melalui program PBC setiap peserta program diberikan bimbingan imu dan motivasi ke arah menjayakan diri masing-masing sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Antara modul yang dibentangkan ialah :
1. Sebab bersama HPA
2. Asas thibbun Nabawi
3. Menjadi Usahawan Sehebat Nabi
4. Inilah Perjuangan Kita
5. Plan Bina Jutawan
6. Pengetahuan produk HPA

Program berbentuk kerohanian juga turut diisi seperti qiammullail dan kuliah Subuh.

Selain itu Kursus-kursus lanjutan juga disediakan untuk memantapkan lagi imu dan pencapaian setiap usahawan HPA seperti Program Pintar Herba, Sijil Herbalis dan Bengkel Penjualan dan Penajaan.

Friday, January 4, 2013

User Manual Sistem Online

CARA AKSES KALI PERTAMA (FIRST TIME LOGIN)

Masukkan no. Ahli (ID) atau Kad Pengenalan (IC) anda.
Gunakan PASSWORD enam(6) digit terakhir IC anda seperti berikut.

a. Ahli biasa : No. Kad Pengenalan (Bermula Kod Negeri), contoh :891223011234
b. Kad Pengenalan Lama, contoh : A1234567
c. Polis atau Tentera, contoh : T1234567 atau A102556240
d. Ahli yang daftar semula (Lama kepada Baru), contoh : 891223011234 B
(Tambah 'B' diakhir nombor)
e. Pendaftaran Syarikat, contoh : 376131 A (bergantung kepada maklumat semasa pendaftaran)
f. No. Surat Beranak, contoh : A 2598XX

Masukkan Security Code seperti nombor tertera disebelah. Ia berubah setiap kali masuk. Pastikan 'Refresh' terlebih dahulu.

Pilih bahasa - English atau Bahasa Melayu

Tekan 'Login' . Setelah 'Login' pastikan Maklumat yang diminta selesai.

PERHATIAN!
Sila Tukar Kata Laluan anda,mesti melebihi 8(Lapan) digit gabungan Huruf dan Nombor (Alphanumeric), contoh : ab1234567

Untuk tujuan Keselamatan, Nombor Telefon (bimbit) & No. Akaun Bank tidak boleh diubah. Sila hubungi bahagian MIS 0355104527 atau email awmmis@yahoo.com jika ada perubahan.

Thursday, January 3, 2013

MEMO PU Ke 40

Pejabat Pengarah Urusan
01 Januari 2013

Salam kepada semua pejuang produk HPA, tahun baru yang penuh mencabar menanti kita untuk meraih kejayaan semula . Kejayaan bagi orang yang bersabar dan mengerjakan solat kerana pertolongan itu tetap akan turun dengan pelbagai cara mengikut cara Allah bukannya penentuan kita.

Kita merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lah yang tepat. Di situ adalah hikmahnya yang tersembunyi cuma Allah sahaja yang mengetahui dan kita mungkin akan mendapat jawapannya, itupun pada masa hadapan bukannya pada hari ini.

Terdapat sebanyak 91 item yang disenaraikan dalam pasaran MLM kita sebelum ini. Dari jumlah tersebut kita terpaksa menyaring lagi mengikut kesediaan bahan mentah dan sumber asas. Hasilnya terdapat hanya 77 item sahaja yang sedia untuk dikeluarkan. Produk yang bahan mentahnya terhad dimasukkan ke dalam pasaran SLM dahulu sementara ia benar-benar mencukupi dalam pasaran.

Produk yang dikeluarkan dari MLM dan masuk ke SLM adalah seperti berikut :
1. Kordial Asiatika
2. Kordial Roselle
3. Kordial Mangga
4. Kordial Jambu Batu Merah
5. Evergreen Centella
6. Cecair Pencuci Fressia
7. Serbuk Fressia
8. Wahdah
9. Minuman Botani Pegaga
10. Minuman Pegaga Plus
11. Kapsul Portulaka
12. Teh Hirta
13. Kapsul Sirsak
14. Koko Papan

Baki produk MLM kini ialah sebanyak 77 item dan baki produk yang belum tersedia ialah sebanyak 13 item dan target siap sebelum 10 /1/13 kecuali air alkali.

1. Air Mineral
2. Air Alkali
3. Bam But-But
4. Teh Instant
5. Moringa
6. Menggosteen
7. Radix Goat
8. Radix Mocha
9. Radix Cereal
10. Teh Manjakani
11. V Radix
12. Koko Radix

Belian mantain bagi PJS mulai Januari 2013 ialah sebanyak 300NM seperti keputusan mesyuarat PJS pada 30/12/12 di PLPJ Perlis.

MEMO : Produk, Harga dan Nilai Mata Baru

Assalamu'alaikum wrt..

Tuan/puan
Merujuk kepada perkara diatas

Bermula dari tarikh 01 Januari 2013 memo ini dikeluarkan. Harga dan Nilai Mata produk-produk dibawah telah berubah.

1. ZH42 PURARIA (E)
NM25 RM60.00 (Ahli)
          RM70.00 (Pengguna)

2. ZH 48 BUTEA - S@VIGOR
NM25 RM60.00 (Ahli)
          RM70.00 (Pengguna)

Makluman Produk Baru:

1. FH03 KOPI V - RADIX FENOMENA
NM102 RM238.00 (Ahli)
            RM340.00 (Pengguna)

2. FH10 MADU RIA
NM2 RM23.00 (Ahli)
        RM26.00 (Pengguna)

Sekian, Harap maklum.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot