Pages

Saturday, January 19, 2013

PU : Memo ke 49

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 49
18hb Januari 2013

Alhamdulilah setelah lama bersabar kita telah berjaya membetulkan kembali sistem MLM kita dengan pelaksanaan sistem online yang efektif. Pada mulanya dijangka sistem ini akan siap mengira dan dapat mengeluarkan bonus pertama pada 16/1/13 tetapi telah berlaku kelewatan sehari iaitu pada 17/1/13. Saya mohon maaf atas masalah teknikal ini dan pengiraan kali kedua pada bulan-bulan ke hadapan nanti, InsyaAllah jauh lebih cepat kerana kita kini sudah boleh menguasai sistem tersebut.

Usrah di HPAIC yang lepas juga telah mencadangkan kita menutup penjualan bulanan pada 7hb pada bulan berikutnya dan bonus dikeluarkan pada 9hb. Berdasarkan pengalaman memproses bonus yang lepas pihak kami mengambil kira semua masalah yang ada dan tarikh selamat untuk penetapan pengeluaran bonus setiap bulan paling lewat pada 10hb.

"Piagam pelanggan kami pada tahun ini ialah untuk memastikan semua bonus dibayar cepat dan tepat pada setiap 10 haribulan."

Kini kemelut telah berakhir dan saya percaya bahawa bertiup angin beralihlah awam.
Ya Allah masukkanlah aku dalam golongan orang-orang yang bersabar.

0 comments:

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot