MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 51
21hb Januari 2013
Program Pintar Herba ke 13 telah berlalu semalam dengan peserta seramai 70 orang. Selain dari mempelajari falsafah perubatan herba PH13 juga membincangkan tentang 5 produk MLM HPA iaitu:-
1. Minuman Botani Pegaga
2. Kopi V-RADIX Fenomena
3. Puraria Baru
4. Sireh Plus
5. Madulia
Dari PH13, seramai 40 orang dijangka akan dihadirkan dalam program PBC hujung bulan nanti, InsyaAllah. Ini memberikan gambaran awal, target 200 orang peserta PBC kali ke-2 boleh dicapai. Kopi V-RADIX Fenomena benar-benar menjadi fenomena kerana majoriti peserta PH 13 mengakui bahawa mereka yang mengambilnya kali pertama akan datang membeli kali kedua.
Ada 2 strategi pemujukan sales telah diajar di dalam PH 13 kali ini, dimana jika peserta menggunakan strategi ini, insyaAllah Kopi V-RADIX akan menjadi produk terlaris dan unggul di negara ini.
Diharap bahawa semua PJSyang dilantik akan menggerakkan PBC dengan penuh jayanya disamping berkorban untuk hadir ke PBC kali kedua di HPAIC hujung minggu ini. Selepas program PBC, pada malamnya pula akan diadakan mesyuarat MPB ditempat yang sama. Hari ini saya ingin mengumunkan bahawa semua PJS dilantik serentak menjadi ahli MPB. Tahniah!
Pangkat itu amanah untuk dipikul bukannya untuk bermegah-megah. Pikul amanah untuk mengangkat martabat agama dan produk HALAL di mata dunia memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Agenda hidup kita ialah menjadikan bisnes ini sebagai ladang amal untuk akhirat.
Facebook KOWAHIDA
10 years ago
0 comments:
Post a Comment