Pages

Thursday, January 17, 2013

Lagi-lagi Produk Tiruan...

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 47
17hb Januari 2013

Minyak Sahara merupakan produk HPA yang laris di pasaran. Saya mempelajarinya dengan seorang guru tahfiz di Kuala Lumpur satu ketika dahulu. Janji saya "setiap botol yang dikeluarkan akan disumbangkan RM1/- kepada madrasah beliau untuk pengajian anaka-anak tahfiz." Sampai hari ini pembayaran terus diberikan mengikut perjanjian tetapi yang malangnya masakini muncul pula minyak sahara tiruan.

Minyak sahara tiruan menggunakan label HPA tapi bahannya tidak sama dengan yang asli. Ramai juga saya terdengar PJS yang mengedarnya tetapi mereka menyembunyikan dari mana sumber itu mereka perolehi. Begitu juga dengan Krim But-but yang dijual tanpa label HPA. Sepatutnya para leader perlu bertanya kepada supplier produk-produk tiruan sebelum bersetuju menjadi pengedar terutama dikalangan pengguna produk HALAL HPA.

Saya lihat dicelah-celah kerekahan HPA, terlalu ramai yang cuba mengambil kesempatan meskipun HPA menahan seribu kesakitan dek ujian yang mendatang. Kepada Allah lah kembali segala urusan.

1 comments:

Anonymous said...

di mana saya bole membeli minyak Sahara yg asli? wasap saya 0126657705 -faezah

KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot